melewati blog ini...

Friday, February 27, 2009

kata naqibah....

hadis
yang diriwayatkan oleh al-Hakim.Hadis no 7638
yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengucapkan tiada tuhan melainkan Allahakan masuk syurga dan wajib baginya mendapat syurga."
diriwayatkan oleh Imamal-Bukhari di dalam bab pertambahan iman dan kekurangannya yang bermaksud:
"Kemudian dikeluarkan dari neraka sesiapa yang telahmengucapkan Tiada tuhan melainkan Allah dan di dalam hatinya terdapat kebaikan sebesar biji gandum"


ANALOGI
kalau org pinjam pinggan kite, ada 3 keadaan org akan pulangkan pinggan tu.
pertama,
dlm keadaan dah basuh, maka kite terus letak kat tempat pinggan

kedua,
dlm keadaan xbasuh lg, maka kite cuci dulu baru letak kat tmpat pinggan

ketiga,
dlm keadaan dah pecah, maka kite terus buang dlm tong smpah, xletak kat tmpt pinggan langsung

maksud???

org pertama,
dalam keadaan dah basuh, mksdnye dlm keadaan bersih, tiada dosa...

org kedua,
ada titik hitam dlm hati, maka Allah cuci dulu dalam api neraka, bila bersih baru masuk syruga

org ketiga,
pinggan pecah umpama org yg dah ranap akidahnya (kafir)

nauzubillah....

Jazakillah buat intan yang berkongsi pengisian hati d pagi yang hening ini...

(27 Feb 2009)

AKU SEORANG DA'I

achuliza: salam
achuliza: ya ukhti yang d rindui
honnney mk: WSLM
achuliza: huhuhu hari ni Allah bagi nkmat rasa rindu dalam diri ana...... rindu pada kluarga... rndu pada istiqaamah ana... dalam kesibukan ini Allah mengingatkan diri ana
achuliza: Subhanallah
honnney mk: subhanallah...
honnney mk: Allah sgt sayangkan hamba-Nya..
achuliza: rindu akan iman keluarga d kejauhan...
honnney mk: Die tak mahu hamba2Nya terleka dan terlalai....
achuliza:
achuliza: intan...
honnney mk: kerana itu die meniupkan rasa iman itu...
honnney mk: ye kak...
achuliza: shi ckap smlm
achuliza: nk tak lau ana bawakan usrah... ada y mcari.....
honnney mk: aha..
honnney mk: yg kawan farah diana tu ye..
achuliza: ana tak ragu2 tapi ana tak tahu mmpukah mberi
achuliza: padalah mberi lbih baik dari menerima.....
achuliza: slama ni ana hanya mahu n mmpu mnerina sahaja
achuliza: tapi sekarang ana mahu
honnney mk: akak, nk share sesuatu..
honnney mk: hi2
honnney mk: mule2 saya pun ade berperasaan begitu...
honnney mk: tak pernah terjangka di hati akan bwk usrah suatu masa dulu...
honnney mk: saya rasa diri tak mampu..
honnney mk: tpi Allah telah mengizinkan semua itu berlaku...
honnney mk: hakikatnya, bile kita memberi, kita juga memberi peluang pada diri kita untuk lebih meningkat...
honnney mk: kerana bile kita sudah mule memberi, kita akan berusaha untuk tingkatkan diri kita juga...
honnney mk: kak, ape2 akak bgtau je.. ape yang akak musykilkan..
honnney mk: ape yg akak rasa berat...
honnney mk: sharing is caring...
achuliza: jadi berfikir tapi tak mahu berkata
achuliza: bila............... ana sekarang mmpu bawa islam kmana ana pergi..... n tak spt dulu orang tak bleh trima... malam tadi feedbakc y baik. ana gmbira sangat bila orang lain ada semangat mahu bersama
achuliza: tapi fikir tanpa mahu berkata bila......
achuliza: knapa ana tak mmpu buat smua ni untuk kluarga ana
achuliza: bila ana hnya mmpu bfikir sihat tak iman mereka
achuliza: mcm mana ibadat mreka
achuliza: sdangkan dgn sahabat....... ana lancar mngatur bicara
achuliza: bertanya... berkongsi.... mengajak...
achuliza: lagi ramai y bersama ana lg sedih itu mnikam....
honnney mk: benar..
honnney mk: adakalanya saya juga berperasaan begitu....
honnney mk: selalu memirkan bgmana dgn keluarga...
achuliza: terasa mahu pulang... mahu melihat wlau tak mmpu bertanya d kejauhan ini
achuliza: alasan sibuk
achuliza: itu aja....
honnney mk: akak, pernah dengar tak istilah dakwah fardhiah?
achuliza: fardhu?
honnney mk: a'ah..
achuliza: mean?
honnney mk: mksdnye dakwah secara individu...
honnney mk: mksudnye.. pd keluarga, kita mulakan dengan dakwah secara individu...
honnney mk: kita berbaik dengan mereka...
honnney mk: sebelum ni insyaalllah hubungan kita mmg dh baik dgn mereka...
honnney mk: tapi kali ini lain baiknye..
honnney mk: kali ini ikhlas semata2 kerana Allah...
honnney mk: bile kte balik, kita tolong mereka...
honnney mk: solat sama2 mereka...
achuliza: itu y ana rindukan...
honnney mk: saya rasa kak, solat bersama itu sgt penting..
honnney mk: pada saya itulah titik permulaan utk segalanya..
honnney mk: solat bersama, dan lepas solat tu...
honnney mk: itulah masa yg sgt sesuai utk berbual2 dgn mak...
honnney mk: masa tu hati sgt suci.. (insyaallah)
achuliza: bila ayah hnya slalu tegur sejadah ana salah arah...
tapi ayah hnya mmrhati... tanpa bjemaah.....
honnney mk: ape kate, akak try la ajak.. "ayah, jomla kita solat sama.."
achuliza: ana tak kuat
honnney mk: dengan muka yg penuh kasih sayang....
achuliza: tok lisan
honnney mk: insyaallah kak....
honnney mk: berusahalah!!
honnney mk: percayalah, hasilnya sangat merujakan...!
honnney mk: huhu2...
honnney mk: akak sayang mereka kan...
honnney mk: mana tahu dengan sentuhan solat itu akan mengubah hati2 mereka....

Assalamualaikum..... kepada tetamu yang sudi melawat blog ana yang serba kekurangan ini.... mahu ana titipkan perkongsian ini bersama agar buat diri ana tak pernah lupa akan air mata hari ini... dan ana mahu kata-kata dari kalian juga. InsyaAllah ana mahu menjadi seorang da'i yang mahu berehat di syurga nanti
(^_^)
kelesuan selepas bermunajat adalah kerana rosaknya langkah bermula

Monday, February 23, 2009

ahli AS-SYAMS


tangisan dalam tawa

23 Februari 2009
Astarfirullah al-Azim, Subhanallah, Allahuakbar.....
Ya Allah sungguh aku tak layak menerima ujianMu.... aku lemah....
Dengan emosi
Dengan kasih sayang
Dengan pengorbanan...
Sungguh aku harus belajar semua ini dalam erti kesabaran.....
Kerna aku TAHU dan aku FAHAM....
Liza, Allah nak uji imanmu... bila sekali kau di duga... kau enggak pantas mengalah tapi kau lemah... sungguh dengan Zat-Nya kau temui kekuatan... dan sekali lagi kau diduga.... namun kau telah belajar menghadapinya... sungguh Allah maha mengetahui tiap yang diciptakan-Nya... bila kau bukan sekali, bukan dua kali diuji tapi berkali-kali.... tanpa jemu hatimu diusik..... KERNA APA YA........
Duhai hati makhluk yang sentiasa berubah sifatnya...... jika mahu ditangisi... menangislah.... jika mahu dibina tembok kekerasan.... ingatlah....

”Dan jika kamu membalas,
maka balaslah dengan balasan yang sama dengan
siksaan yang ditimpa kepadamu.
TETAPI JIKA KAMU BERSABAR SESUNGGUHNYA ITULAH YANG LEBIH BAIK BAGI ORANG YANG SABAR”
(16:126)

Surah An-Nahl... Surah yang sentiasa ana ulangi... Surah yang suka ana post pada sahabat-sahabat.......

Tuesday, February 10, 2009

perkongsian bersama 'Dua kali aku menitiskan air mataku'



Dengan nama Allah Yang Maha PengasihMaha Penyayang

Sebenarnya, bukan dua kali saja saya menitiskan air mata. Bahkan berkali-kali. Tiap kali saya membaca kisah ini, tiap kali itulah saya menitiskan air mata, meskipun sudah membacanya entah yang ke berapa kali. Ya, cerita ini yang disalin dari sebuah buku adalah suatu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Sayydina Umar Al-Khattab.

Sungguh saya tak tertahan, rasa pecah hati, terharu sangat apabila membaca cerita ini.Dua kali aku menitiskan air mataku, adalah kerana di dalam kisah ini, ada dua tempat yang saya baca, pasti mengalirkan air mata. Justeru kawan, kalau sudah baca kisah ini, dan benar-benar menitiskan air mata, beritahulah saya.

Beritahu juga bahagian yang mana membuatkan anda menangis. Yang pastinya, saya yakin ada dua tempat yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata. Bacalah kawan, dengan hatimu yang putih, paling bersih. Moga-moga beroleh rasa, Insya-Allah.



Diceritakan,
Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan. “Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan.

Mendengar itu Hassan berkata:“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak,” katanya..

Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya.

Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.”

Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh.

Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri,” sabda Rasulullah SAW.



Ya Allah! Betapa saya tidak menitiskan airmata, berkali-kali. Cerita yang sebegini indah, yang merakamkan keagungan iman dan kasih sayang adalah satu keajaiban dalam sejarah manusia sepanjang zaman.Anda bagaimana?Selain kisah ini, ada satu lagi kisah yang terjadi terhadap junjungan kecintaan kita, Rasulullah SAW saat-saat kewafatannya yang menyebabkan berkali-kali saya menitiskan air mata. Ya Rasulullah, aku merinduimu, mencintaimu. Ah, bukan dua kali aku mencintaimu ya Rasulullah, bahkan aku mencintaimu yang tiada kali-kalinya. “Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hati saya bernyanyi penuh rindu.Insya-Allah akan saya salinkan di sini, jika sudah ketemu sumbernya. Begitulah sokmo, bila kita nak dia tak ada. Bila kita tak nak, dia ada.

Dari tarikan nafas,
@buyon
keizinan sumber dari
(indahnya iman bila ilmu dikongsi bersama-InsyaAllah)

khat


Monday, February 2, 2009

cuti-cuti mengejar mardhotillah

25 Januari 2009
Sem break!!!
Dua tiga hari ini entahlah mengapa terasa malas untuk beribadat.. Namun diri lekas-lekas perbanyakkan istifar. Godaan syaitan laknatullah!!!! Ana perlu hapuskannya. Pagi ini terasa bersemangat, hati berkabar-kobar untuk pulang ke rumah. Sempat juga ana adakan pengisian di laman maya. Mengenangkan pulang nanti.. jiwa lapar tanpa pengisian. Ana bergerak pulang jam 12.30pm. mahu sama-sama pulang dengan roommate ana Aima. Kami berpisah di stesen Universiti kerana perjalanan kami seterusnya bertentangan. Huhu sesampai di Md Villey ana terus menunaikan solat fardhu terlebih dahulu. Sempat ana bawa oleh-oleh Big Apple untuk keluarga ana.
Hem ramai benar manusia mengambil peluang keluar dengan perancangan masing-masing sempena Tahun Baru Cina pada esok hari. Yang golongan Chinese of course lah untuk buat prepairation celebration for Happy New Year mereka. Ana rasa tak berapa selesa ketika berada di dalam KTM. Nama pun public transport, kenalah berkongsi semua orang. Bukan ana anti sharing ni. Cuma hidangan pemandangan itu benar-benar mengganggu gugat keselesaan diri. Padat dengan orang itu tidak mengapalah.. Tapi al-kisahnya bab sosial.. Rasa nak marah ada. Rasa kesal ada. Rasa keinsafan ada. Rasa kesyukuran juga ada.
Rasa marah bila anak bangsa kita tanpa batasan pergaulan. Mana ciri-ciri ketamadunan yang islam serapkan dalam diri tiap insan? Dah cantik dah. Just follow je... Geram bila ada gadis yang marah-marah bila ’buah hatinya’ ’tersengaja’ dekat dengannya. Excident lah kononnya. Tapi yang ana marahnya bila si gadis sebenarnya ’marah-marah sayang’
Rasa kesal bila ana yang tercegat sendirian dikelilingi manusia modenisme ibarat ana ni alien yang turun melawat keindahan bumi Malaysia. Mana tidaknya ada sahaja mata-mata yang menjeling ana dari atas ke bawah? Kalau pandang ana ibarat ana perdana Menteri tidak mengapa juga, ini ibarat ana banduan yang lari dari penjara dengan memakai baju rasmi banduan... huhuhu sadis sungguh. Nama tidaknya ana like orang asing bila ana tidak seperti mereka. Dengan tudung labuh berwarna peach pudar, dan baju t-shirt labuh murahan hingga melebihi paras lutut. Colour hitam pula tu.. apatah lagi bila ana perasan makhluk yang berpelukan dengan ’aweks’nya di depan ana membaca perkataan yang tertulis pada baju ana. WANITA SOLEHAH, MUSLIMAH SEJATI. Hem.. jangan-jangan dia tertawa di dalam hatinya melihat ’kekolotan’ ana ini berbanding ’gadis manis’ di dalam pelukkannya. Astarfurullah al-azim...
Timbul rasa keinsafan dalam diri bila ingatan menjengah ke zaman kejahilan ana.. tika itu ana juga sama seperti mereka, tahu tentang hukum Allah tidak mahu memahaminya. Tahu apa yang boleh, apa yang tidak. Tahu darjat wanita kerana itu perlunya ada hijab. Tahu sejak dari sekolah rendah lagi kewajipan seorang muslim... kerana KETIDAKFAHAMANLAH MAKA TIDAK MENGAMALKANNYA DENGAN CARA YANG SEBENAR. Jahil sungguh ana waktu itu bila menutup aurat hanya bila kita menutup rambut dari pandangan ajnabi... salah konsep yang tertaman dalam diri... sedangkan aurat perempuan itu adalah dengan tidak memperlihatkan susuk tubuh kita. Itu baru fizikalnya.. aurat suara...
Bila ana menangis mengenangkan zaman kejahilan ana, ukhti intan berjaya memujuk...

achuliza: normal zaman kejahilan kita menjadi igauan. sejarah y tak dilupakan
honnney mk: em...
honnney mk: ye kak....
honnney mk: umar al khattab sendiri, saat dia teringat zaman jahilnya, dia pun menangis...
honnney mk: sahabat pun menangis..
honnney mk: inikan kita umat yang dah jauh dr zaman sahabat,,,

Subhanallah... nikmat Allah berikan kepada hambanya. (untuk ungkapan ini ana shorkan antum/ antuna semua baca tafsir surah Ar-Rahman.) Surah faverate ana. Hem.. kadang-kadang manusia ni banyak jenis dan kelebihannya. Ada antara kita Hafiz/hafizah... Ada antara kita tu dia juara Tadarus Al-Quran peringkat kebangsaan, ada juga antara kita nak jadi ’orang biasa-biasa’ aja cukuplah.... huhuhu tapi apa yang ana nak katakan di sini, kita ni dah terbiasa untuk mempelajari nahunya, lagunya, dan yang sewaktu dengannya. Tapi berapa kerat antara kita yang fahami tafsirnya... sirahnya.... sedangkan Al-quran itu diturunkan untuk siapa? Untuk apa? Bertapa bersyukurnya rasa diri menjadi umat nabi yang terakhir Rasulullah saw. yang mana satu-satunya nabi yang meninggalkan mukjizatnya untuk umatnya.. bayangkan nabi ------ yang mempunyai mukjizat pada tongkatnya, namun tidak boleh diperturunkan kepadanya umatnya selepas kewafatan Baginda. Sedangkan kita? Umat yang terbanyak mampu memiliki Mukjizat Nabi Muhammad saw. iaitu Al-Quran. Subhanallah......
Ana nak tambah lagi satu... mukjizat yang Allah swt direct turunkan kepada makhluk ciptaannya ada dua iaitu AL-QURAN dan MADU. Ha look!!! Itu pun kita masih tak faham dan dalam kerugian.... eks eks eks..
Alhamdulillah... bersyukur kehadirat ilahi atas himpahan nikmat yang di kurniakan. Ana bersyukur kerana ana diberi peluang untuk berhijrah dari terus berada di dalam kesesatan. Di mana bila matlamat kini adalah untuk mencari MARDHOTILLAH.. bila mana segala perbuatan adalah kerana ibadat kepada Allah. Bila mana percaya pertolongan Allah itu mengatasi pengharapan terhadap keduniawian. Insyaallah....
Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka semua....

Tiba di Terminal One ana perlu meneruskan perjalanan ke Alor Gajah menaiki bus. Dapat tempat duduk 1B (depan sekali) Transnational. Bersebelahan ana duduk seorang lelaki tua. Dari mukanya terpancar kerisauan yang ana tak tahu puncanya... teruknya ana bila rasa segan/malu untuk memulakan perbualan. Sedangkan ana baru belajar dari pengisian tazkirah dari Ustaz Yazid di Balai Islam kolej Kediaman ana yang lepas. ’walau sesaat kita mengenali seseorang itu,maka dia adalah di bawah tanggungjawab kita’ ana harap pembaca sekalian faham akan maknanya. Ini tidak, lihatlah manusia akhir zaman bila mana hanya bertemu dengan orang yang telah dikenalinya sahaja akan mereka bertukar salam. Hem... tanya pada diri kita, betul tak? Antara pengisiannya lagi, kita ni manusia sebenarnya telah dikumpulkan pada zaman ROH. Maka di dunia inilah untuk kita zahirkan semula pertemuan itu. Suatu pertemuan itu perlulah saling bertukar nama.. hihihi ana paling susah nak ingat nama. Plat kereta ayah ana pun sampai sekarang ana tak ingat... huhuhu NOOR AZLIZA BINTI ABDULLAH. Pelupanya teruk benar!!!
Sepanjang perjalanan lebih kurang 40 minit ana habiskan dengan membaca novel penulisan Ustaz Hazrizal. (Abu Saif) sengaja ana bawa pulang novel ini untuk pembacaan dalam perjalanan. Part ’Cinta Tanpa Syarat’ tanpa sedar pipi ana terasa sejuk. Ana menangis... Subhanallah... lupakan ana? Atau sengaja tidak mahu mengingati bertapa tingginya CINTA mak dan ayah ana selama ini?? Taniah penulis Saifulislam.com di atas teguran kebaikan yang disandarkan kepada anta olehNya akan erti sebenar ’Cinta Tanpa Syarat’. Moga lebih ramai lagi yang mempunyai kesedaran seperti ini..... ana ambil satu part aja dari penulisan ini. Sebenarnya tiap patah perkataan yang tersusun menjadi ayat bisa menyentuh jiwa kepada yang membacanya. Kalau antum/antuna semua nak tahu.... lekas-lekas dapatkan koleksi ’AKU TERIMA NIKAHNYA’ sekarang hehehehhe. Nanti akan ada sambungannya kan Abu Saif?
Tiba di tol Simpang Empat, ada kekuatan dalam diri ini untuk bertadabur dengan pakcik tua di sebelah ana...

Ana : Assalamualaikum, pakcik nak pergi melawat siapa?
Pakcik Tua : waalaikumusalam, nak balik rumah dekat Air Pa’abas
Ana : Subhanallah, saya pun tinggal kat Air Pa’abas. Tapi kira sebelum Air Pa’Abar lah, Air Tanai! Girang sungguh memuji Sunatullah..
Pakcik Tua : pakcik nak ziarah saudara pakcik Lela Ali yang nak operation perutnya esok. Ni pun anak pakcik marah tak bagi pergi. Ye lah orang rumah tak sihat. Kena strok dah setahun. Pakcik ni baru keluar hospital semalam ha. Tapi hati berat nak datang sini.

Pakcik Ali katanya nak bermalam di rumah abang Zul. (siapa tak kenal orang kampung ana ni yang 1 family dia buat bisness dodol kampung!) tadi sadisnya pakcik ni tak tahu no phone abang Zul. Dah tu bus terakhir perjalanan ke kawasan ana dah pun lepas. Eks eks eks. Cantiknya Sunatullah itu. Pakcik ini memang dah ditakdirkan bertemu ana dalam perjalanannya. Kebetulan ana ada menyimpan no phone abang Zul tu.. Dari perbualan dengarnya pakcik Saad (orang kampung) ana yang akan menjemput pakcik ini. Tapi ana katakan kepadanya, kalau ayah ana yang datang dulu ikut ana sahajalah. Pakcik tua hanya mengangguk lesu. Ana tahu perhatiannya tidak berfokus dalam jasadnya yang sebenar. Dia lebih memikirkan insan yang entah bagaimana keadaannya di Hospital Besar Melaka itu. Sama-samalah kita doakan agar Allah permudahkan Segala urusan empunya diri.... setibanya kereta ayah ana seiring dengan pakcik Saad... huhuhu
Malamnya ana lakarkan kajadian hari ini untuk pengisian blog ana. Tapi lambat sikitlah publishnya sebab rumah ana tak ada connection internet.

Akhukum fillah
12.04am

carian anda di blog ini