1 Muharam detik permulaan….
Penghijrahan nabi dan umat islam
Dari
Teringat ana akan lagu yang ana dan sahabat-sahabat nyanyikan waktu sekolah rendah dulu… HIJRAH… apa hijrah antuna semua sempena tahun baru ini? Adakah buka buku baru untuk azam yang baru? Atau… huhuhu azam yang dulu masih-masih belum terlaksana lagi.. huhuhu
Apa pula azam baru ana ya??? Ya nikmat Allah berikan hati ana untuk mengorak langkah mendaki ke satu lagi anak tangga… Malangnya kelemahan manusia ini mempunyai 2 tarikan.
Tarikan iman :
Adakah usrah memerlukan kita atau kita memerlukan usrah… mana yang betulnya? Untuk mendapat tarikan iman ini, sebagai makhluk yang lemah dan kelaghoan menggodakan, marilah kita bersama-sama dan sentiasa duduk bersama orang-orang yang beriman.
Tarikan yang kedua adalah tarikan syaitan.
Jangan kata ‘aku’ orang yang alim… kerja ‘aku’ hanya beribadat kepada Allah. ‘Aku’ menolak apa yang dibenci oleh Allah… hem…. Layakkah kita berkata sedemikian sedangkan tarikan-tarikan ini telah ditentukan oleh Allah. Kedua-duanya ada dalam diri seorang khalifah……
1 Muharam 1431 bersmaan haru Jumaat. Jatuh pada penghulu segala hari. Subhanallah…..
10.45 pagi : ana, ukhti Salwa, Seri, Siti, dan Hajar melangkah keluar dari rumah. Setelah seminggu kami perkampung di Pantai Permai ini… Dipertanggungjawabkan amanah atas nama projek fakulti kami berkumpul di rumah ukhti maziah ini. Alhamdulillah, ana senang di sini… bersama teman-teman yang suka mengingatkan dan diingati. Akhwah semua keluar bertebaran melangkah pulang ke pangkuan ayah bonda. Awalnya hanya Ukhti Siti dan Hajar yang menuju ke Stesen Putra manakala ana, ukhti Salwa dan Seri melangkah ke Universiti Malaya untuk urusan yang masih tersisa… suasana tahun baru yang hening ditambahkan lagi hujan renyai-renyai, Salwa dan Seri mengubah keputusan untuk terus pulang ke rumah. Jadinya hanya ana seorang yang pergi ke UM…. Hem… doa ana moga tak kira kemana hala tuju kami… moga Allah permudahkan urusan kami pada hari ini. Yang penting ke mana jua kami bertebaran…. Moga niat kami untuk beribadat kerana Allah… InsyaAllah.
11.00 pagi : kaki melangkah untuk mengambil wang di bank yang ana sendiri tak pasti bakinya… Hati berdoa moga cukup untuk sisa-sisa hari yang masih tinggal ini sebelum ana juga pulang melepaskan rasa rindu pada ayah bonda. OUT OF SERVES. Huhuhu
12.15 tengahari : Fizan datang jumpa ana di surau fakulti Sastera. Huhu rindu lama tak jumpa ukhti. Subhanallah takdir Allah, kata fizan sejak dia stay di kolej untuk projek ukhti Fizan tak ada charge fon… asyik pinjam orang aja. Kebetulan ana sentiasa bawa bersama. Sambil tunggu bateri hpnya penuh banyak yang kami bualkan bersama. Kata Fizan, dia teringin nak ikut ana pergi usrah. Bila ana ajak untuk bersama ana ke Wangsa Maju petang ni usrah kabilah, malu katanya… Ya Allah…. Permudahkanlah ukhti fillah ini untuk bersama-sama ana dan akhwat-ahkwat yang lain.
Afwan Fizan ana tak dapat nak tolong sama-sama buatkan
6.00 petang: sekelip mata ana dah tak memiliki hp… huhu entah nape ana tak rasa sedih pun… Cuma yang ana fikirkan ada maklumat penting didalamnya… huhuhu yang ana tak copy di mana-mana pun…. Mana ana nak dapatkan semula…
Seminggu sebelum Maal Hijrah, hati sudah terdetik berazam mahu melangkah satu lagi anak tangga. Dengan kesedaran yang ada dalam diri ini, banyak khilaf dan sisa-sisa jahiliah yang perlu ana tinggalkan. Salah satunya berkaitan alat komunikasi ini. Bertapa lemahnya iman diri ini….
Ya Allah… bertapa Allah nak sucikan hati ini dalam jalan tarbiah ini. Saat ana rindukan tarbiah ini, hati yang lemah ini kuat memujuk untuk ana tidak pergi. Antara rindukan tarbiah ini dan godaan syaitan,
7.45 malam : ukhti Ain (anak usrah shi) dan ukhti Nad jemput ana di stesen Wangsa Maju. Usrah kabilah kali ini di rumah Fisha. MasyaAllah, bertapa sweet ye bila ana tahu yang family dia suka dengan jalan dakwah yang dilakukan oleh permata hati mereka. Apa yang ana tahu dari ukhti shi, tahun lepas waktu usrah kabilah di rumah Fisha, mak, adik dia join usrah sekali. Subhanallah…
Alhamdulillah yang dapat hadir nadia,(UM) Zaimah (Taman Melati), Aminiril, Mashitah (UAI, PJ), Atiqah, Ain (UM) dan ana (kak Nur).
Antara keyword yang ana suka sangat bila kami sharing tentang maksud warak. Warak itu maknanya meninggalkan sesuatu yang bukan mendatangkan keuntungan kepada kita di akhirat kelak.. MasyaAllah bila difikirkan kalau nak relate
Kami taddabur surah Al-Ahzab ayat 36-43
[36]
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
[37]
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
[38]
Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.
[39]
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).
[40]
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[41]
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
[42]
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
[43]
Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
Hem… asbabul nuzul ayat ini…
Atas kecintaan syaidatina Khadijah, beliau menghadiahkan hambanya Zaid kepada Rasulullah. Zaid yang diambil sebagai anak angkat baginda, lalu diberikan namanya iaitu Zaid bin Muhammad. Bertapa ketika itu Rasulullah sangat sayangkan Ziad. Sehingga satu ketika, Allah menurunkan wahyu mengharamkan anak angkat dibinkan dengan bapa angkat. Maka Rasulullah menukar nama Zaid dibinkan kepada bapanya. Afwan ana lupa ayat dan surah apa. Dan ana lupa Zaid dibinkan apa.huhuhu
Zaid berkahwin dengan zainab. Perkahwinan mereka bertahan selama 19 tahun sahaja. Apabila Zaid menceraikan Zainab, Rasulullah pula mahu mengahwini Zainab. Tika itu timbul fitnah mengatakan Rasulullah mengambil isteri Zaid. Maka turunlah ayat ini…. Allah berfirman ( “….., Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.)
Hari ini, riang rasa hati, terubat rasa rindu ingin bertemu orang yang disayangi. setelah 13 hari ana berada di UM ini, ana balik rumah hari ini
Walaupun hanya tinggal beberapa hari aja lagi sisa-sisa cuti semesta, insyaAllah tak sabar rasanya mahu manfaatkan masa bersama ayah bonda tercinta.
Sempena tahun baru ini….. ana mahu kuat mencapai matlamat azam baru!!! Huhu nak tahu kea pa azam ye????
Hehehe
Salam sayang dari kak Nur
1 comment:
zaid b harithah..salah seorg dr 3org panglima tentera islam yg terkorban semasa perang Mutah..skdr berkongsi-sms ayah & pakcknya ingin mmbawanya pulang dr menjadi hamba kpd rasulullah,beliau lebih rela menjadi hamba kpd rasulullah...
Post a Comment