melewati blog ini...

Sunday, November 15, 2009

berwajah baru!!!!

Alhamdulillah...
setelah berkurun lama, barulah blog ni diupgradekan.. huhuhu sebenarnya ana nak letak link kat tepi2 ni.. tapi nanti ye... sabar.. sabar... sabar hatiku... jika esok masih ada untuk ana... hehehe insyaAllah.. bukan apa... huhuhuhu tak ada apa2 lah.. hihi... hem syukran buat 'PA' ana hihihihihihi... hem.. semalam ana ada kongsi pasal solat hajat... sebenarnya program selepas tu ada lagi untuk PERMIUM dan sukarelawan... ada sahabat yang tanya.. hihihi la ni ana letak ye... hihihi





hem gambar tak berapa clear... huhuhu afwan!!!
subhanallah... antara birthday ikhwan


ini presiden PERMIUM... encik Mohd Rizal bin Mohd Nor.. sem depan ada program ajak2 kami tau!!!!


hihihi hidayat... classmate ana 1 sekolah ngan akhi ni... subhanallah.... kecik aja kan dunia ni... ibarat firman Allah


Subhanallah... ana sayang semua!!!!!!!


birthday akhwat pula... Asiyah binti Daud, Atikah binti Mokhtar

ha.... dah sambungan pada episod sebelum ye... ana nak selitkan pengisian dalam majlis solat hajat tu.. hihihihi

tayangan takzirah dari ustaz Kazim.... 'ada emak ada ayah'

Nikmat yang Allah bagi... terlalu banyak... nikmatnya kita boleh telan air liur... boleh buka mata.. boleh tutup mata... tapi berepa ramai yang bersyukur apabila diberi nikmat Allah ini?? masyaAllah dalam proses kita belajar sesuatu, kita lihat, kita dengar dan kita faham.... Yang hadir pada majlis ini teman2 ana ahli PERMIUM.... ada yang lihatnya dia menggunakan hati.... ada yang langkahnya bukan terletak pada kaki... huhu tapi hatinya, Ya Allahlebih terang berbanding yang matanya terang...

kisah Abu Jahal....
matanya terang, tapi mata itu melihat pada kesesatan.....

nikmat mata yang Allah berikan pada kita... kadang-kadang kita tak hargai... tak melihat pada tempat yang sepatutnya.. Nauzubillah....

ya Allah...
teman-teman.. Bertapa hinanya kejadian kita ini... dijadikan dari air main.. yang nilainya tidak bernilai langsung.... berbanding kalau kita jual air sirap 1 botol RM1 pu ada yang nak beli.. tapi kalau orang jual air mani sebotol... huhuhu ada teman2 yang nak beli???

Nikmatnya,
dari sumber yang tidak bernilai itu... Allah naikkan darjat kita.... dari tak punyi apa-apa, Allah beri ilmunya dalam diri kita ini.. MasyaAllah....

huhuhu....
Ya Allah.. bertapa nikmatnya kita ADA EMAK, ADA AYAH.....
huhuhu Ana bersyukur hingga ke hari ini ana masih ada emak... ada ayah... ana sedar adakalanya ana tak dengar kata mak.. kata ayah... Ya Allah... sesungguhnya ana bersyukur dengan kurniaan ini...

berbanding ada teman2 yang ada yang Allah tarik perhubungan itu... bila ada diantaranya... ibunya tiada... atau ayahnya lebih awal menyambut seruan ilahi...


bayangkan,
sayangnya Allah pada kita....
Janji Allah.. Baca Al-Quran, 1 huruf 1 pahala... 1 huruf tu.... ayat pertama surah Al-Baqarah.. Alim... Lam.. Mim... kalau sehari kita baca surah yassin... ada 83 ayat.. ada berapa huruf?????????

itu baru baca Al-quran... tapi.. kalau kita tengok muka emak... tengok muka ayah... Subhanallah.... senang2 aja kita dapat kumpul pahala tu... apatah lagi salam tangan mak... tangan ayah.... cium tangan mak... cium tangan ayah... cium pipi mak... cium pipi ayah... huhuhu (ana rindu mak.. ana rindu ayah)
musim2 exam ni... kerap ana call rumah... kadang2 tak tahu nak cakap apa... asyik cakap benda yang sama... asyik ulang... tapi sebenarnya ana nak dengar suara mak.... selalu ana kata... ana tak dapat balik.... kadang2 nak aja ana dengar mak kata... mak nak datang....
eks eks eks eks eks

Ya Allah.....
zaman sekolah dulu.... bila nak buat breakfast ke... makan ke... mak selalu minta ana buatkan...
kadang2 mak kata goreng la kuih tiaw(ana suka makan kuih tiaw) macam hari tu tu... huhuhu sebab mak suka... huhuhu sejak ana masuk U ni... ana jarang berpeluang merasai nikmat itu lagi... kadang2 bila balik pun.... mak sibuk kata suruh kemaskan barang.. nanti tak sempat nak naik bus... nanti ada barang tinggal... mak larang ana masak... huhuhu... mak............

mak, ayah....
tunggu ya... ana balik ni....
YA Allah...
Engkau berikanlah nikmat iman..nikmat islam kepada kedua ibu bapaku... kepada keluargaku....






Saturday, November 14, 2009

Solat Hajat PERMIUM (13.11.2009)

Assalamualaikum semua...
huhuhu afwan sangat2 lama dah ana tak berkasih dengan blog ni... ana rindu sebenarnya.... RINDU SESANGAT!!! huhuhu.....
hem... Alhamdulillah sebelum cuti sem ni.... Ana dapat berjumpa balik teman-teman PERMIUM semua.... huhuhu terutama Akhwat yang selalu ana rindui... Afwan, kadang2 bila ana jumpa d pertengahan jalan.... ana tak tegur... huhuhu lemahnya diri ini... ana tahu salah tu... bila ada ukhti yang laluannya ke library... tak sama ngan laluan ana... hati berat nak tegur sebab ana tak dapat nak berpimpin tangan bersama, agar ukhti itu tenang perjalanannya... eks eks eks eks.....
Ya Allah... kukuhkanlah ikatan antara kami ini..... jangan biarkan ada diantaranya sedihnya bersendirian...

Subhanallah nikmat Allah yang tahu rindu hamba-Nya...
kami terima jemputan dari Balai Islam kolej kediaman ke-7 (Zaaba) Jemputan untuk PERMIUM dan Sukarelawan. huhuhuhu terasa happy sangat tika masing2 sedang berjihad dalam menghadapi exam... masih ada yang masanya untuk menolong agama Allah...

"maka apabila engkau selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)" surah Insyirah ayat 7

huhuhu jazakumullah buat semua!!!!!
Ya Allah berikanlah kasih sayang di dalam hati kami ini (^v^)



Akhwat bertiga datang dari kolej 12.. huhuhu katanya ada dapat meseg jemputan y 'sweet'


huhuhu... afwan gambar sikit aja yang sempat ambil...


"tuhan bertapa aku sedar atas apa yang engkau berikan...."


nikmat yang kita kecapi bersama.......

Saturday, November 7, 2009

LAMAN NURANI

Wahai Teman…

Aku tidak pernah meninggalkan dirimu di saat teman-temanmu jauh bermalakut senda. Aku sering mendengar rintihan keluhanmu mengenai tanggungjawab yang dipikul amat membosankan. Mengenai majikanmu yang tiada hati perut. Mengenai pasanganmu yang curang. Mengenai anakmu yang degil. Mengenai ibu bapamu yang butuhkan wang. Mengenai politik yang dahagakan kuasa. Mengenai itu dan ini yang menekan pundak kesetianmu kepada setiap janji-Nya.

Wahai Teman…

Aku teramat mengerti keadaan yang mencengkam hatimu itu. Perasaanmu itu teruk sekali. Seolah-olah masalahmu itu paling sial di dunia. Kata-katamu berbaur penuh emosi. Tindak tanduk pula sentiasa meleset. Tetapi teman, kenapa? Kenapa kau harus mengadaikan Iman dan maruahmu dimamah rakus oleh perasaan cerca sendu itu. Engkau harus tabah, harus bangkit, harus melangkah kehadapan semula.

Wahai Teman…

Aku ada sedikit bingkisan buatmu. Moga menjadi madu dalam racun hatimu. Moga membantu kamu menyuluh jalan mencari denai yang diimpikan. Minggu lepas aku ke Al Azhar atas urusan pengajian, aku bertemu seorang teman (arab) baru. Beliau baru sahaja kehilangan seorang anak sulung lelaki kesayangannya yang berusia 8 tahun kerana komplikasi penyakit rapuh tulang.

Beliau tidak pernah merungut, dan jauh sekali menyalahkan takdir. Beliau tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagaimana harus aku katakan Ya. Aku dapat merasakan raut wajahnya yang tenang tanpa perlu beliau mengukap kata-kata.

Wahai Teman…

Aku merasai kesedihan mendalam yang harus ditelan. Kerinduan yang tiada berpenghujung. Keredhaan di atas apa yang ditakdirkan. Apa yang dialami oleh teman baruku itu jauh berbeza dengan apa yang dialami olehmu wahai teman. Kau merungut dan mendengus tetapi kau masih mempunyai hari esok bersama isterimu, anak-anakmu, dan ibu bapamu. Masih ada peluang untuk meluruskan yang tersasar. Masih ada peluang untuk mengambil keputusan dan bertindak wajar.

Wahai Teman…

Namun beliau sudah tidak mempunyai itu lagi. Mengecapi nikmat kasih sayang bersama anaknya itu. Seharusnya dia begitu marah di atas apa yang terjadi, namun tidak sekali-kali. Kerana beliau sedar, masih waras kerana Tuhan sudah mentakdirkan perkara itu berlaku dalam hidupnya.

Wahai Teman…

Kehilangan seseorang yang dikasihi teramat sukar untuk dibayangkan walaupun mulut betah bisa menyatakan:

“Sudah takdir Ilahi”

Namun hakikatnya tidak mungkin kau fahami dan mengerti sebenar-benarnya. Manusia itu tiada yang sama.

Wahai Teman…

Arwah Mustafa bertuah mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi dan memberi sepenuh sokongan untuk apa sahaja yang terbaik baginya. Walaupun sudah tersurat dari sudut fizikal tumbesarannya terhalang, namun tiada siapa dapat menghalang jiwanya dari terus membesar dan menyinar dengan penuh harapan kudus.

Wahai Teman…

Aku sedar, aku tidak berkesempatan bertemu dan berbicara dengan anak pintar dan ceria ini. Cahaya dari semangatnya tentu sekali dapat menyuluh kegelapan hidupmu wahai teman. Aku mengenali arwah Mustafa selepas dia meninggalkan kami. Tetapi auranya kuat, seolah-olah anak pintar ini berada di sisi bersama semangat kental.

Wahai Teman…

Aku mempunyai jalan ceritaku sendiri. Luahan aku telah ditolak untuk mengecapi nikmat kasih dan sayang seperti pasangan suami isteri. Aku tidak pernah menyisihkan takdir, kerana si dia sudah ditakdirkan. Aku telah menghabiskan masa hampir setengah tahun untuk menilai, dan mengadu di perdu hamparan sejadah memohon petunjuk-Nya. Di saat aku merasakan si dia adalah takdirku, cepat-cepat Tuhan menarik bala itu di sisiku. Aku bersyukur kepada-Nya...

Mampukah kita wahai teman, apabila sudah kembali kepada Dzat Maha Esa pada suratan Ilahi, diingati mereka yang hidupnya telah kita tersentuh dengan perasaan seperti ini?

Katakanlah kepada hati nurani murnimu:

Masih ada takdir itu…


*mahu ana kongsikan coretan ini dari blog seorang teman kerana ia amat terkesan dalam hati ini....

carian anda di blog ini