melewati blog ini...

Saturday, January 24, 2009

AKHUKUM FILLAH

Bismillahiramanirahim…
Jam 8.40petang tadi intan datang ambil kami (ana, wawa, Linda and kak yan) pergi ke satu destinasi yang mana sahabat ana sedang mencari mardhotillah. Jam 9.30 kami sampai ke villa tautan keluarga ini. Hihihi jazakillah buat kak salwa yang melayan kami dengan mesra sekali. baru kali ini ana dapat berjumpa kak salwa, slalu dengar tentang kakak dari shi..
Kami mendaki tangga bertemu pemilik hati. Huhuhu lembutnya rasa hati bila aroma bunga segar menghiasi seluruh rumah.


Intan yang sungguh baik hati meninggalkan kami kerana ada pengisian lain yang mahu disertai. sungguh bila ana kehilangan rakan2 di sisi, Allah hadiahkan ana sesuatu yang lebih bermakna dari itu. antaranya ukhti Intan yang ana kenali dari Shi. keperibadiannya salah satu sebab ana change mindset akan ibadah untuk mencari mardhotillah. jika sebelum ini ana tak tahu apa itu usrah yang sebenar but dari cerita orang usrah ini paksaan. tekanan. Nauzubillah.. jahilnya ana tika itu. moga Allah memberi nikmat atas pengorbanan antuna semua.

berada di dalam majlis ini, buat ana terkenang zaman jahil ana... Ya Allah, bertapa ana lupa, lalai dan lagho untuk mendapatkan redho Allah..

Allah Maha lembut terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki Dan Maha Kuat Maha Perkasa(42:19)

Barang siapa menghendaki keuntungan di Akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagiannya di akhirat. (42:20)

Taniah buat sahabat ana (shi) yang melangsungkan pertunangannya pada 24 Januari 2009. suka ana coret secubit kisah bakal keluarga yang tak lama lagi ini (INSYAALLAH) malam sehari sebelum majlis, sahabat ana menerima satu mesej...

" sebelum menjelang hari esok, marilah kita sama-sama perbetulkan niat agar kita tak terpesong dari niat yang sebenar kerana Allah. Dan sama-samalah kita mencari keredhaan Allah dengan jalinan ini"

sweetnyer.. ana dah sahabat2 yang lain turut mendoakan moga ikatan ini dilangsungkan yang menghalalkan. Amen.


stawberry di sebalik sesegar bunga


di satu sudut hujung, hantaran buku pengisian hati sebagai persediaan. ni yang paling ana suka tengok. sweet!!!!







Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (membuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. dan mereka itulah orang2 yang beruntung ( 3: 104)


kepada Shi sekeluarga, linda (merangkap juru foto kami) wawa yang dah pulang ke kampung selepas majlis, kak yan, n Intan yang terpaksa berulang alik hantar and ambil kami...serta sahabat-sahabat yang lain, jazalillah semua. AKHUKUM FILLAH (ana baru belajar perkataan ini dari sudut perkongsian blog seseorang. maksudnya saya saudara kamu kerana Allah)


YA ALLAH BERKATILAH MAJLIS KAMI INI DENGAN RAHMATMU

semoga anta, anti dapat menjaga keperibadian diri sepanjang pertunangan ini

AMEN

Thursday, January 22, 2009

kisah ana

buku rujukan ana yang tak sampai setengah hari dikerjakan oleh zionis anai-anai
2.30pm

Kami diserang!!!!! Baru ana nak ambil buku nota diatas meja study untuk buat refleksi, tiba-tiba roommate ana yang ada kat sebelah menjerit… Astarfurullah alzim.. habis meja ana diserang anai-anai.. maka bermulalah OPS punggah dan OPS bersih. Baru aja semalam ana kemas buku-buku ni sebelum tidur…
bersemangat sungguh tentera anai-anai berkhimat.. huhuhu hem… buku rujukan ana dikunyahnya… lapar agaknya. Bila diberi ujian seperti ini buat ana teringan akan saudara-saudara kita di palestin. walau semalam laptop ana jame dijangkiti virus, hari ini pula serangan tentera anai-anai namun apalah sangat dengan saudara di sana.
Hari ini dah hari ke25 serangan Zionis! tah dari mana sumber makanan mereka….. Tah dimana alas tidur mereka….. sedangkan ana kalau tak sihat sikit jer, makan vitamin C. sedangkan mereka tah air apa yang terpaksa mereka telah untuk meneruskan perjuangan…..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Katakanlah aku berlindung kepada tuhannya manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan bisikan setan yang bersembunyi. Yang membisikan kejahatan ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia. (114:1-6)

Sunday, January 18, 2009

PERINGATAN!!!!!

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
[Al-A'raaf 7: 179]

Saturday, January 17, 2009

what a new year!!!!







Ketika insan lain (yang tidak mempunyai perasaan ) sedang bergembira,girang menyambut kedatangan tahun baru 2009, berazam dgn azam baru 2009 yang tidak habis2 bersifat materialistik, keadaan di Palestin makin merungsingkan, makin parah,makin teruk, bilangan angka para syuhada semakin hari semakin meningkat, kerakusan tentera2 dajjal melakukan kekejaman makin mengila, segala pertemuan,perbincangan,bantahan ke atas serangan ini tidak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi.



Si celaka Israel masih tetap terus dengan kekejaman mereka..Akan tetaapi perkara ini sekekali tidak akan melemahkan semangat mereka,semangat kita untuk terus membantu,mendoakan mereka, teruskan bantuan kalian,teruskan usaha kalian demi membantu meringankan bebanan mereka..Terima kasih pada teman2 yang sentiasa memberikan perkembangan terkini palestin ( minipavilion, c4kra, info palestin, palestin kini, free gaza, dll ) semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah aminnn...



KISAH DI SEBALIK SAMBUTAN TAHUN BARU...5 orang adik beradik Palestin sedang tidur ketika itu ketika mana tentera udra Israel sedang melakukan serangan ke atas masjid berhampiran dan dan salah satu dinding runtuh ke atas bumbung rumah mereka terus menghempap kelima2 beradik yang sedang tidur di dalam bilik itu ketika itu,Mereka semua mati serta merta di situ. Yang paling tua antara mereka berumur 17 tahun dan yang paling muda berusia 4 tahun."Mereka membesar hari demi hari,malam demi malam,dan hanya tempoh sesaat sahaja,mereka diambil daripada saya" ujar ayah kepada 5 mangsa itu-Tahrir, 17; Ikram, 15; Samar, 12; Dina eight; dan Jawaher,4,- yang turut cedera bersama 3 lagi anaknya lain yang terselamat.Upacara pengebumian mereka pada hari itu di hadiri oleh ratusan orang dan ahli keluarga. Berikutan ruang kubur yang tidak mencukupi,mereka terpaksa berkongsi liang lahad. Di mana kakak sulung mereka di tempatkan dalam satu liang lahad, manakala 4 yang lain terpaksa berkongis satu liang lahad."Ini semua adalah kehendak dan ketentuan Allah, saya percaya kepada Allah." tambahnya lagi ketika berucap semasa pengebumian anak-anaknya.

Askar Israel ketika menjawab kejadian itu berkata"Kami ingin menyerang masjid yang berhampiran situ kerana tempt itu dipercayai menjadi tempat perkumpulan pejuang Hamas. Dan ketika itu, kami dapati ada seorang lelaki bersenjata di dalam masjid itu.Pak cik kepada 5 kanak2 malang itu menjawab respon askar Israel itu dengan mengatakan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,"kami bukanlah orangnya yang melakukan serangan roket kepada Israel.Kami hanya manusia biasa,bukan binatang!"Sebelum kejadian, mereka sekeluarga dikatakan telah berpindah keluar daripada rumah mereka setelah serangan Israel semakin menjadi, tetapi malam itu mereka semua pulang semula untuk adik-beradik malang itu bertemu"takdir" mereka disitu.

Kakak kepada 5 beradik yang terkorban itu yang terselamat walaupun telah tertimbus ketika rumah mereka runtuh akibat serangn udara Israel itu berkata" saya katakan kepada adik2 saya yang telah terkorban, kamu semua adalah Syuhada', inilah pengakhirannya.

"sumber:http://www.belfastt elegraph. co.uk
terjemahan:Mohd Al-Fateh Muhamad Hanif (Abe Long=p)

Wednesday, January 14, 2009

Syukur

28 Desember 2008
Bismillahiramanirahim…..

Assalamualaikum buat sahabat sekalian. Hari ini first day sem baru ni.. tak blajar apa pun tadi, kawan2 pun ramai tak kembali menyambung perjuangan di sini. Ana doakan moga mereka semua selamat kembali. Rindu rasanya untuk menimba ilmu bersama rakan-rakan.
Hari ini pengisian di musollah di kendalikan oleh ustaz Junaidi. pengisian pertama untuk sem ini.

Ana memang tak sabar nak balik UM ni. Rindu dengan suasananya. Pengisian rohani.. Subhanallah.. Banyak ilmu yang d kongsi bersama. Sebagai mukadimah ustaz Junaidi bercerita tentang nikmat hujan. Kebetulan hujan di luar mengiringi doa selepas solat magrib kami....
Air hujan yang turun pada malam jumaat ditadah dan dibacakan 30juzuk al-quran boleh dibuat sebagai penawar. Insyaallah. Nikmat yang Allah berikan kepada kita, dikurniakan dua penawar ke dunia iaitu al-Quran dan madu...

Antara lain mukadimahnya adalah key word ’SYUKUR’
(2:152)
maka ingatlah pada-Ku. Aku pun akan ingat padamu. Bersyukurlah pada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku
Sebagai hamba kita dicipta untuk bersyukur. Ayat di atas sbg cntoh yang diperkatakan didalam al-quran.

BERSYUKURLAH PERKARA YANG SEDIKIT SEBELUM DATANG PERKARA YANG BESAR. Hal ini semata-mata kerana Allah swt. mahu menguji hambaNya sama ada bersyukur atau tak dengan nikmat yang dikurniakan. Kadang-kadang kita lupa. Bila kita diberi kesenangan, kita bersyukur pada Allah. Alhamdulillah. Tapi bila kita ditimpa musibah, kita lupa untuk melafazkan kalimah SYUKUR itu.. sedangkan macam yang ana kata tadi, kalau kita tidak bersyukur dengan perkara yang sedikit, bila datang hal yang besar apa kita ingat mahu berterima kasih padaNya?... nauzubillah. Buat diri ana dan sahabat-sahabat semua hayatilah kata-kata ini

Ana ambil satu situasi, kalaulah Allah beri kita kecerdikan dan kepandaian. Dalam exam kita memperolehi result yang mantap lagi memberangsangkan. Alhamdulillah bersyukurlah kita pada tuhan. Kalau Allah nak uji kita, bukan kita yang dapat tapi orang lain dan kita cuma dapat result ’ok je lah’.. tapi sahabat-sahabat, kita kena ingat ada sahabat yang lain tak lulus pun exam itu. Kalaulah result kita tak lulus kali ini tapi jangan kita lupa ada sahabat lain yang exam pun tak dapat mereka duduki.maka bersyukurlah. Kalaulah Allah beri kita ujian, dah belajar, dah prepair nak exam ni tapi malangnya ditimpa musibah tak dapat nak hadir ke dewan exam tapi ada lagi sahabat yang lain bukan sahaja tak boleh ambil exam, nak masuk universiti pun tak dapat.
Kadang-kadang kita rasa sedih bila Allah ambil salah seorang dari orang yang kita sayang sedangkan ada sahabat yang tidak dapat merasa kasih kedua-duanya. Dan bersyukurlah kalaupun kita diuji kehidupan tanpa keduanya pun tapi bersukurlah sekurang-kurangnya kita masih ada saudara kandung bersama. Andai hingga terasa betapa beratnya ujian Allah itu bila kita rasa tanpa siapa di dunia ini (ujian ini hanya Nabi kita yang mulia, Muhammad saw sahaja yang diuji) namun bersyukurlah sebagai islam kita masih ada Allah swt.
Subhanallah indahnya nikmat itu jika kita faham istilah ’syukur’ itu.... hem... bukan sahaja insan yang bernama Syukur sahaja yang kadang kala tak faham makna namanya sendiri tapi kita juga terlupa akanNya. cuba ketuk hati kita ni, bersyukurkah kita atas anugerah selama ini atau tak puas-puas lagi akan apa yang kita miliki? Dengan ujian yang kecil itu janganlah kita lupa untuk bersyukur. Subhanallah nikmatnya andai kita bersyukur.

Ana berpesan kepada diri ana sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat yang lain, BERSYUKURLAH PERKARA YANG SEDIKIT SEBELUM DATANG PERKARA YANG BESAR.

Sungguh! TuhanMu benar-benar mengawasiMu. Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujimu lalu memuliakannya dengan memberikan kesenangan, maka dia berkata, Tuhanku telah memuliakanku
(89:14-15)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku
(52:56)

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri Akhirat itulah kehidupan yang sebenar, sekiranya mereka mengetahui
(30:64)

Musa berkata kepada kaumnya, ”mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah; diwarisNya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”
(7:128)
2 nikmat yang paling besar diangurahkan kepada hambaNya

i) Nikmat islam – semua orang memilikinya namun
ii) Nikmat iman – tidak semua yang merasainya. Perbanyakanlah rasa bersyukur kerana sesungguhnya ada lagi sahabat lain yang diuji lebih teruk dari kita. Subhanallah...
Ya Allah jadikanlah kami antara orang-orang yang bersyukur dengan nikmat yang Kau kurniakan

pengisian ngan Siti Nur Fatihah binti Harun (YM)

achuliza: assalamualaikum
achuliza: dah bis nasyid
cheerful_queenz _172: w'salam
cheerful_queenz _172: bru j hbs
cheerful_queenz _172: knp kak?
achuliza:
http://mencarimardhotillah.blogspot.com/
achuliza: hihihi byk ayat tak betol
achuliza: tak per
achuliza: cobaan pertama
cheerful_queenz _172: perkataan yg pling ketara salah ialah..nama tihah
achuliza: hahahahahahaha
cheerful_queenz _172: ismi SITI NUR FATIHAH BINTI HARUN
achuliza: afwan nnti ana prbetulkan ya
cheerful_queenz _172: not SITI FATIHAH
cheerful_queenz _172: HEHE
achuliza: ana tak sabar nak publish tadi
achuliza: tak check
achuliza: hihihihi
cheerful_queenz _172: tp anyway thanks coz sdi msukkn nama dlm tu
cheerful_queenz _172: bgga rase
cheerful_queenz _17: 嘿~~笑一個嘛...
achuliza: tak tido lae?
cheerful_queenz _172: blum lg
cheerful_queenz _172: x terasa nk tdo lg
achuliza: tunggu sapa ya
cheerful_queenz _172: nk tgk yg mne2 ptut dulu
cheerful_queenz _172: xde tggu sape2 kakc
cheerful_queenz _172: buah hati xde
achuliza: ana ada clip y ana suka bangat tgk
achuliza: nk kngsi ngan thah tp berat nak send
cheerful_queenz _172: tgk pe?
cheerful_queenz _172: mm mnde tu?
achuliza: video
cheerful_queenz _172: OO
cheerful_queenz _172: TTG pe kak?
achuliza: jap kak datang
achuliza: borak ngan spupu ni
cheerful_queenz _172: ala kesian kt akak
achuliza: tak
achuliza: r
achuliza: tak
achuliza: Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpa kamu. TAPI JIKA KAMU BERSABAR SUNGGUHNYA ITULA YANG BAIK BAGI ORANG YANG SABAR (16:126)
cheerful_queenz _172: kesabaran mmg bnyk mmbri kebaikan...ttp sbg mnusi biasa ia bgtu sukar utk dilakukan..ttp ianya tidak MUSTAHIL untuk diamalkan..
achuliza: INSYAALLAH
achuliza: mga kita smua bisa mhdapinya
cheerful_queenz _172: aminnn..
achuliza: hem rasa nak kmbli ke rumah ihsan to lagi
achuliza: kerinduan sperti dkt d hati
cheerful_queenz _172: nnti prgi la lg
achuliza: hihihihi
cheerful_queenz _172: tihah pun klu ade pluang..nk g llga
chuliza: tak smua ckg blh ikhlas cm ckg asma to
achuliza: hasmah

cheerful_queenz _172: btul tu
achuliza: pat d lihat keikhlasannya
cheerful_queenz _172: mmg sellup la kt dea

Tuesday, January 13, 2009

observation untuk assignment Multimedia Pengajaran

13 Januari 2009
Hari ini ana dan sahabat-sahabat pergi membuat observation di pusat komuniti di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya. Alhamdulillah semua classmate seramai 12 orang dapat meluangkan masa untuk berada di sana. Di tambah seorang rakan minor Pendidikan Khas kami, Siti Fatihah Binti Harun. Kesian 1 kumpulan yang sesat perjalanannya (Tehah, Welynn, Maziah dan Fadz), di tambah kena marah dengan pemandu teksi sekali.tak per, dugaan tu sahabat-sahabat.



(90:27-28)
Wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Perjalan kali ini Alhamdulillah dipermudahkan. Berada disana buat rasa keinsafan dalam diri ini. Apabila diberi dugaan sedikit sudah mengeluh. Sedangkan ujian buat kanak-kanak istimewa ini lebih berat lagi. ujian untuk ibu dan ayah mereka.


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan salat. Sungguh! Allah beserta orang-orang yang sabar.
(2: 152)
6 orang murid diberikan kepada kami oleh cikgu Hasmah. cikgu yang baik sekali. Tak sorang pun yang ambil Natasha (4 tahun) sebagai sasaran mereka.

Hem... ana pun terpikul juga sebab mak dia pun ada bersama. Pn. Rafiza (lecture kami) mahukan sasaran yang mempunyai masalah kurang upaya namun boleh memberi tindak balas kepada rangsangan. Natasha dilahirkan tidak cukup bulan iaitu waktu kandungan berusia 6 bulan. Antara keistimewaan yang dimiliki adalah comel amat dengan kulit putih kemerahan, rambut keperangan. Ia dipanggil ’CP’ ana lupa akronim dari apa. Afwan.. Subhanallah, adik Natasha memang comel, tak terbanding anak patung yang dibuat oleh manusia. 2 hari selepas kelahiran adik comel ini disahkan menghadapi pendarahan otak.
Hati seorang ibu.. senyumannya menyimpan seribu rahsia. Harapan ibu moga anaknya dapat menguruskan diri sendiri sudah cukup, "tapi akak mukjizat Allah to tak der sapa boleh menafikannya".

ana teringat kisah Ustaz Yazid dalam tazkirahnya satu tika dahulu (afwan ana lupa sumbernya) kalau ana salah tolong perbetulkan. Di kisahkan pada zaman Rasulullah dahulu ada sekumpulan penjahat berkuda dalam perjalan mahu mencuri barang dagangan. kumpulan tersebut sepakat berehat sehari di sekeluarga yang miskin. empunya rumah amat berbesar hati menerima kehadiran mereka apabila diberitahu mereka adalah antara angkatan tentera yang berjuang untuk islam. si ketua penyamun ini hairan melihat keadaan anak tunggal suami isteri ini lalu ditanyanya. maka jawap si bapa zuriat pemberian Allah ini dilahirkan tanpa mampu berupaya menguruskan diri selain terbaring menerima kasih sayang ibu dan bapa yang tak jemu meredhai ketentuan Ilahi. Atas rasa percaya kepada mukjiziat Allah swt si bapa meminta pejuang islam itu menyimpan air tadahan wudhuk. Apabila kumpulan penyamun itu pulang membawa harta curi yang banyak, mereka singgah ke rumah hamba ini tadi untuk diberi sedikit harta sebagai tanda terima kasih. Takdir Allah, terkejut semuanya apabila anak kecil yang sebelum ini tidak mampu bergerak sedikit pun telah mampu melompat bermain. maka bertanyalah ketua penyamun tersebut. Indahnya, gerombolan tersebut terus bertaubat apabila diberitahu oleh si bapa, "ini semua atas mukjizat dari jihad mereka. sisa wudhuk yang dikumpulkan itu dimandikan anaknya, dengan takdir Allah anak pasangan tersebut sihat seperti kanak-kanak normal yang lain. Subhanallah.

Terima kasih kepada encik Azman (bapa Natasha) yang menghantar kami sampai ke UM. Tanpa bayaran pula. encik Azman mencari rezeki sebagai pemandu teksi. Itulah peribadi muslim.. dalam hati ana mahu kembali ke sana lagi.

Dalam observation itu ana dan sha memilih Ejam untuk bersama kami. Tak duduk diam dia. Habis semua tempat dijelajahinya. Seronok bila Ejam boleh berinteraksi bersama kami. Adik Ejam berusia 5 tahun, mengalami Sindrom Down ketegori ke-3. kembali ke UM ana dan Sha buat discussion kali ke3. Kami telah bersetuju untuk tetap memilih plan pertama kami iaitu untuk memilih anak buah ana yang dilahirkan sebagai kanak-kanak istimewa (bisu dan pekak)assignment ana untuk sem ini membina courseware pembelajaran untuk kanak-kanak istimewa. InsyaAllah, ana akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka.

Hem... kepadaMu Ya Rahim ana memohon keberkatan dalam mencari mardhotillah.

carian anda di blog ini