melewati blog ini...

Sunday, July 26, 2009

Aku Ingin Mencintai-Mu II



Maha suci Allah....
Segala puji bagi Allah....

Allahu akbar....


Ya Allah sesungguhnya telah kau sampaikan rinduku ini...... bertapa kasihnya DiriMu, Dalam kehinaan diri ini......

6.30 petang (26 Julai 2009)
Habis makan bersama romate2, ana balik bilik call orang tersayang.... rasa kangan sangat hati ini... suara pun dah tak serak2 lagi.. so nanti antivirus apa pun tak dapat detect lau2 ana masih ada lagi simtom2nya.. huhuhu... Rindu mahu mendengar suaranya...... Lambat talian diangkat.... kata Mak, tengah basuh kain...

Cpetang2 ni???? kata Mak lagi... dah 2 hari tak bangun... sakit gigi, demam..... mak................. eks eks eks eks eks eks nape ana hanya mahu rasa sakit sendiri, nape tak ana hubunginya semalam, kemarin pun bole
h.... biar rindu kita sama-sama terubat....... :(( bila ana kata ana dah sihat... mak kata, makan ubat, makan sampai habis.... kalau tak elok juga pergi hospital balik. mak asyik risau pasal ana.... mak tak cerita pun tentang diri dia.... mak.......

Tahu....
benda yang ana paling payah buat kalau call mak..... untuk putuskan talian..... sebab waktu tu.... pasti dengar suara mak bergetar..... mak pasti akan menangis........ ana tak tahan nak dengar.... ana rindu mak.....


Mak yang mengandungkan ana 9 bulan...
Mak yang penuh kepayahan melahirkan ana.......

Mak yang berkongsi makan dengan ana......

Mak yang mememani ana tika tubuh ini dirobek mengeluarkan ketumbuhan...

lau ditanya, pasti ana tak ingat peristiwa itu...
pasti ana tak tahu bagaimana sakitnya tubuh yang masih bayi ini dilukai.....

tapi....

Pasti waktu tu.....

Segala rasa itu dipindahkan kepada mak....

Mak pasti rasa sakitnya bila mendengar tangisan ini.....
Mak pa
sti tak senang tidur bila lena ini terganggu.....
Mak kata zaman dulu....
lau nak teman orang sakit....
tidur kat lantai aja....


Mak.................
Maafkan ana yang banyak berdosa pada mak.......

Ana selalu tipu mak.....

sebab ana tak sanggup tengok mak sedih lagi.....

Ana sayang mak.......


Ya Allah.....

Kau permudahkanlah segala urusan kedua ibu bapaku,

Kau berikanlah nikmat iman kepada mereka,
Kau berikanlah nikmat syurga kepada mereka.....
Amin
Amin
Amin...

Duhai angin.....
sampaikanlah salam rinduku pada kedua ibu bapaku.....
SAWEYAH BINTI ISMAIL 'n' ABDULLAH BIN JANI



Aku ingin mencintai-Mu....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Alhamdulillah, dengan izinNya setelah beberapa hari lebih senang merehatkan diri di dalam bilik sahaja, ana cuba keraskan hati untuk keluar berjalan di bumi Allah. huhuhu afwan ayah bonda.. ana tak maklumkan pun kabaran diri ini pada kalian, sengaja tak mahu merisaukan. tapi.. dalam pada itu... hanya Allah saja yang tahu bertapa ana rindu mak dan ayah. teringat waktu zaman sekolah dahulu.... waktu ana duduk hostel. ana paling suka kalau ada teman-teman yang sakit.. bukan apa, itu normal bagi kami di sana. sebabnya bila nanti, warden kami hantarkan ke hospital.. dapatlah kami pun ikot sama.. hahahhaha mana tak ye, cuba bayangkan... lau hari2 dok terperuk je kat sekolah tu.... Yang pastinya... yang sakit tak akan mahu ke hospital dan rakan-rakannya sibuk memaksanya...

tapi ana pula lain....
bila sakit, ana mahu ayah aja yang hantarkan ana ke hospital. biar ayah yang datang ambil ana kat hostel.... huhuhu.....

Ya Allah.... Engkau tempatkanlah kedua-dua ibu bapaku di kalangan orang-orang yang beriman...

Rasa diri tak terdaya lagi...
Lemahnya sendi2, Jazakumullah teman2 yang sangat mengambil berat. huhu ana sayang romate-romate ana, classmate ana.. ana sayang semua!!!
sampaikan ana tak kuat untuk istiqamah ke jalan Allah... Mana amalan hariannya... YA Allah... sungguh, baru sedikit ana diuji.... Rasa sakit yang sedikit ini.... huhuhuhu..... hati hanya mampu menangis.....

hari ini...

ana tergerak mahu jalan-jalan di KL sentral. (seorang diri)
tika dalam LRT... mata mahu menghayati keindahan alam... (hutan batu d Kuala Lumpur) Aduh!!!! sakitnya mata ini... bila yang dapat dilihat kabus jerebu!!!! Ya Allah....

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi." Mereka berkata, Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)


hati ini mahu menjerit.......


* ana beli cincin kat Kl Sentral... yang tersarung di tangan ana sekarang ni... hehehe saja-saja...



lagu tema bilik kami......

Aku Ingin Mencintai-Mu

Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Saturday, July 18, 2009

HUSNUL KHATIMAH.....

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu! "
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

mohon pemilik http://terbitanmukmin.blogspot.com/ ana mahu berkongsi post ini pada teman lain....

Ana cuma nak tanya.......

Kali ini hati terasa nak berbicara tentang ‘ERTI PERSAHABATAN’

Banyak je lagu-lagu pasal ungkapan ini kan…

“Selama ini

Kumencari-cari

Teman yang sejati

Untuk menemani

Perjuangan suci…”


ni bait-bait puisi dari BROTHERS GROUP…


“Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan

Tiada siapa yang bisa memisahkan kita

Antara kita semua”

(ARKAB PERSAHABATAN)


Kata ukhti Siti Hajar….


siti hajar ctie_87: ibarat nasi goreng yang bakal dimkn ini tanpa garam,tnpa sayur

siti hajar ctie_87: ibarat air teh tanpa gula dan susu

ana: kosong?

siti hajar ctie_87: pahit,tawar,xnak mkn

ana: itu erti persahabatan.... tak ada makna.. tak ada erti....habis?apa gunanya persahabatan terjalin.....

siti hajar ctie_87: kita tu ibarat nasi la-kekwn ibarat rencah2 tadi

siti hajar ctie_87: kegunaan persahabatan terjalin ialah ia saling melengkapi

siti hajar ctie_87: xlengkap kalo tiada satu disisi

ana: mana lagi penting.....

ana: fahami sahabat atau sahabat y memahami kita

ana: manusia lemah.... tak akan ada kedua2nya

siti hajar ctie_87: cuba memahami sahabat

ana: (-_-)

siti hajar ctie_87: kita nak berkwn-kita la mulakan dl

siti hajar ctie_87: awat nie.....

ana: saya masih gagal bersahabat.....masih gagal....bukan belajar akannya......tapi mensia-siakannya

siti hajar ctie_87: daripada gagal-kita mencuba lagi masih ad waktu tok saling mengenali

ana: dalam persahabatan ada hati yang terseksa, ada hati yang terasa… (-_-)

siti hajar ctie_87: siapa

siti hajar ctie_87: kita ke

siti hajar ctie_87: si sahabat

ana: mungkin kita....: atau sahabat: entah turut merasa atau tidak...atau sama2 turut terasa....

siti hajar ctie_87: mksdnya kta saling xkenal mengenali ant satu sm lain lagi

ana: ....................

ana a: gagal?

siti hajar ctie_87: blum gagal,tp masih dalam kesamaran dalam proses mengenal

ana: dan kena sentiasa mengalah??......agar persahabatan itu terjalin....

siti hajar ctie_87: xsemestinya kita mengalah

siti hajar ctie_87: ada cara lain lagi yang boleh menjalinkannya selagi sahabat itu boleh memahami tindk-tanduk kita


sharing dari ukhti Cik Na….


sha_dalegend: ingt...kita kena faham org dulu..sabar..lama org akan fhm kita..take n give..ingt memberi..dan kita akan diberi nnt...



kata seorang teman ana yang bakal konvo tak lama lagi ni.....


HAR: susah nak mencari definisi persahabatan

ana: ya... berbeza pendapat dengan setiap individu....sebab tu saya nak dengan makna istilah tersebut dari rakan yang lain..

HAR: tp bg sy sahabat adalah seorang yg sanggup bersama kita susah dan senang.yg boleh menegur salah silap kita.bkn membuka aib kita.yg boleh menyokong kita.bkn merendah2kan kita.dan akn tetap bersama walau dipisahkan jarak dan tempat.susah kan nak mencari sahabat?

ana: boleh berkata tapi dari perbuatan susah nak aplikasikan.... kerana kadang kala kita tanpa sedar kita lupa apa yang disenaraikan sebentar tadi....

HAR: yg rmai d sekeliling kita hanyalah kawan d jalanan.

HAR: apabila kita berada d tempat lain, maka kita akn berjumpa dgn kwn yg lain pula

ana: mana ya lebih penting.... memberi atau menerima...memberi maknanya... oh kita harus faham sahabat tu.... apa pula tugas sahabat untuk diri kita>

HAR: sememangnya memberi itu lbh mulia.tp ada masanya kita mengharapkan sesuatu agar rasa dihargai.

ana: tapi tak bermaknalah fungsi give and take itu...

ana: ada masanya kita mengharapkan sesuatu agar rasa dihargai

ana: ia....ada masanya....sangat mengharapkan itu sifat manusia...lemahbukan sekadar mahu menyokong tapi disokong

HAR: krn itu kita memerlukan sahabatkita x mampu bersendirian.berjuang jga lbh baik berjemaah.jemaah itulah sahabat

ana: jika satu pihak sahaja memberi dan satu pihak nak menerima sahaja

HAR: itu maknanya persahabatan itu belum kukuh.masih belum saling memahami.tp adakalanya sesuatu yg kita berikan kpd seorg sahabat,maka kita mendpt balasannya dr sahabat yg sama.mungkin Allah menggantikannya dr sahabat yg lain.

ana: jika balasan itu diberi kepada orang lain?



Juga perkongsian dari ukhti Fatihah….. (n_n)

She said;


cheerful_queenz _172: persahabatn..hdup ssh dan sng bersama

cheerful_queenz _172: itu yg sy fhm

ana: hem....boleh berkata tapi dari perbuatan susah nak aplikasikan....

cheerful_queenz _172: biasa la tu.....mnusia

ana: mana ya lebih penting.... memberi atau menerima...

cheerful_queenz _172: erti hdup pd mmberi

ana: memberi maknanya... oh kita harus faham sahabat tu....apa pula tugas sahabat untuk diri kita>

cheerful_queenz _172: itu depands pd shbt tu la

ana: ada masanya kita mengharapkan sesuatu agar rasa dihargai

cheerful_queenz _172: ble kita dah kate erti hidup pd mmberi..kita jgn harapkn sgt pmblsan

cheerful_queenz _172: klu dbals,alhmdulilah

ana: itu sifat manusia

cheerful_queenz _172: bru la hati kita akn sng

ana: lemah

cheerful_queenz _172: lemah?

cheerful_queenz _172: wat do u mean?

ana: bukan sekadar mahu menyokong tapi disokong

cheerful_queenz _172: mmg btul

cheerful_queenz _172: tp kdg2 shbt ni bkn x mahu skg..tp mrk trlupa u pmerkn sokongan itu

cheerful_queenz _172: dan mnybbkn shbt yg slalu mmbri aggap bhw drinya x dsokong

cheerful_queenz _172: sbb sokongan yg shbt yg lupa itu hnyalah dlm bntuk doa

cheerful_queenz _172: tp sbg mnusia biasa..mmg sdh mnjd lumrah..kita nk tgk dgn mata

cheerful_queenz _172: mmmmm

ana: bila kita minta mahu diuji....tapi kita rasa tak mampu menghadapi.....tanda diri mengaku kalah

cheerful_queenz _172: sesungguhnya ALLAH xkn uji hambaNYa dgn ujian yg x dpt dtggung oleh hambaNYA

cheerful_queenz _172: pasti ade jln pnyelesaiianya

ya… kita boleh perbaiki itu semua… bagi yang berkata apa sahaja boleh diperkatakan. Tapi bagi yang merasa….. pasti berkata “ yang merasa tak sama seperti yang berkata..” huhuhu



Tuhanku,
apa sahaja yang Kau kurniakan kepadaku mengenai dunia, Kau berikanlah kepada musuhku...
dan
apa sahaja yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan Akhirat, Kau berikanlah kepada orang - orang Beriman,
kerana aku hanya hendakkan Engkau,
Biarlah aku tidak mendapat Syurga atau Neraka,
aku hendak PandanganMu sahaja kepadaku.

Ya Allah,
Kurniakanlah kepadaku cinta kepadaMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu...


doa ini adalah doa Rabiatul Adawiyah.....

Sunday, July 5, 2009

TEST MINDA…..

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah… suka ana mahu kongsi pengetahuan dan ilmu ‘SURAT CINTA DARI ALLAH’ sering kali kita mengalunkan ayat-ayat suci Allah ini… tapi jarang sekali kita menghayati tafsirnya, menjejaki sirahnya… agak-agak lau selama ni kita buat treasure hunt dok pakat nak bagi soalan apa ya… apa kata ukhti / akhi semua try guna soalan-soalan kat bawah ni dalam game tersebut.. hihihi mesti sweet…

Mari sahabat, sama-sama kita uji minda sekejap… hem… sebelum tu… jom ambil Al-Quran tau tafsir ye… hehehehe

Soalan pertama

a) Duhai sahabat yang bijak bistari, ada berapa surah dalam Al-Quran ???
b) Hem… surah apa yang tak ada Bismillahirahmanirahim….. ( ,”)
c) Yang terakhirnya ada berapa ya Bismillahirahmanirahim dalam ‘SURAT CINTA DARI ALLAH’ ini…

Soalan kedua… jeng jeng jeng..

Dalam ‘SURAT CINTA DARI ALLAH’ ini, ayat ke berapa dan surah apa yang ayatnya paling panjang sekali…

hem hem hem masa untuk mncari atau berfikir….

Dan soalan yang terakhir buat setakat ini…… soalannya berbunyi…..

Surah mana dalam al-quran yang setiap ayatnya ada nama Allah???
Cari ye!!!!

Hem sambil menjawab tu… ada sesiapa yang mahu menyumbangkan soalan di sini????

carian anda di blog ini