melewati blog ini...

Saturday, September 22, 2012

Tragedy 22 September 2012



Mencipta suasana hujung minggu bersama keluarga. Akhirnya ana menetap di kampung halaman yang indah permai ini. Duduk menyewa di awal-awal posting aja hari tu… around 2 bulan, itu pun on off he.. tak banyak pun yang on… selalu aja meninggalkan roommate yang baru nak berkenalan.. keadaan mak yang keluar masuk hospital…

Eh bukan nak cerita pasal yang kat atas tu… nak cerita apa yang berlaku hari ini…
Alhamdulillah dapat luangkan masa bersama keluarga ke walimah anak kawan ayah… alang-alang keluar, (iya la kalau keluar pun.. sebab appointment mak gi hospital je la kami adik beradik bergilir-gilir bawa mak) serius ana tak kisah pun ambil cuti semata-mata nak buat benda tu!. Hari-hari biasa dah memang la ana yang tunggang si Umar tu (hihi baru beberapa minit bagi nama ni untuk kereta merah ayah)

Ayah yang drive. Umar kuat dan gagah perkasa. (hihi) nak jadikan cerita…. Petang tadi kami terlibat dalam satu kemalangan,

Allahuakbar!!!

Si Biru langgar belakang Umar sampai pecah cermin lampu dan kemek body. Huhuhu  tapi tu la al-kisahnya si Biru terus je selamba potong dan jalan. Aik? Macam tak ada apa-apa? Pelik kejap? Ini ke yang di namakan langgar lari??? Kat tepi taman rekreasi pula tu? Bukan hari malam @ jalan sunyi kot? Pelik je Si Biru ni…. So ayah berhentikan kereta nak check luka Umar, Alhamdulillah tak ada la teruk mana berbanding kereta yang langgar tu? (jelas nampak teruk kemek depan keretanya)
Kiranya ini pengalaman ke-2 ana excident.. huhu  (in control)  catit no plat si Biru, buat report… Alhamdulillah selesai dah semua.

Nota ibu kaki:
-Selalu je yang buat kemalangan ni orang perempuan, so kena la sangat hati-hati ya
-Dah langgar tu, jangan terus jalan je… salah ke tak salah berhenti dulu.. berbincang
-Kalau berlaku excident ingat no plat, jenis kereta dan warna…
-Jangan panic.. istifar banyak-banyak
-Serius ni terus pergi buat report (sekurang-kurangnya 3 hari)
-Jangan ikut terlalu dekat dengan kereta depan. (JAGA JARAK ANDA) biasanya kita selalu dekat tu sebab nak potong kereta kan… huhu janganlah amalkan ye…
-Jangan gaduh-gaduh ya. (tu yang ana fikir si Biru yang lari tu agaknya takut kut)
-[2:156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:  
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


Monday, August 13, 2012

Bukan kapel tapi kapel


Istilah "kapel" datangnya daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu couple. Pada asalnya, perkataan itu tidak membawa maksud "hubungan intim antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin" tapi entahlah macam mana, budaya Malaysia kita sudah memberikan takrifan kepada istilah "kapel" sebegitu rupa. Maka, saya akan gunakan takrifan yang sama dalam penulisan ini. 

Ramai yang emel saya tentang relationship dan dalam banyak-banyak emel itu, isu yang kerap juga naik ialah isu yang saya kategorikan sebagai kapel "Islamik". Saya juga dengar pelbagai cerita tentang kapel "Islamik". Kapel "Islamik" ini satu fenomena yang - pada pengamatan saya - sudah lama berlaku. Isu ini ada dalam masyarakat, cuma mungkin tak ramai yang menyentuhnya. Saya letakkan perkataan "Islamik" di situ kerana hubungan ini pada permukaannya memang nampak dan bunyi "Islamik".

Tapi adakah dengan nampak dan bunyi "Islamik" sudah memadai untuk menjadikannya Islamik?

Fenomena ini menarik minat saya kerana pattern yang saya lihat adalah hampir sama dalam semua kes. Ini menunjukkan betapa tidak kreatifnya musuh kita iaitu syaitan. Asyik guna taktik yang sama je.

Tapi sedihnya, kita tertipu jugak. Ahaks! 

"Eh, kami tak kapel. Dia bukan girlfriend saya."
Selalunya kita tidak akan menggelar si dia itu boyfriend atau girlfriend. Selalunya kita akan anti dengan gelaran-gelaran tersebut kerana dalam hati kita, sudah terang lagi bersuluh bahawa mempunyai boyfriend atau girlfriend itu salah di sisi agama.

Tapi apa yang kita tidak sedar ialah berkapel ini tidak perlukan declaration. Tidak perlu untuk kita declare secara lisan seperti "mulai hari ini, awak adalah boyfriend/girlfriend saya." Tidak perlu juga untuk declare dalam bentuk pertanyaan seperti "awak nak jadi boyfriend/girlfriend saya?" Berkapel juga tidak perlukan panggilan comel-comel seperti sayang, hubbysweethearthoney,cutie pie, balak, gewe, ataupun awek. Semuanya superficial sahaja.

Sekadar label semata-mata.

Jangan kita terlalu taksub dengan label. Teliti hakikat di sebalik label itu. Jika saya letakkan label "al-Hasan" atas botol arak, apakah ia mengubah hakikat bahawa ia arak? Tidak. Jika saya letakkan label "Konsert Amal Untuk Anak-Anak Yatim" tetapi dalam konsert tersebut bercampur-campur antara lelaki dan perempuan, bergesel-gesel badan, melompat-lompat, dan sebagainya, apakah ia "Islamik" hanya kerana label yang diberikan kepada konsert tersebut Islamik? Tidak.

Maka jangan terpedaya dengan luaran yang nampak dan bunyi "Islamik". Telitilah dalamannya. Telitilah hakikatnya.

Dalam isu kapel "Islamik", hakikatnya ialah perbuatan kita sudahpun membuktikan bahawa kita sedang berkapel. Perbuatan kita sudah "declare" dengan begitu jelas tanpa perlukan sebarang kata-kata.

Actions speak louder than words.

Oleh itu, di samping kita meneliti percakapan kita, teliti juga perbuatan kita. Kita mungkin cakap lain, tapi perbuatan kita "cakap" lain.

Hati-hati juga kerana kita mungkin hanyut dan larut dalam perasaan sayang sampaikan kita tidak nampak ataupun kita deny akan kewujudan apa-apa yang tidak baik dalam hubungan tersebut. 

"Tapi kami tak buat benda-benda salah pun macam pegang-pegang tangan or berdua-duaan. So, kira ok la kan?"
Selalunya hubungan ini akan dihiasi dengan amalan-amalan yang baik seperti menghantar SMS tazkirah, kejut bangun Subuh, memberi hadiah tudung, mengajak study bersama, dan lain-lain. Disebabkan kita melihat hubungan ini dihiasi dengan amalan-amalan Islamik maka kita merasakan hubungan ini justified dan "Islamik".

Tapi apakah amalan-amalan yang saya sebutkan itu salah? Tidak sama sekali. Semua amalan itu tidak salah pada asalnya. Tetapi, jika amalan-amalan seperti itu dipergunakan untuk mencapai matlamat yang lain maka di situ kita mungkin akan jumpa masalahnya.

Cuba kita tanya diri sendiri beberapa soalan berikut yang mungkin boleh digunakan sebagai kayu ukur:
  1. Ada keperluan ke untuk aku berhubung dengan dia?
  2. Ada alternatif lain tak? Mungkin instead of aku, rakannya yang sama jantina boleh ambil tempat aku.
  3. Apakah perbuatan aku ini sekadar alasan untuk aku spend time ataupun keep in touch dengan dia?
Selain itu, selalunya dalam hati kita ada satu perasaan yang mengatakan bahawa "macam tak kena je apa yang aku buat ni" tetapi minda kita menyampuk dan berkata "tak pe, tak salah pun".

Tumpukan perhatian kepada bisikan hati kita kerana hati yang bersih dapat memberi amaran kepada kita apabila kita hampir-hampir melakukan perbuatan yang salah. Dalam masa yang sama, berhati-hatilah juga dengan permainan minda kita kerana ia bijak dalam mencari alasan untuk "menghalalkan" yang salah.

"Si dia motivate saya berubah menjadi lebih baik."
Dalam hubungan kapel "Islamik" ini, selalu juga kita dan si dia mendapat motivasi untuk berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, berubah untuk menjadi lebih baik itu sudah semestinya bagus. 

Tapi apakah kita berubah itu untuk Allah atau untuk si dia? Bagaimana kalau si dia itu tiada, apakah kita akan berubah juga?

Jika kita dalam proses perubahan, jangan kita berhenti kerana niat kita terpesong. Teruskan dengan perubahan itu! Cuma, perbetulkan niat kita sahaja kerana jika kita berubah kerana Allah maka it doesn't matter kalau si dia itu ada atau tidak, kita akan terus juga berubah. 

Cuma satu sahaja yang saya ingin peringatkan: berhati-hatilah. Hati-hati kerana mungkin ini salah satu alasan lagi yang boleh kita gunakan untuk justify hubungan kita dengan si dia.

Saya tidak menafikan bahawa motivasi untuk berubah menjadi lebih baik ini adalah salah satu kebaikan dalam kapel "Islamik". Tapi ingat, wine pun ada kebaikannya juga.  

"Mereka bertanya kepadamu [Wahai Muhammad] mengenai arak dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Surah al-Baqarah, Ayat 219)

"Saya dah pasang niat nak berkahwin dengan dia."
Alhamdulillah, bagus! Inilah yang sepatutnya menjadi aim kita apabila kita hendak menjalinkan apa-apa hubungan intim dengan si dia.

Tetapi, ingin saya ingatkan bahawa niat tersebut harus diiringi dengan azam dan usaha untuk bersedia. Jangan kita anggap perkahwinan ini sebagai jalan keluar zina. Sebaliknya, kita harus lihat perkahwinan ini sebagai jalan menuju syurga. Nampak seperti sama tapi mentaliti di sebaliknya amatlah berbeza.

Jika perkahwinan itu dilihat sebagai jalan menuju syurga, maka kita akan plan dan bersedia sebelum kita mendekati si dia atau walinya (jika si dia itu perempuan). Jangan apabila sudah hangat bercinta baru nak berfikir berkenaan kahwin kerana takutkan zina. Padahal zina itu harus dielakkan daripada awal lagi.

Selain itu, jangan pula sebulan sebelum nak berkahwin baru kita terburu-buru untuk bersedia.

Sepertimana exam, kita tidak dinasihatkan untuk tangguhkan semua persediaan di saat-saat yang terakhir. Kita akan mula bersedia dari awal lagi. Kita akan ambil semua langkah yang patut diambil untuk bersedia menghadapinya. Jika dengan perkara kecil sepertiexam itu kita bukan main lagi tekun bersedia untuk menghadapinya, jadi mengapakah dengan perkara besar seperti perkahwinan kita tidak begitu tekun pula untuk bersedia? Exam akan berlalu selepas beberapa hari, tapi perkahwinan akan berterusan 24/7 sehinggalah kita mati (Insha Allah). Maka ia merupakan satu komitmen jangka masa panjang.

Apakah komitmen besar seperti itu tidak perlukan apa-apa persediaan? 

Saya bukannya ingin menghalang sesiapa daripada berkahwin. Saya menggalakkan orang-orang muda berkahwin sepertimana Rasulallah menggalakkannya. Oleh itu, saya bukan ingin demotivate sesiapa. Malah, saya ingin motivate semua untuk berkahwin. Tapi, dalam pada masa yang sama, saya juga ingin menekankan betapa pentingnya untuk kita semua bersedia - fizikal, mental, emosi, dan spiritual - untuk menghadapi alam perkahwinan.

Perkahwinan itu amatlah indah. Tapi ingat, ia juga merupakan tanggungjawab yang besar.

Kesimpulannya, perkataan "kapel" dan "Islamik" itu aneh jika digabungkan. Bak kata Boonaa Mohammed, "There is no right way to do something haraam."


Anda mungkin fikir, 
"Ala mamat ni, bajet macam dia tahu je. Jeles la tu sebab takde girlfriend."
Pemerhatian saya ini adalah berdasarkan emel-emel dan cerita-cerita yang sampai kepada saya. Bukan itu sahaja, pemerhatian saya juga berdasarkan pengalaman peribadi. 

Ya, saya ini bekas mangsa kapel "Islamik".

Ketahuilah, pattern yang saya perhatikan dalam semua kes hampir sama dengan pengalaman yang saya lalui sendiri. Seolah-olah syaitan ada guidebook yang dia rujuk untuk menghasut manusia-manusia. Maka saya faham apa yang golongan kapel "Islamik" ini lalui. Saya sangatlah faham. 

Liciknya syaitan. Dia mampu menggunakan perkara-perkara baik untuk perlahan-lahan mencapai matlamat yang jahat.

Tapi semasa hubungan saya itu dijalin, jauh di dalam hati somehow saya tahu. Saya tahu bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan kami. Saya tahu bahawa apa yang saya inginkan hanyalah untuk meluangkan masa bersama si dia sama ada face to faceataupun melalui telefon. Semua perbuatan baik yang saya lakukan hanyalah alasan-alasan untuk mencapai keinginan saya itu. Alasan-alasan itu saya pegang sebagai hujah untuk menjustifikasikan hubungan saya. 

Apabila saya berfikir sejenak dan jujur dengan diri saya sendiri, barulah saya sedar. Selepas itu, saya rasa bertanggungjawab untuk bertindak. Saya bertindak untuk mengakhiri hubungan itu. Memutuskan hubungan itu amat perit tapi saya tahu ianya perlu dilakukan, untuk kebaikan saya dan si dia.

Sometimes we have to sacrifice our own pleasures for the pleasure of the One we love most - Allah.

Tujuan saya berkongsi kisah lampau saya ini bukanlah untuk berbangga. Trust me, tiada apa yang nak dibanggakan. Tujuan saya berkongsi ialah supaya kesilapan lampau saya tidak menjadi kesilapan anda sekarang.

Kalau dambakan hubungan intim dengan si dia, maka satu-satunya jalan untuk mendapatkannya ialah melalui perkahwinan.

Selain itu, tujuan saya menulis post ini ialah untuk point out apa yang saya perhatikan dan mengajak para pembaca untuk berfikir. Tujuan saya bukanlah untuk menjatuhkan hukum halal/haram kepada mana-mana hubungan.

I leave that part to you.

copy by http://www.aimanazlan.com/2012/08/kapel-tapi-tak-kapel.html?m=1

Thursday, August 9, 2012

Kebetulan?


Tuhan ada menyebutnya di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Al-Imran:190). 
Tuhan menyambung lagi dalam ayat seterusnya, “iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia”

Astarfirullah al-azim....
Macam-macam angan dan impian yang diidam-idamkan.... nak yang itu... pilih yang ini... nak buat macam tu... tapi hakikatnya, banyak yang dirancang tu jadi sebaliknya.... 

Alhamdulillah.. sampai hari ini dan untuk hari-hari yang mendatang moga REDHA dan TAKWA menjadi peneman diri. SBB yang DATANG tu adalah yang TERBAIK dari ALLAH. sebab Allah tahu apa yang paling BEST untuk kita. 

So, moh kita teruskan langkah n tak perlu nak sesalkan hajat tak kesampaian hihihi 

#Ibnu Qoyim Bersyair Tentang Bidadari Surga#



يَا مُطْلِقَ الطَّرْفِ الْمُعَذَّبِ فِي الأُلَى ... جُرِّدْنَ عَنْ حُسْنٍ وَعَنْ إِحْسَانِ

Wahai orang yang tersiksa yang mengumbar pandangannya pada para wanita dunia ketahuilah bahwa para wanita dunia telah dihilangkan dari mereka kecantikan dan kebaikan (tentunya para wanita dunia memiliki kecantikan dan kebaikan, hanya saja tidak sebanding dengan kecantikan dan kebaikan bidadari-pen)

لاَ تَسْبِيَنَّكَ صُوْرُةٌ مِنْ تَحْتِهَا ... الدَّاءُ الدَّوِيُّ تَبُوْءُ بِالْخُسْرَانِ

Maka janganlah engkau tertawan oleh rupa mereka (yang nampaknya cantik) sementara dibalik rupa tersebut ada penyakit, akhirnya engkau akan membawa kerugian

وَارْغَبْ بِعَقْلِكَ أَنْ تَبِيْعَ الْعَالِيَ الْـ ... ـبَاقِي بِذَا الْأَدْنَى الَّذِي هُوَ فَانِ

Dan gunakanlah akalmu, apakah engkau hendak menukarkan suatu yang bernilai dan abadi (yaitu bidadari surga) dengan wanita dunia yang hina dan akan sirna?

إِنْ كَانَ قَدْ أَعْيَاكَ خُوْدٌ مِثْلُ مَا ... تَبْغِي وَلَمْ تَظْفَرْ إِلَى ذَا الآنِ

Jika engkau tidak mampu untuk meraih wanita (yang cantik dan sholihah) sebagaimana yang kau harapkan hingga saat ini

فَاخْطُبْ مِنَ الرَّحْمَنِ خُوْدًا ثُمَّ قَدِّ ... مْ مَهْرَهَا مَا دُمْتَ ذَا إِمْكَانِ

Maka majukanlah lamaranmu kepada Allah untuk melamar bidadari, lalu serahkan maharnya, selama engkau masih mampu melakukannya

ذَاكَ النِّكَاحُ عَلَيْكَ أَيْسَرُ إِنْ يَكُنْ ... لَكَ نِسْبَةٌ لِلْعِلْمِ وَالْإِيْمَانِ

Pernikahan dengan bidadari lebih mudah bagimu jika engkau memiliki ilmu dan keimanan

وَاللهِ لَمْ تَخْرُجْ إِلَى الدُّنْيَا لِلَذَّ ... ةِ عَيْشُهَا أَوْ لِلْحُطاَمِ الْفَانِي

Demi Allah, engkau tidaklah keluar di dunia ini hanya untuk menikmati kelezatan kehidupan dunia atau harta benda dunia yang akan sirna

لَكِنْ خَرَجْتَ لِكَيْ تُعِدَّ الزَّادَ لِلْـ ... أُخْرَى فَجِئْتَ بَأَقْبَحِ الْخُسْرَانِ

Akan tetapi engkau keluar di muka bumi ini untuk mempersiapkan bekal akhirat, akan tetapi engkau malah menjadi orang yang sangat merugi

أَهْمَلْتَ جَمْعَ الزَّادِ حَتَّى فَاتَ بَلْ ... فَاتَ الَّذِي أَلْهَاكَ عَنْ ذَا الشَّانِ

Engkau lalai dari mengumpulkan bekal akhirat hingga lenyaplah kesempatan bahkan sirnalah dunia yang melalaikan engkau dari perkara yang penting (akhirat)

وَاللهِ لَوْ أَنَّ الْقُلُوْبَ سَلِيْمَةٌ ... لَتَقَطَّعَتْ أَسَفًا مِنَ الْحِرْمَانِ

Demi Allah kalau seandainya hati-hati itu bersih maka tentu hati-hati akan tercabik-cabik bersedih karena terhalangnya (dari meraih akhirat)

لَكِنَّهَا سَكْرَى بِحُبِّ حَيَاتِهَا الدُّ ... نْيَا وَسَوْفَ تُفِيْقُ بَعْدَ زَمَانِ

Akan tetapi karena sikap mabuk kepayang kepada kehidupan dunia (sehingga hati tidak bersedih tatkala terhalang dari kabaikan akhirat dan amal sholeh), akan tetapi suatu saat engkau akan sadar (yaitu tatkala datang kematian)

Masih panjang lanjutannya di  http://firanda.com/index.php/artikel/surga-a-neraka/181-syair-ibnul-qoyyim-tentang-bidadari

Wednesday, June 20, 2012

bla bla bla

Hari-hari bersendirian banyak meluangkan masa melalui bacaan. tiba, hati ini rasa sayu bila terbaca sesuatu yang bisa menyentuh jiwa. Allahuakbar.....

Buat hati rasa sedih....
hua!!! rasa nak nangis neh!

~awak, kalau awak ada skg, mesti awak suka dengar bebelan saya ni kan. huhu tetibe rindu kat kengkawan yang jd peneman setia bila mana rasa nak memuntahkan luahan hati.

AH ENOUGH LA. JANGAN DOK NAK HIPERBOLA SANGAT! DAH2 CUKUP2. BUAT KEJE YANG MELAMBAK TU. REPORT AMALI YANG DOK BUAT PEKASAM TU BILA NAK SIAP! huhuhu

AND JANGAN LUPA.... 
Allah kan ada
Share la ngan dia
meratapla padaNya....
banyak2 la berzikir
mengaji...
(er cakap tuk diri sendiri je kan.... payoh2 nak tulih lak. tp NAK GAK TULIH!)

*InsyaAllah.


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda: ‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,)


"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)






note bawah ni;
cik Siti sayang, semalam saya kata saya ok, tapi sebenarnya jiwa tengah kacau. huhu even awak jauh pun... still setia nak melayan saya huhu. ni yang buat saya SAYANG KAT AWAK TILL SYURGA! 

Wednesday, June 6, 2012

kata hati...


ku terima panggilannya lagi...


06/06/2012 (8.30pm)

Hari ini dia call lagi….  Hibanya rasa hati. Sangat merindui masa lalu.
Tika aku dan dia…. Juga mereka. Ah… masa lalu mana boleh dikembalikan. Sedarlah diri! Kita perlu jalan ke hadapan. Teruskan langkah!. Tapi…. Jalan yang macam mana? L

“tak pe kak, kalau akak tak ada kredit, akak meseg aja… nanti saya call bila akak dah ready ya”

Sob.. sob.. sob…

Dalam berselindung, aku cemburu dengan mereka.

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.”(Kahfi:13)

Mood sedang mengata dalam hati…

Katanya,” tak guna kalau masak api melumba-lumba, tapi satu hapa pun tak jadi”

Kataku pula “tak guna kalau cari duit siang malam tapi solat yang wajib tu pun tak boleh nak buat. “

Apakah? Hehehe saja nak mengata…

Allah menjadi saksi, dan para malaikat dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam. “(Al-Imran:18-19):
So… pilihlah islam ( i kecil ya)

~kerana MEREKA kesayangan hatiku~

Thursday, April 19, 2012

Islam yang ok, Islam yang tak ok???

End of today…
Esok adalah permulaan hari yang baru.
…………………….
Tersentap! Pengalaman hari ini,
Kata-kata seorang kakak semasa berbual sambil menikmati minum petang tadi sangat meruntun jiwa. Bercerita tentang isu pendidikan kini. Katanya…. Islam ni ada yang kita boleh ikut, ada yang tak. Ada yang bagus ada yang tak. Contohnya tengok kanak-kanak kat sekolah kita lah sendiri,beza budak-budak melayu dan orang cina dari segi kebersihan. Kalau budak-budak cina bila dia Nampak sampah mesti dia pungut. Kalau belajar pula mereka lebih bagus dan bersungguh-sungguh belajar. Itulah yang ada bagus n tak bagusnya islam tu.”

Astarfirullah al-azim… rasa sangat sedih mendengar kata-katanya…
(teringat lagu bangau oh bangau)

Islam separuh-separuh???

Duhai pada duat! Nikmat hidayah, iman dan islam ini tidak datang gratis. Ia datang bersama amanah dan tanggungjawab yang besar.

(18) Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

(19) Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

17:18-19

nota kaki: terkesan ngan ayat Yanna, kalau bukan kita suapa lagi!

Sunday, April 15, 2012

Tempat yang terbaik dari Allah

Allahuakbar....
Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku...
Sesungguhnya aku redha ya Allah.....
Maka Engkau berikanlah ketenangan di dalam hati ini....

Wednesday, February 1, 2012

Jenuh sudah aku mencoba...

Alhamdulillah.. akhirnya dapat login juga buah hati kesayangan hamba ini.....

~hari ini ada class after rehat so mengoffer diri untuk membantu guru HEM untuk settlekan borang KWAMP murid. ternyata laptop kesayangan ini tengah tenat n bukan dic yang diemailkan kepada PPD dan HEM... tapi virus.. huhuhu. n staff sekolah offer tuk merawat 'ia'.... but banyak kenangan kaku yang akan hilang. takpe2.. ana redha.... ada rezeki kumpul lagi. Alhamdulillah... Allah permudahkan segala urusan... borang ke PPD siap dihantar, laptop Alhamdulillah telah sihat. 

"Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusanmu" (47:7)

Alhamdulillah

nota bawah sekali : (^__^)
~sangat merindui untuk tidak membiarkan blog ini berhabuk!!! insyaAllah mula warming up mencatat perkongsian yang bermanfaat. Aamiin

carian anda di blog ini