melewati blog ini...

Sunday, May 24, 2009

siapa kita berbanding.......

Panduan dan pedoman


Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali. Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu. Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya.


Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24.

Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing. Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca.

Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku. Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku. Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu.

Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti.

Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas. Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.


Friday, May 22, 2009

Usrah (surau kolej 3)

hem.. Alhamdulillah ana tiba d UM jam 6.00pm. Terus ziarah kak Siti. baru pindah bilik ukhti ni.. hehe dapat ana tengok bilik baru ye (A119)



insyaAllah magrib ni buka puasa ngan kak Siti n Shi. hihi ana tak bagitau pun kat akhwat semua ana dah sampai. hihihi afwan kalau ana buat semua risau... malam ye kami adakan usrah di surau 3rd. 1st time ana ziarah surau kat sini. walau pun bersebelahan ngan kolej ana tapi... huhuhu Alhmdulillah kali ni ana berpeluang sujud di halaman ini.



usrah kali ini disertai oleh ana, Shi, Yai, Liza Dr, and buat pertama kalinya kak Siti join usrah kami.. hihihi sweetnyer malam tu... apatah lagi hidangan dari naqibah kami (ukhti Intan) sweet2 semuanya. hihihi (kek orange, ais krim coklat, wafer, fresh orange) huhuhu Alhamdulillah rezeki Allah..

afwan... post ni nanti ana selesaikan ya
insyaAllah
ada urusan...

Kalaulah kita benar-benar TAHU dan FAHAM……..

2 minggu sudah bermulanya cuti semester. Ana baru pulang dari rumah kak long di Taiping. Ziarah rumah kakak bersama emak tersayang. Terubat rasanya rindu pada anak buah di sana. Abang dah darjah 4, kakak pula darjah 2. Aidawani, saling tak tumpah seperti kakaknya sewaktu kecil. Pejam celik tak sedar dah 3 tahun usianya. Subhanallah nikmat yang Allah kurniakan. Sungguh kasih sayang yang Allah kurniakan.

Kesibukan tika kuliah membuatkan ana seakan tidak tahu nak buat apa masa cuti ini.. hem kata sahabat ana, kalau dia… pergi ke popular cari buku- buku motivasi. Boleh dijadikan bahan pengisian cuti-cuti ini. Ya Allah.. kekosongan masa buat ana hampir-hampir terlupa…. Banyak aja buku-buku yang ana bawa balik untuk merawat iman di dada ini. Hadiah dari ukhti Intan akan hasil tulisan Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-basha tentang 65 gambaran kehidupan sahabat, 501 persoalan fikah wanita kupasan dari Zawiah Hassan & Rohayati Bakri hadiah istimewa sempena kelahiran ana ke-24 dari ukhti Aisyah, naskah bertajuk Darah Wanita yang baru ana beli itu pun tak terusik lagi… so tak ada istilah boring kan cuti ini… hem… Alhamdulillah, teguran yang Allah bagi.

Hari ini terasa rindu sangat akan akhwat-akhwat usrahmate ana… moga rindu ini melahirkan istiqamah tika kami bersama dulu. Sweetnya ukhwah yang terjalin.. pagi tadi ana terima meseg dari naqibah tersayang…

“salam akhwat yang dikasihi kerana Allah, hari tu kita pernah plan untuk menghafal ayat-ayat cinta dari Allah kan.. (,’’) boleh tak minggu ni sama-sama kita hafal surah al-Humazah… moga ia dapat mengistiqamahkan kita… dan mendekatkan kita pada-Nya… uhibbukum fillah”

Huhuhu… pengisian di mana-mana aja. Dalam YM pun boleh… ziarah blog… meseg-meseg pun boleh.. hem….

Ana nak share sama ngan tetamu blog ni…..
Surah ke-104 ni lebih kepada memberi teguran dari Allah. ..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungkannya, dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apa (neraka) Hutamah itu? (Yaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan, yang membakar sampai ke hati. Sungguh api itu ditutup rapat atas (diri) mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
(al-Humazah ayat 1-9)

Teringat zaman jahil dulu… tika diri lupa tugas sebagai dicipta sebagai khalifah (2:30) dan untuk beribadat (51:56) kepada Allah. Bila mana sepatutnya urusan kita sebagai hamba Allah. Tanpa sedar… kita leka diulik dengan kelalaian.. Istiqamah dengan benda-benda yang lagho. Menjadi hamba kepada program televisyen. Hem… contohnyalah cerita-cerita dari Indonesia yang menguasai rancangan kini. Balik ni baru ana tahu senetron Intan dalam Astro Prima tu tak habis-habis lagi. Zaman dulu-dulu…. Er.. cerita kegilaan ana tu.(zaman jahil dulu-dulu) Apatah lagi permulaannya lagu nyanyian Letto tu… eks eks eks… dah episode 256.. kira-kira 2 tahun dah ana di Universiti Malaya ni… bila agaknya nak habis tu… sungguh tanpa sedar kita menjadi hamba pada sesuatu yang melaghokan… melalaikan… paling sadis bila ia menjadi ikon ikutan… bayangkan menonton cerita tu memakan masa 1 jam… ada dikalangan kita yang khusuk.. begitu menjiwai. Kadang-kadang ada keluarga yang ibu dan ayahnya sampai bergaduh. Si ibu mahu menonton Intan kegemarannya, si bapa pula mahu menyaksikan aksi-aksi wrestling dalam rancangan sukan.. bila si bapa tekad mahu wrestling juga hidangan mata… si ibu mula manarik muka. Hem…. Nauzubillah… Bayangkan juga… untuk solat pula kita hanya perlukan paling lama 15 minit untuk 4 rakaat berjemaah. Bila si imam mendoakan, makmumnya mengaminkan…. Berjemaah… meraikan nikmat yang dikecapi bersama.. memohon pengharapan bersama.
Kalaulah kita benar-benar TAHU dan FAHAM……..

carian anda di blog ini