melewati blog ini...

Saturday, September 22, 2012

Tragedy 22 September 2012



Mencipta suasana hujung minggu bersama keluarga. Akhirnya ana menetap di kampung halaman yang indah permai ini. Duduk menyewa di awal-awal posting aja hari tu… around 2 bulan, itu pun on off he.. tak banyak pun yang on… selalu aja meninggalkan roommate yang baru nak berkenalan.. keadaan mak yang keluar masuk hospital…

Eh bukan nak cerita pasal yang kat atas tu… nak cerita apa yang berlaku hari ini…
Alhamdulillah dapat luangkan masa bersama keluarga ke walimah anak kawan ayah… alang-alang keluar, (iya la kalau keluar pun.. sebab appointment mak gi hospital je la kami adik beradik bergilir-gilir bawa mak) serius ana tak kisah pun ambil cuti semata-mata nak buat benda tu!. Hari-hari biasa dah memang la ana yang tunggang si Umar tu (hihi baru beberapa minit bagi nama ni untuk kereta merah ayah)

Ayah yang drive. Umar kuat dan gagah perkasa. (hihi) nak jadikan cerita…. Petang tadi kami terlibat dalam satu kemalangan,

Allahuakbar!!!

Si Biru langgar belakang Umar sampai pecah cermin lampu dan kemek body. Huhuhu  tapi tu la al-kisahnya si Biru terus je selamba potong dan jalan. Aik? Macam tak ada apa-apa? Pelik kejap? Ini ke yang di namakan langgar lari??? Kat tepi taman rekreasi pula tu? Bukan hari malam @ jalan sunyi kot? Pelik je Si Biru ni…. So ayah berhentikan kereta nak check luka Umar, Alhamdulillah tak ada la teruk mana berbanding kereta yang langgar tu? (jelas nampak teruk kemek depan keretanya)
Kiranya ini pengalaman ke-2 ana excident.. huhu  (in control)  catit no plat si Biru, buat report… Alhamdulillah selesai dah semua.

Nota ibu kaki:
-Selalu je yang buat kemalangan ni orang perempuan, so kena la sangat hati-hati ya
-Dah langgar tu, jangan terus jalan je… salah ke tak salah berhenti dulu.. berbincang
-Kalau berlaku excident ingat no plat, jenis kereta dan warna…
-Jangan panic.. istifar banyak-banyak
-Serius ni terus pergi buat report (sekurang-kurangnya 3 hari)
-Jangan ikut terlalu dekat dengan kereta depan. (JAGA JARAK ANDA) biasanya kita selalu dekat tu sebab nak potong kereta kan… huhu janganlah amalkan ye…
-Jangan gaduh-gaduh ya. (tu yang ana fikir si Biru yang lari tu agaknya takut kut)
-[2:156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:  
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


No comments:

carian anda di blog ini