melewati blog ini...

Thursday, December 2, 2010

ini nafas kita



kita berkongsi rasa itu.


so, aku pun senang untuk copy dari kak aisyah. jazzakillahukhair kak aisyah.=)




Kaku terkadang jemariku untuk menulis.
entah kenapa..
kerana di dunia inilah hatiku berada…
sedangkan kamu di luar sanalah yang akhirnya menontoninya dan mengambil manfaat darinya.
Tentu ada yang sudah dalam tarbiyah, dan memahami apa dinukilkan di sini.
Tentu masih ada yang mencari raut-raut hidayah, namun agak sukar memahami penulisan di sini, malah merasai bahawa seolah-olah merasai tidak relevan pula diri mereka pada dakwah ini.
Sedangkan kita semua, anda dan saya, amat memerlukan dakwah ini.
( sedangkan saya dengan kemampuan teramat terbatas, tak mampu untuk menulis dalam penulisan yang mampu difahami semua.)
Seperti kita perlukan air dan udara untuk hidup.
Kerana dakwah ini menjadikan hidup kita berputar..
Berputar di sekitar…
belajar dan mengajarkan…

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادً۬ا لِّى مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin , kerana kamu sentiasa mengajarkan Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. ( Ali-Imran: 73)

Itulah dia dakwah.

Kamu mengajarkan dan kamu juga belajar.

Dari situ kamu akan kekal menjadi orang-orang rabbani—> orang2 Allah.

Ada antara kamu yang baru sahaja bermula… ada juga yang sudah lama di dalam karavan ini…
samada sedang bergerak laju mahupun perlahan.

Tidak kira di mana sahaja kita berada… kita sama-sama sedang menuju kepada ALlah. JIka kita benar-benar ikhlas untuk bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan kebenaran dan mengajarkan kebenaran ini buat manusia lain.

Tersenyum aku melihat adik-adikku yang sangat mengantuk selepas usrah. Seusai solat subuh kami pada 2 pagi tadi, semua terus terlentang di atas katil dan duvet masing-masing.
Ini kerja gila kata mereka! ( dan saya hanya mampu tersenyum.. )

Sejak bila dakwah ini kerja biasa-biasa sahaja? Tentulah ianya kerja luar biasa!
Peliharalah cita-citamu kerana sesungguhnya cita-cita itu mendahului segala sesuatu.

Barangsiapa baik cita-citanya dan jujur padanya, nescaya pekerjaan yang dilakukan akan melahirkan hasil yang baik pula ~ Awaiq – petikan pepatah Arab.

Aku katakan pada mereka:

Kamu dan kita. Saya dan awak.

Kita adalah pemimpin dakwah generasi akan datang. Generasi terdahulu pasti akan berundur kerana umur dan kudrat.

Maka siapa yang akan memimpin dakwah ini?

Tentulah kita!
Adakah kualiti kita sama dengan kualiti syuyukh ( orang terdahulu) kita?
Tentu belum lagi!

Kerana itu kite perlu berusaha lebih… lebih dah lebih….

Kemunculan jemaah ini kelak pasti memerlukan golongan muda untuk berada di dalam saff dengan lebih ke depan dan terbuka.

Maka kita perlu bersedia dari sekarang, untuk menjadi pemimpin dakwah buat umat ini!


Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang. Semakin tinggi terbang, semakin terhindar dari bencana, semakin rendah ia terbang, semakin terancam dia dengan bencana ~
ibnu qayyim aljauzi.

Jika hati kita berkeinginan untuk mencapai cita-cita yang besar, cita-cita untuk menjadikan islam sebagai ustaz alam ini, maka kita akan bekerja bersungguh-sungguh, siang dan malam, untuk membina manusia yang ramai dan memahamkan masyarakat umum tentang Islam.

Raihlah cahaya hati dengan melestarikan kesungguhan ( al-awaiq)

Jika cita-cita kita tinggi, maka kesungguhan kita pasti akan tinggi juga!

Namun jika jiwa dan cita-cita kita lemah, tentu kita akan memberikan saluran kepada syaitan untuk sentiasa menfuturkan ( mendownkan ) kita.

Akhirnya kita akan selesa dengan kerendahan dan berlapang dada dengan keadaan kerendahan kita yang ada.

Jika kita tidak disibukkan dengan perkara yang besar, kita pasti disibukkan dengan kerja-kerja yang rendah!( Abdul Wahab Al-Azzam)

Kerja yang kita nak buat ini besar!
Tapi kan kak, boleh ke nak kasi alasan sebab saya drive sebab tu saya penat dan tak larat?
Senyum lagi..
Aku amat memahami keadaan mereka.

Asalnya usrah bermula 10 malam. Di tika itu mereka masih di tempat Y. Jarak perjalanan Y ke tempat usrah kami mengambil masa 1- 1 setengah jam.
Detik itu sudah 10.05pm
Ukhti, kat mana tu? text aku dihantar.
Akak.. masih di Y.. otw.

Pada asalnya kecewa dengan jawapan yang diterima kerana aku tahu mereka pasti akan mengantuk ketika usrah. Namun, aku bersabar dan menghabiskan masaku dengan Quran ( dan akhirnya terlentuk kerana keletihan juga).

Mereka akhirnya tiba pada 11.15pm, dan kami mulakan liqa kami pada 11.30pm.

Kronologi kisah mereka:
Siangnya itu mereka sudah bertungkus lumus menyiapkan esei dan assignment mereka. Petang dalam 3 pm, perlu pergi ke negeri Y untuk menghantar adik-adik mereka ke bengkel ISK.
Malam tu kene pula pulang ke tempat asal mereka, tempat kami berliqa’.
Dan esok pagi kami perlu ke Y semula untuk menyampaikan bahan daurah.
Dan mereka hanya mula tidur pukul 2 pagi tadi.

Ini kerja gila, saya tahu, tapi saya rasa memang kene start buat kerja-kerja gila sekarang ini!
Itulah jawapan adikku yang bertanya pada permulaan tadi.

Daie itu pada Imam Hasan Al-Bana adalah:
Seorang yang mengorbankan harta , darah dan semua nafasnya untuk membela aqidah yang diyakininya, dan dia menjalani kehidupan kerana aqidahnya itu.

Takpe dik, kata saya.
Awak drive sejam lebih sahaja. Saya drive 4 jam. Dan saya baru balik dari kerja untuk datang sini. Malam semalam saya on call dan ada adik2 baru datang ke rumah… ( Jazakillah kepada adik-adik saya yang tolong masak dan layan tetamu semalam! sayang antum!)

Astaghfirullah.. sepertinya sum’ah pula.
Aku meneruskan..

Tapi.. dulu murabbi saya, bertolak dari Y ke tempat saya , drive 8 jam kemudian liqa sampai 12 am, kemudian malam itu balik semula ke Y untuk memberikan pengisian di Z pada esok harinya. Mungkin dia sempat tidur sejam je kot bila dia singgah sekejap di Y.
Kadang2 kita rasa kita sudah usaha lebih,… namun orang yang terdahulu dari kita lebih dahulu berkorban dan lebih letih dari kita.

Dan kita lihat contoh itu pada peribadi Rasulullah, umar, salahudin al-ayubi yang jarang tidur. Jarang tidur kerana mereka beribadah dan jarang tidur memikirkan masalah umat.

Sesungguhnya berbagai keluhan itu muncul kerana kerosakan sejak permulaan. Barangsiapa yang benar permulaannya, benarlah kesudahannya dan barangsiapa salah permulaannya, maka dia akan binasa.. ( Awaiq)

Mungkin kerana itu kita banyak mengeluh … ( dush! kene diri sendiri.. selalu je rasa penat , penat dan penat!)

Permulaan yang benar ini perlu dibangunkan dengan tajarrud ( ikhlaskan diri).Barangsiapa permulaanya tidak tulus, maka bangunan yang dihasilkan adalah goyah walaupun tinggi.
Bagaimana kita nak tahu permulaan kita itu betul atau tidak?

Kata awaiq, kita perlu memiliki niat yang baik dan cita-cita tinggi.
Seperti mana kata-kata al-buhturi…
Jiwa yang menerangi dan cita-cita yang menyala..

Kata muntalaq ( bab 7), kita perlu kembali kepada petikan yang hampir sama dari satu cahaya.
Kita perlu meniru method salafus soleh dalam dakwah ini… menjadikan Al-Quran dan hadis sahih sebagai sumber pemahaman dan kesediaan jiwa mereka…

Kerja gila?
Sedangkan kita melihat ramai duat, yang rehatnya adalah di sebelah lebuh raya, kerana telah terhuyung hayang kereta yang mereka pandu. Kerana amat keletihan.
Namun dakwah, terus sahaja menyegarkan jiwa dan hati mereka.
Tiba di tempat program, terus cergas memberikan pengisian, tanpa manusia tahu betapa jauhnya perjalanan mereka sebelum itu.

Memang mengantuk dan tidur yang melalaikan itu satu keharusan, namun jadilah kamu orang yang tak banyak tidur. ( ibnu Qayyim al-jauzi)

Dakwah ini nafas kita, dan hidup kita.
Sehinggakan jika kita tidur pun, kita tidur dengan dengan dakwah.

Dia tidur dengan Afdhail ‘Azaaim..( tekad/kesungguhan yang paling utama)~ awaiq.

Setiap saatnya pasti adalah untuk dakwah…
Bersungguh-sungguhlah hidup bersama dakwah.. kalau tak, anda pasti ditinggalkannya.

Waliyazubillah…

Sesungguhnya bila kamu melangkah di jalan dakwah ini dengan perasaan yang dingin, tanpa perasaan pada dakwah ini pada hati kamu seperti kmana perasaanmu pada isteri, anak-anak dan ibu bapamu, maka kamu pasti akan menemui kegagalan. Kegagalan yang menjadikan generasi seterusnya tidak berani lagi untuk berfikir tentang gerakan dakwah ini sehinggallah sampai waktu yang cukup lama. Kerana itu, sebelum memulakan langkah yang besar, haruslah kamu mengukur kekuatan kamu, memeriksa bahagian mana dari niat dan akhlak yang mesti ditanamkan terlebih dahulu…. ( as-syahid maududi)

Kerana dakwah ini nafas kita.
Kita tak boleh hidup tanpanya..

~ana copy dr post fb ukhti Mum

No comments:

carian anda di blog ini