melewati blog ini...

Tuesday, March 31, 2009

TAKBIR!!!!!

If i diez... ..


As i was laying in my bed the other nite i started to think, what would happen if i were to die tonite as i lie here?
Would my friends know i cared?
Would they kow that i loved them with all my heart?
Would they know that those nites we sat in the dark just talking...
Have meant so much to me?
Do they know all those time we laughed until we cried...
Were some of the best moments of my life?
Do they really know that i hold a special place for them in my heart?
That i smile whenever i see their picture hanging on my mirror?
Do they really know?
How much longer DO i have?
So i guess tonite is just a good a time as any... .
Because you never know... ..
This MAY be the last time i will ever talk to you
Because we all do not know what tomorrow holds... ...
So... .
If tomorrow, i should never wake up... .
I wanted to say im sorry.
Im so sorry for what i have done... .
And what i havent done.
I could have done more
I should have done more
If i harmed u,
Yelled at u,
Ignored u,
Or didnt care... ..
Im sorry.
Forgive me, please?
If tomorrow I should never wake up
I wanted to say thank u.
If me and u were the best of friends,
Thank u for always being here.
There were times when i thought i could never leave u
And if we HAVE parted... .
Thank u for teaching me to love and let go.
Thank u for teaching me that it doesnt matter
If we never see each other.
Because u thought me love can move past that.
And if we are still best friends...
Know i treasure that too.
I love u.
If me and u only talked once in a while
And didnt go to the same parties
And were not good friends:
Thank u for not humbling me
Or tearing me down.
I only wish i had taken the chance to love u more.
If u were someone i once had a crush on... .
I always did admire how u treated people... .
How u lived ur life.
I watched the way u walked down the halls everyday.
I admired how u always seemed to know the RIGHT thing to say,
Even if it was never directed to me.
I always saw the sun in ur smile.
And the sea through ur eyes.
Thank u for making me believe... .
That there MIGHT be someone PERFECT for me... ...
Even if it isnt u 
Know that i even thought i loved u.
If u and i were once friends... ..
Even if for a little bit... ..
Thank u for teaching me about understanding,
And growing up,
Teaching me how to move on.
Thank u for the times we had together... ..
And i beg u forgive me for whatever happened
That tore us apart.
U are not perfect,
Im not either.
But thank u for having a part in my life.
If tomorrow,
I should never wake up,
I wanted to say everything i never had time to.




mengingati mati itu perlu..... hem.. akhir-akhir ni macam-macam yang berlaku.. penat dah nak fikirkannya... tapi apa ya yang ana fikirkan... jika dicongak... apa+tindakan= kesannya tak apa apa-apa.!!!! NOTHING!!!!

post atas ni ana amik dari seorang sahabat... pohon ana menggunakan ia....

entahlah......

apa tak tahu...........

ana penat...............................

tak!!!!

tak boleh macam ni..... ana perlu kuat!!!!!!

ALLAHUAKBAR!!!!

ALLAHUAKBAR!!!!

ALLAHUAKBAR!!!!

Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami sudah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?

(Al-Ankabut 29:2)

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar

(Yunus 10: 67)

Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah

(Al-Mulk 67: 4)

Tuesday, March 24, 2009

perkongsian

Kisah yang diceritakan oleh YM Guru Utama Md Radzi Hj Hanafi.

-----

Di sebuah negeri yang aman sentosa bertakhta seorang raja yang memerintah dengan adil. Satu hari sang raja keluar memburu bersama pembesar dan pengawal-pengawalnya. Sang raja ini terkenal dengan kemahiran memburu, boleh dikatakan hampir setiap kali keluar memburu akan ada hasil yang dibawa pulang. Tetapi kali ini tiada satu hasil yang berjaya dibawa pulang. Maka sang raja mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke istana

Dalam perjalanan pulang, beliau terjumpa dengan seorang tua, orang tua tersebut memberi tahu bahawa di istana nanti beliau akan ditimpa dengan satu musibah.

Orang tua tadi berpesan pada raja, semasa menghadapi musibah tersebut, baginda akan melihat 3 helai daun yang bertangkup. Pesan dia pada raja, 'buka daun-daun tersebut sebelum membuat keputusan'

Si raja pulanglah ke istana. Sesampainya di perkarangan istana, pengawal-pengawal telah memberitahu raja bahawa permaisuri telah berlaku curang dengan pengawalnya. Terkejutlah sang raja dengan kejutan berita yang merupakan musibah pada dirinya.

Lalu baginda masuk ke dalam istana, sepanjang jalan menuju ke kamar baginda, kesemua orang yang ditemui memberikan berita yang sama. Sang raja bertambah gundah dan bimbang. Beliau terus ke kamarnya. Sesudah membuka pintu kamar alangkah terperanjatnya beliau bila melihat isterinya sedang tidur di atas katilnya bersama seorang lelaki. Dan lelaki tersebut adalah salah seorang daripada pengawalnya.

Gundah dan marahlah hati si raja dengan perasaan yang bercampur baur. Dengan pantas tangannya mencapai pedang untuk membunuh kedua-duanya. Tetapi matanya terpandang akan 3 helai daun yang tertangkup di atas katil, teringatlah beliau akan pesanan org tua tadi. Disimpan kembali pedangnya perlahan lahan dan dibuka daun yang pertama dan terbacalah si raja akan isinya yang tertulis :

"LIHAT SEKALI JANGAN PERCAYA"

Lalu berfikir lah sang raja akan kata-kata tersebut, lalu beliau membuka daun yang kedua. Dibukanya dan terbacalah tulisan yang tertulis :

"DENGAR SEKALI JANGAN PERCAYA

Bertambah teruja si raja dengan penemuan-penemuan ini, lalu beliau membuka daun yang ketiga dan tertulis di atas daun itu :

" GUNAKANLAH AKAL, DAN BUATLAH KEPUTUSAN YANG SEWAJARNYA"

Mengertilah sang raja akan mesej yang hendak disampaikan kepada beliau. Lalu dikejutkan isterinya dan pengawal yang sedang tidur itu. Dan diminta penjelasan tentang situasi yang sedang berlaku ini.

-----

Maka berceritalah si isteri dan pengawal pada sang raja dengan kebimbangan dan kekeliruan.

Rupa-rupanya, si isteri menyangka yang tertidur di atas katilnya adalah suaminya, lalu dia terus tidur di sebelahnya dengan keyakinan yang sedang tidur itu adalah sang raja, suaminya.

Cerita si pengawal pula, semasa dia sedang bertugas, matanya terasa terlampau mengantuk sehingga dia tertidur di atas katil raja tanpa disedari bahawa si permaisuri masuk dan tidur di sebelahnya.

Setelah si raja mendengar penjelasan dari kedua duanya, barulah beliau memahami keadaan itu, dan redalah api kemarahan beliau

Maka disimpulkan keputusan bahawa apa yang beliau lihat dan dengar tidaklah semestinya benar, hanya dengan menggunakan akal yang waras dan dengan menyiasat sepenuhnya barulah ditemukan kebenaran di sebaliknya. Maka terselamatlah si isteri dan pengawal daripada menjadi mangsa keadaan dan fitnah.

Pengajaran yang boleh kita dapati dari cerita ini :

1. Jgn mudah percaya pada pandangan mata tanpa bertanya, kerana pandangan mata boleh menipu.

2. Jgn cepat percaya pada kata-kata atau tuduhan yg dilemparkan, kerana tiada bukti yang kukuh dan nyata.

3. Berfikirlah dengan akal yang waras dan buatlah keputusan yang sewajarnya demi mendapatkan kebenaran dan keadilan

SHARING IS CARING.......

Suka ana mahu berkongsi massage yang ana perolehi sejak akhir-akhir ini.....

perkongsian hati.....

21/03/09 10.57 pm

Sesungguhnya kami telah mengutuskanmu kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. dan engkau tidak akan diminta (dipertanggungjawabkan) tentang penghuni-penghuni neraka 2:119
013-6293...
22/03/09 8.04pm
Manusia yang cerdik menganggap dunia sebagai lautan yang bergelombang. Oleh kerana itu agar supaya citi-cita menuju pantai bahagia tidak terkandas ditengah jalan maka manusia yang cerdik tadi menjadikan amal soleh, amal kebajikan sebagai perahunya.
013-3578...

24/03/09 7.12 am

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. tapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup memasinkannya... Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai... tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi... Moga Allah sentiasa pelihara hati kita...Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahnya sudah tentu hati yang menyesal akan dosa-dosanya

so... rajin-rajinlah perbaiki.... sebab kita tak pernah sempurna
013-6284...
24/03/09 4.05 pm
Carilah hati di 3 waktu iaitu :
1. WAKTU SOLATMU
2. BACAAN AL-QURANMU
3. DAN KETIKA KAMU MENGINNGATI ALLAH.
Jika tidak ketemu hati, mintalah hati yang baik daripadaNya
YM : irisqh87
24/03/09 5.00pm
Kita jangan cepat lentur dalam mencapai matlamat persatuan. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita akan mencapainya. Jika tidak, cucu kita akan mencapainya. Berusahalah bersungguh-sungguh serta bergantung hati kepada Allah.
(jazakallah kepada mikaarif di atas teguran itu... kata-kata yang dipetik tak boleh ubah atau buang mana2. ana belajar tentang ia. kata-kata ini dipetik dari Almarhum Ustaz Hanafi HJ Ahmad
YM :mikaarif
* teringat pengisian usrah Ahad yang lepas. Bilamana Naqibah ukhti Intan menceritakan dakwah Rasulullah di Taif. Zaman di mana ketika itu Rasulullah diuji dengan beberapa kehilangan terutama isteri tercinta. Perjalanan Rasulullah dari kota Mekah ke Taif dengan berjalan kaki. Namun penerimaan penduduk Taif ketika itu, menolak islam sehingga Rasulullah dibaling dengan batu. Dikatakan kasut yang Baginda pakai ketika itu dipenuhi darah dari luka-luka. lalu Jibril berkata "ya Rasulullah mahukah kamu, aku memohon doa kepada Allah untuk menurunkan mala petaka kepada kamu ini yang mengingkari agama Allah?"
Namun Nabi Muhammad saw. melarang Jibril berbuat demikian dengan berkata:
"Jika bukan mereka menerima agama yang aku sampaikan mungkin anak cucu mereka nanti yang akan menerimanya...."
Subhanallah
Islam itu......
Lengkap....
sahabat-sahabat nak tahu siapa keturunan kaum Taif yang memeluk islam?
UMAR ABDUL AZIZ (khalifah yang tersohor membawa islam pada zamannya)
23/03/09 10.45 pm
Where there is pain.,
I wish u peace and mercy.
Where there self-doubting,
I wish u a renewed confidence in your ability to work though it.
Where there is tiredness, or exhaustion,
i wish u understanding, patience and renewed strength.
Where there is fear,
I wish u love and courage...
017-4851...
sweetnya ukhwah itu... saling mengingati dan mendoakan..
tapi lagi sweet kalau kata-kata ni link dengan mana-mana hadis atau ayat al-Quran...
bersama mencari mardhotillah....
Jazakumullah buat sahabat-sahabat dengan perkongsian bersama

KECINTAAN MU'ADZ BIN JABAL RA PADA RASULULLAH SAW

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu'adz bin Jabal ra telah berkata:

"Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang,
kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih tidur juga wahai Mu'adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.


Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'adz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'adz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami.

Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?"
(Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu'adz, sehingga ia tak sadarkan diri. Setelah ia sadar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"
(Ali-lmran: 144)
Maka Mu'adz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.

Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'adz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'adz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu'adz: Wahai Mu'adz sadarlah dan bangunlah." Ketika Mu'adz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.Mu'adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'adz menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sadarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'adz yang sedang pingsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'adz, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'adz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'adz." Maka Mu'adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.

"Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'adz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,

"Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."
Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'adz?" Fatimah rha lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah salam saya kepada Mu'adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah ha menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.
sumber dari :

SAHAHABAT-SAHABAT.....
TANYA PADA DIRI KITA,
SEJAUH MANAKAH SAYANG DAN CINTANYA KITA PADA KEKASIH ALLAH SWT..
ATAU SAYANG DAN CINTA ITU.....
KITA SEMAI UNTUK DUNIAWI SEMATA
NAUZUBILLAH.....

Monday, March 16, 2009

Maafkanlah segala khilaf.....

17 mac 1985
Tika tangisan bayi kedengaran… senyuman terpalit. Rasa girang bila ahli keluarga bertambah lagi. Si abang dan kakak melonjak riang. ”wah kita dapat adik baru!!!” kata mereka. Dalam kendongan pertama , si bapa mengqamatkan rapat di telinga... Subhanallah....
Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah kerana Allah swt.
Ibu....
Sakitmu tidak terkira,
Namun kau bisa saja tersenyum girang,
Sambil berkata.....
Ayahnya... inilah bukti kasih sayang kita...
Sungguh!!!
Dalam sesaat aku melihat dunia..
Kau hadiahkan kasih sayang dari ibu dan ayah.
Seminit cuma......
Habis seluruh perosok dunia mahu kalian kongsikan kegembiraan ini...
Abang dan kakak pula
”JANGAN USIK ADIK KITA” itu kata mereka
Fikirnya, ada orang mahu mengambil... Ah kalian tidak ada hak!!!
”ITU ADIK KITA!!!”

Kata arwah atuk Ismail, taruklah nama anak ini Siti Hajar, seperti nama ibu kepada Nabi Ismail as.

Kata pakngah Mad Diah pula... nama Azizah macam nama adiknya.....

Tapi ayah dah planing awal-awal. Mungkin waktu sedang bertugas di dalam hutan lagi, nama itu sudah terpalit diingatannya. Hem... lantas sewaktu mendaftar... tercatat NOOR AZLIZA BINTI ABDULLAH.

Sampai la ni semua dalam family panggil Ija. Huhuhu boleh kena ngan 3-3 nama tu r kiranya... betul tak???

17 Mac 1992
Bila masuk darjah 1, mak dan ayah sibuk carikan baju sekolah. Sebelum ni ana banyak pakai baju lama-lama abang atau kakak, so maknanya bila dapat baju baru mestilah rasa seronok kan? Tapi perasaan waktu tu.... cam tak best jer... selama ni semua sama cam abang ngan kakak... bila sama-sama g sekolah... semua pakai baju kurung... nape mak pakaikan ana baju skirt???? Nampak lain dari semua. 1 hari bila balik jer sekolah, ana minta kat emak... ” mak nak pakai tudung....” mak senyum, ”lau nak pakai tudung, nanti tak boleh buka-buka dah... ” bagi ana tak per r... kan sama cam alang..
Rasanya minggu tu juga ayah belikan baju kurung sekolah ngan tudung. Hem... ana ingat lagi zaman tu... ayah pergi kerja naik basikal buruk... kami semua 5 beradik bawa duit belanja 50sen sehari.. syaratnya duit tu mesti ada simpanan dalam tabung tiap-tiap hari... best ye bila tiap-tiap pagi nak pergi sekolah, mak bagi duit... sebab.....
Sementara tunggu trak askar, ana boleh beli roti jala harganya 30 sen 1. paling best kadang-kadang dapat ayam dalam kuah kari tu... hehehehe sampai sekarang ana masih minat makan roti jala..
Kadang-kadang angah (Norul Azian) beli guna duitnya. Dalam keluarga angah selalu kena denda. Waktu tu angah tingkatan 4. bila lambat jer balik rumah... ayah kunci pintu. Selalu angah tidur luar... angah kata ayah garang! Ana tahu, angah memang baik... baik sangat... sebab angah selalu jaga ana... lau petang-petang ana mandi kejap jer mesti angah marah... tak bersih katanya.. eks angah ni, orang nak main kat bawah ni..... tiap hujung minggu angah akan jadi ketua bawa kami mandi pantai.. hehehehe ana lagi suka pergi pantai bila ibu Ila ada.... Ibu Ila tu ibu angkat ana, ayah Said sama-sama askar ngah ayah... lau ibu ada... mesti semua ada.. mak, ayah, dan semua family angkat ana ada... lau main bola air, ana yang paling kecik sekali. Hem.. waktu tu... mana sempat nak take care lagi... selalu ana tenggelam bila semua nak rebut bola kat ana... huhuhuhu banyak minum air masin....
Tapi apa yang ana nak kata kat sini.... ayah tak pernah garang ngan ana. Bila petang ayah balik keje... ayah akan main-main ngan ana... selalunya akah akan panggil ana untuk ukur ana ni dah tinggi mana... hehehehe ayah tipu! Ayah duduk, sedangkan ana berdiri... bila ayah kata ana dah besar... ana boleh tolong ambilkan air untuk ayah bila ayah penat pulang kerja.....
Penah waktu tadika dulu... bila dengar ayah balik... ana ambilkan air untuk ayah. Tapi ayah tak nak minum.. ayah bagi ana minum jer... huhuhu sekarang baru ana tahu... hari tu bulan Ramadhan...

17 Mac 1993
Ayah kata nak pencen. Ana tak faham apa, yang ana tahu kita akan pindah!!! Ye.. ye... dapat rumah baru!! Ngan kawan-kawan semua ana hebahkan yang kami akan pindah rumah baru... ana suka sangat... bila semua orang sibuk mengemas... ana riang bermain... pergi rumah kawan... tapi tah nape, semua kawan tak gembira macam ana... best pe pindah rumah baru......

Rumah Baru
Ana sunyi sangat, tak ada kawan.... tak ada mainan.....
1 hari, ana minta ayah belikan basikal. Sebab kat sini semua kanak-kanak lain ada basikal.ana tak dapat main ngan diaorang sebab tak ada basikal... hati ni riang sangat bila ayah kata kalau ana dapat tak kiralah no 1 ke, 2 ke, 3 ke... dalam kelas, ayah akan hadiahkan basikal untuk ana!!! Yahoo... waktu tu ayah dah pakai motor honda lampu bulat tu... bila mak ngan ayah keluan, ana lah yang selalu dapat ikut sama. Duduk kat bakul motor tu... best!!!
Bila tak ada kawan.. ana kumpulkan kucing... boleh bagi makan... main –main.. penah ana buatkan buaian tuk anak kucing ana tu, mak tak kata apa... kadang-kadang ana bosan sangat.. banyak kali ana suruh mak pergi hospital, boleh ambil adik kat hospital.. bawa balik!!!. Ana ingat boleh.... mak hanya senyum jer.....
Kat sekolah ana dapat no. 2. ana tuntut basikal yang ayah janjikan....
Sedih!!! Sila ayah bagi alasan tu ujian bulanan... ayah nak tengok markah peperiksaan! Geram juga!!!!
Ana selalu pinjam basikal kawan, banyak kali. Penah sekali ana jatuh basikal. Langgar pokok... habis luka-luka tapi ana tak bagitau mak ayah...... sakit!!! Lagi sakit sebab nak cover.

17 MAC 1994
Balik dari sekolah ana terus masuk bilik! Nape tak ada apa-apa!!! Sebelum ni ana selalu dengar cerita kawan-kawan... ada yang dapat apa yang mereka mahu untuk ’hari itu’. Ada yang mak ayah bawa kek ke sekolah.... tapi ana tak pernah pun untuk merasainya... marah! Sedih! Bila ayah balik tengahari... mak cerita...
Ayah masuk bilik tanya kenapa anak ayah ni marah jer... bergaduh kat sekolah ke? Atau cikgu marah?? Hem... tahu apa ana kata... ana marah ayah sebab tak belikan KEK untuk ana!!! Ayah pun pelik sebab selama ni ana tak pernah minta seperti itu... namun ayah senyum pada ana... Ayah ajak ana makan sama ayah. Ana tetap tak nak makan! Hari tu... tengahari tu.. balik kerja... ayah tak terus makan.... ana dengar enjin motor ayah... ayah keluar.... 1 jam lepas tu ayah balik, ayah panggil ana keluar... ayah ajak ana makan sama. Di atas meja ada kek.......

17 Mac 2009

UNIVERSITI MALAYA, Tahun ke-2
Hari ni ana sendirian tanpa keluarga.... dah lama tidak dapat zahirkan kerinduan ini... Jumaat lepas ana dengar pengisian di Musolah oleh Tuan Faizal, ”berapa kali kamu semua ni telefon mak ayah kamu di kampung?” dalam hati ana kata minggu lepas ana dah telefon mak.... sebab waktu tu rindu yang teramat sangat pada mereka. Tapi apa yang tersentuh dalam hati ini bila Tuan Faizal kata ”kalau kamu seminggu sekali je call mak ayah kamu, baik handphone yang canggih-manggih tu campak je dalam sungai!”

Subhanallah... teguran itu........
Ana hanya mahu rindu ini terbalas...
tapi ana lupa....
mak...
ayah....
rindu mereka....
sunyinya mereka tanpa ana....
bisa ana lupa???

Satu hari,
Cuti sem yang lepas... mak tanya ana nak bela kucing tak? Lau nak jom kita pergi ambil kat rumah nek Niah. Rumah dia banyak kucing... dalam hati ana kata... lau ambil pun nanti bila ana dah balik UM, mak yang kena jaga....

2004,
Untuk persediaan STPM ni ana nak stay kat hostel... uish.. tak boleh belajar... bila balik sekolah, petang kena siram pokok mangga ayah yang baru taman. Bukan sebatang dua... separuh kawasan bekas tanaman padi tu.... huhuhuhuhu... ambil air kat parit yang ayah buat kat setiap batas guna baldi...
Mak pula selalu sakit sejak operate buang ketumbuhan kat belakang mak.... hem... banyak kali juga ana ponteng sekolah... bila ayah tanya... ana kata form 6, blajar tak sama ngan budak-budak sekolah yang lain... hari ni cuti.... sampai satu hari... ana kena panggil dengan penyelaras... ana bagi alasan mak ana sakit...
Mak.. Ayah.... afwan... afwan... afwan....
Anakmu ini banyak berdosa pada kalian…..

Sekarang baru ana tahu...
kenapa ana dah biasa pakai baju lebihan kakak, abang....
kenapa ayah tekankan duit belanja sekolah mesti ada simpanan dalam tabungan....
kenapa sampai sekarang ana masih tak dapat basikal yang ayah janjikan....
kenapa...
kenapa....
kenapa....

ayah selalu bagi alasan denga kasih sayangnya..... sebab ana faham sekarang bila waktu tu ayah ana tak ada duit untuk semua tu... tapi ayah ada beribu kasih sayang.....

ayah...
afwan.....
ana tiflu Abdullah......
mahu jadi antara zuriatmu....
mujahidah.......

emak....
afwan........
ana faham.....
kenapa emak mahu ana bela kucing....
nanti bila ana balik UM....
emak ada teman.....
sebab ana suka sangat kucing.....
bila emak rindu ana.....
emak boleh belai kucing...
emak...
afwan........
ana lupa........
emak tak pernah lupa rindu dan sayang emak pada ana......
bila ana duduk kat hostel....
ayah selalu datang kirimkan kuih yang emak buat...
kadang-kadang lauk yang panas-panas...
mak....
afwan.....
ana khilaf.....
mak...
ayah......
nantikan kepulangan ana............

Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosa ke dua ibu bapaku
Dan jauhkanlah mereka dari azab api meraka..

Monday, March 2, 2009

Duhai hati.....


Subhanallah......
Sungguh Engkau yang lebih berhak dan mengetahui sunatullah ini.....
Sungguh ujian ini manikam jiwa
mahu menzahirkan kerinduan di kejauhan sana.....
Duhai angin...
Juga makhluk Allah...
Sampaikan tulus rindu ini....
Andai ada hati yang terusik....
Sedarkanlah....
Jika mahu....
Gongcangkanlah tubuh ini...
Biar ia sedar.....
Aku milik Allah....
Aku milik 'mereka'
Ibadat
Amanah
Tanggungjawab....
TERLAKSANAKAH IA!!!!!!!
anak kecil

MENGHITUNG HARI.....

detik demi detik
masa berlalu apakah ada............................

Ya Allah Ya Tuhanku.....
berikanlah ana sisa nafas ini untuk ana tidak mengeluh dan tidak lelah menjadi seorang da'i. SEORANG YANG BERIMAN ITU TIDAK AKAN MENGENAL ERTI REHAT KERANA MASA REHATNYA ADALAH DI SYURGA............. Subhanallah......
ana rindukan nikmat itu....
rindu amat......
rindu bangat.......

.......... kerana...............
makhluk yang lemah
aku tak layak
masuk syurga-Mu
namun............
tak berupaya
menghadapi
api neraka-Mu
...........................
terima taubatku
dan ampunkan dosa-dosaku
sesungguhnya Engkau
mengampunkan
dosa hambaMu.........
ana rindu sujud dalam tangisan ini................
menghitung hari kerna ana takut akan tiap saat yang setia berlalu disia-siakan...

Sunday, March 1, 2009

kenangan terindah

1 Mac 2009 (12.22am)

Subhanallah… Tanpa sedar masa terus setia berlalu. Sungguh ana tak sedar dah bulan Mac rupanya!!! Nape ye dengan bulan Mac.. Hem.. kenangan silam yang ana tak kan lupakan sampai bila-bila. InsyaAllah!

Baru pulang dari Kolej 7. Dah 4 hari ana jadi pengunjung setia ke sana. Bila PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa) kata ada aktiviti terkini... ana mengucapkan syukur kehadirat ilahi. Setelah sekian lama Alhamdulillah untuk aktiviti kali ini ana dapat luangkan masa bersama saudara di sini. Heheheheh trekmark ana AKHUKUM FILLAH sentiasa di hati... DEKAT DIHATI hehehehe.

Subhanallah... sungguh Ya Allah dengan rahmat dan kekuasaanMu, hanya padaMu yang memberi segala nikmat. Jika logik Akal memang tak tergerak lagi langkah ini. SUNGGUH!!!! Kisah yang ana titipkan ini bukan mahu berkata ’kemuliaan’ ana... atau ’kegagahan’ ana. Tapi mahu sahabat semua sedar bahawa selama ini kepada apa dan siapa yang kita sandarkan.
Jika hari pertamanya ana menjalankan ibadat sebagai sukarelawan PERMIUM, hari pertama mula diuji. Bilamana kuliah multimedia hati ana diusik dek kata bait grouping ana.. huhuhu sungguh! Ana keluar kelas tu tok ana nangis sorang-sorang... huhuhuhu.... Namun syukur Ya Allah... hambaMu yang hina ini redha akan ujian yang kau berikan... InsyaAllah.. Pas habis class lecture kesayangan ana, gerai jualan kami (Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) kabarnya tak cukup ahli untuk berniaga. Huhuhu apa lagi.. nikmat Allah mahu menyuci hati ana yang sedang lara ini. Hehehe ingat nak jaga kejap aja tapi MasyaAllah ana kelewatan untuk ke PERMIUM pula. Buat sahabat-sahabat PERMIUM afwan sangat-sangat ana bukan sengaja mahu memungkiri janji... Moga kelemahan ana tidak menjadi hijab segala amal ana.

Dari fakulti Wafa minta ana bawakan box kek lapis ke gerai PERMIUM pula. Ya Allah.... baru ana sedar, selama ini ana asyik menggesa Wafa ”kenapa lambat anta stok?” ”kenapa tak datang lagi?” ”Wafa lambat lagi ke datang ambil lebihan stok ini, kami nak balik dah ni” sedangkan bila berpeluang ana untuk bawa box tu dari fakulti pendidikan ke kolej 7. MasyaAllah punyalah berat bangat..... effactnya ana lambat tiba ke kolej 7. eks eks eks penat, tak larat, sakit tangan.... bla bla bla... Namun Ya Allah, kasihMu memberi kekuatan buat ana akhirnya sampai juga walau lewat 15 minit. Sungguh dengan lembut Engkau memegur hambaMu ini.eks eks eks....

Hehehe hari pertama ana kenal Arif, Hidayat, Abang Hafiz ambil master, Abang Sham master gak, Farok, Bai, Yakop, Rizal, Izati(kak Komet, Atikah 1, Atikah 2, Nadia, Nalia, Kak Syafa -dah kenal waktu proses membungkus kek) afwan kepada nama yang ana lupa senaraikan.. huhuhu. Arif suka tersenyum... Dayat pula cam serius aja.. eks pandai-pandai aja buat persepsi. Walau apa pun ana enjoy bangat. Balik kolej lebih kurang jam 12am. Walau dekat jaraknya, kepadaMu Ya Allah ana mohon perlindungan.....
”sesungguhnya kejahatan itu berkuasa di kala malam....”

Huhuhuhu Khamis Allah mahu uji keimanan ana. Pack tol masanya. Tapi bila mahu diungkit, apalah sangat ibadah ana berbanding kekasih Allah, junjungan besar Rasulullah.
Pernah suatu ketika 3 sahabat menemui Aisyah ra untuk bertanya ibadat baginda, lalu Aisyah berkata:


” baginda banyak membuat amal ibadat, baginda perbanyakkan puasa, baginda berkahwin dengan perempuan’


Lalu sahabat yang pertama berkata
” Oleh itu aku tidak mahu tidur, mahu perbanyakkan amal ibadat”
lalu kata sahabat ke-2 ” Aku tidak mahu makan dan minum!”
”untuk beribadat, aku tidak mahu berkahwin!” kata sahabat ke-3 pula.

Namun tahu apa yang Aisyah ra membalas?

” Rasulullah memperbanyakkan amal ibadat, tapi baginda juga merehatkan diri, baginda juga berpuasa dan mengahwini wanita”

nampak tak maksudnya... hem.. ana stop kat siri dulu ya. Ana mahu merehatkan diri, moga Allah beri sehari lagi kesempatan untuk ama beramal esok...
InsyaAllah

2 Mac 2009
Dalam rahmat kehujanan.... MasyaAllah, ana baru pas main hujan tadi. Teringat tika dunia keanak-anakan dahulu.... mak marah ana main ujan... ayah tak kisah hehehehe maybe ayah tahu anaknye ni nakal n kuat dah sihat.hahahha eh tak r, ana waktu kecik-kecik dulu comel........... hem lau tak caya leh tengok gambar ana... hahahaha tapi kena datang umah r. Hehehe.
Hem... tah r nape akhir-akhir ni ana sik bangat gelak! Moga ana sedar kelaghoan itu dan merubahnya................ adus!!! Ana mengantuk lagi, sok class full! Ana rehat dulu ya. Biar sikit lama2 jadi bukit.
Hehehhe InsyaAllah










kenangan bersama gerai PERMIUM......







Malam atau hujan.... ana gembira jalinan ukhwah ini.. teringat bila pengisian ustaz Yazid... kita semua ni sejak alam roh lagi telah bertemu, di dunia inilah kita zahirkan pertemuan itu... sungguh, bersaudara dengan kamu keran Allah.










siapa ana jika nak dibandingkan dengan kalian semua.... Semangat dah perjuangan kalian.....







Titipan ini ana sertakan untuk penghargaan buat kalian semua... Subhanallah banyak pengajaran yang ana perolehi...

carian anda di blog ini