melewati blog ini...

Saturday, April 25, 2009

BERINTERAKSI DENGAN KELEMAHAN DIRI

Kita biasa mendengar orang berkata kita perlu memperbaiki kelemahandiri kita.Ini adalah benar bagi perkara yang melibatkan kewajipan fardhu ‘ain atau perkara-perkara yang penting bagi seseorang individu sehingga memerlukan kelemahan itu diperbaiki.Sebagai contoh, orang yang panas baran perlulah meningkatkan tahap kesabarannya. Orang yang lemah iman perlulah berusaha memperkukuhkan imannya. Seorang pendidik perlulah sentiasa mempertajamkan kemahiran mengajarnya. Seorang atlet perlulah memperbaiki kelemahan fizikalnya.Namun, tidak kesemua kelemahan perlu kita perbaiki, terutamanya yang melibatkan perkara yang di luar bidang yang kita ceburi.Berikut adalah kisah seorang pendakwah yang tidak mahu identity dirinya dikenali berkongsi pengalamannya dalam berinteraksi dengan kelemahan yang dimilikinya.



Jannah (bukan nama sebenar) merupakan seorang yang tidak pandai mengarang atau ‘mengayat’. Namun, Jannah mempunyai banyak idea yang perlu dikongsi bagi manfaat orang ramai.



Daripada Umar bin al-Khattab r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:“Orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain)…”

(Diriwayatkan oleh Imam Ibn Abi ad-Dunya dalam bab: Fi Qada al-Hawaijdan Imam at-Tabarani. Katanya: hadith tersebut hasan.)



Bagi mengatasi kelemahan ini, Jannah cuba bekerjasama dengan dua orang rakannya yang pandai mengayat –



‘Usri (bukan nama sebenar) dan Batin(bukan nama sebenar).Kerjasama Jannah dengan Batin boleh dikatakan berjaya. Penguasaan bahasa Inggeris Batin adalah lebih baik daripada Jannah. Dia juga mempunyai idea-idea yang kreatif yang amat berguna dalam penulisan mereka. Hasil kerjasama Jannah dengan Batin, mereka telah berjaya menghasilkan ‘posters for proper-ganda’ yang merupakan poster-poster sebaran dakwah. Ia kini telah disebarkan di merata tempat termasuk dikampus, sekolah, tempat awam dan di luar negara.Mereka juga sedang mengusahakan penulisan dakwah yang menggunakan pendekatan kreatif. Ia telah mendapat respons yang amat menggalakkan dari kalangan pelatih dakwah dan muallaf di bawah seliaan mereka.



“Adalah seorang mu’min itu dengan mu’min yang lainnya ibarat sebuah bangunan,satu bahagian menguatkan bahagian yang lainnya.”

(Hadis Muttafaqun ‘alayh daripada Abu Musa al-Asy’ari, al-Lu’lu’ walMarjan, 1670)



Kerjasama Jannah dengan ‘Usri pula gagal. ‘Usri mempunyai banyak idea.Namun, dia sibuk dengan pelbagai kerja. Dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada penulisan yang telah dirancang oleh mereka.Atas keperluan yang mendesak, Jannah terpaksa menulis sendiri bahan bagi digunakan sebagai silibus bagi para muallaf. Artikel pertama Jannah bertajuk “Islam itu Mudah”. Jannah mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan artikel tersebut. Jannah tak pandai membuat ayat yang berbunga-bunga. Kesemua ayat Jannah bersifat ‘direct’.Namun, kelemahan ini telah menjadi kekuatan bagi artikel tersebut. Ia dilihat sebagai ringkas dan mudah difahami, sesuai dengan tajuknya.Para muallaf yang kesemuanya bukan berbangsa melayu dapat memahaminya dengan cukup baik. Ia juga telah dijadikan salah satu bahan latihan bagi para pendakwah baru. Malah, ada pendakwah yang pernah bercadangmenjadikan artikel itu sebagai sebuah booklet!Sekarang Jannah mempunyai dua blog yang dikarangnya sendiri – satu blog yang khusus untuk memberikan tips-tips dakwah dan satu lagi khusus untuk mengumpulkan koleksi jawapan Jannah terhadap soalan-soalan non-muslim. Penulisan-penulisan Jannah telah diterima baik oleh pelbagai masyarakat sehinggakan terdapat hasil penulisannya yang telah diciplak oleh bloggers lain.Dalam masa yang sama, Jannah juga sedang menghasilkan penulisan berkaitan dengan pengenalan terhadap Islam bagi kegunaan para muallaf,pendakwah dan sesiapa sahaja yang mahu memantapkan asas Islam mereka.

Berdasarkan kisah Jannah di atas, boleh disimpulkan bahawa dalam menghadapi kelemahan diri, kita boleh lakukan perkara-perkara berikut:Sekiranya perlu, maka hendaklah diperbaiki kelemahan tersebut.Letakkan diri kita di tempat yang sesuai dengan ilmu dan kemahiran atau kecenderungan kita.Bersinergi (synergize) atau bekerjasama dalam suatu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kemahiran. Dengan ini, setiap ahli dapat saling menampung antara satu sama lain.
Tukarkan kelemahan menjadi kekuatan (Transform our weaknesses intostrength)!Janganlah kita jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang patut kita lakukan!

WaLLahu a’alam.

Setiap orang boleh berdakwah!
(Firdaus Rosmaini)

salam ukhwah semua... ana kongsi cerita ni yang ana dapat dari seorang kawan menerusi email... huhuhu betul tu... tengok kelemahan diri.... bukan untuk pastikan kegagalan kita..... tapi untuk BANGKIT!!! membina kekuatan diri

MASYAALLAH....

No comments:

carian anda di blog ini