melewati blog ini...

Thursday, October 28, 2010

Kata hatiku....



buat hati-hati yang aku sayangi

Ya Allah,

Aku punyai seorang teman,

Suka benar dia menasihatiku,

Kata-katanya selalu sahaja ‘kalau boleh’.... atau ‘tidak boleh’.

Sikapnya selalu caring,

Benar ! aku ‘menghargaimu’ teman

Dengan membiarkan nasihatmu dalam bersahaja.

Kadang-kadang rasa malas mahu untuk kau ulanginya lagi.

Kerana kebiasaanku,

Aku suka buat apa sebenarnya yang engkau larangi!

Sikapmu juga teman

Di kala tidurku di ulit mimpi,

Kerap aku terima mesegmu

“ ya Ukhti fillah, jom tajahud”

Alahai persis seorang ibu.

Tapi teman,

Boleh dibilang berapa kali sahaja aku melafazkan ucapan terima kasih padamu

Aku juga punyai kawan,

Aku tahu mereka sangat sayang padaku....

Ya, aku tahu mereka sungguh sayang padaku

Sampaikan tawa dan tangisku menjadi perhatiannya

Sampaikan sedihku menjadi dukanya

Pernah 1 hari....

Mereka temaniku tika aku dalam ketakutan

Pernah juga banyak kali....

Mereka temaniku tika aku kesedihan

Mereka sungguh menerimaku seadanya,

Telatahku, sukaku, kerenahku, marahku, EGOku....

Ya Allah......

Mulianya persahabatan itu

Sehingga kasihmu kawan......

Engkau tidak pernah meluahkan ketidakadilan yang aku berikan

Sungguh juga,

Aku tidak pernah hargaimu kawan.

Kerana aku seorang yang EGO!

Aku lagi punyai sahabat,

Sahabat yang sangat menyayangiku

Hingga kita memilih untuk tinggal bersama

Moga-moga ukhwah kita pasti siapa pun akan mencemburui!

Sungguh benar engkau menyayangiku sahabat

Mendengar luahanku

Geramku

Suka ku, selalu kita kongsi bersama

Mahu melakukan apa sahaja bersama

Mudah benar engkau sahabat

Menghulurkan bantuan

Mengalas bahumu tuk aku yang sedang menangis duka

Tapi sahabat......

Caraku pula

Fikirku,

Aku layak untuk buat itu ini

Aku layak untuk katakan itu ini

Aku layak untuk menjadi acuan

Ya Allah.....

Ya, Kerana aku Ego!

Hari ini....

Kerana egoku,

Temanku sudah lelah untuk menasihatiku

Atau fikirnya aku sudah dewasa tuk semua ini

Hari-hariku berlalu tanpa nasihatnya

Hari-hariku berlalu tanpa ingatannya

Tanpa aku beri peluang untuk dia dihargai

Hari ini....

Kerana egoku,

Kawanku sudah pandai berahsia padaku,

Prinsip katanya

Iya atau mungkin alas tuk aku tidak sering mengasah egoku

Hingga aku mula terasa.....

Bertapa tiap masa yang lalu

Bertapa banyak egoku yang ku hadiahkan padanya

Hari ini.....

Kerana egoku,

Sahabatku diam seribu bahasa

Mungkin sibuk yang menerjah diri

Atau mungkin malas mahu mengikut egoku

Ya Allah......

Sungguh.... pada-Mu Ya Allah

Aku mohon, bantulah aku untuk mengikis egoku ini....

Sedikit demi sedikit,

Pintaku teman, kawan dan sahabat....

Berilah aku sedikit masa

Dan masa yang ada itu

Mohonku juga

Tegurlah aku,

Nasihatilah aku,

Datanglah semula padaku....

Duhai hati-hati yang aku sayangi,

Sungguh tanpa sedar apa yang telah ku buat selama ini

Pada kalian amat menyakitkan

Andai lafaz maaf pun

Tak layak tuk aku berikan lagi

Duhai hati-hati yang aku sayangi,

Pandanglah diriku kini

Tanpa nasihat teman,

Aku mula berubah hati

Tanpamu kawan,

Ada yang sudi memerhati,

Aku jadi terikut dengannya

Mesra dengannya

Duhai hati-hati yang aku sayangi,

Aku takut jalan yang aku lalui ini

Tanpa teguranmu

Nasihatmu

Pintaku buat hati-hati yang aku sayangi

Bawalah aku ke mana yang engkau pergi

Agar arah ku tak melawan arus

Bawalah aku......

Dan....

Jangan tuk ingin meninggalkan aku

No comments:

carian anda di blog ini