Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk Agama Allah, Maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan memohon ampun kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha pemerima taubat (110:1-3)
Sunday, April 15, 2012
Tempat yang terbaik dari Allah
Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku...
Sesungguhnya aku redha ya Allah.....
Maka Engkau berikanlah ketenangan di dalam hati ini....
Wednesday, February 1, 2012
Jenuh sudah aku mencoba...
Alhamdulillah
nota bawah sekali : (^__^)
~sangat merindui untuk tidak membiarkan blog ini berhabuk!!! insyaAllah mula warming up mencatat perkongsian yang bermanfaat. Aamiin
Tuesday, June 14, 2011
kembali mengajar...
Monday, June 13, 2011
u'u maya
Alhamdulillah terubat rasa rindu ngan antuna semua bila dapat 'jumpa' setelah sekian lama. Walau masing2 bertebaran di luar sana, tp dekat ngan hati. hahaha rasa macam main telefon rosak pula, bila masing2 baru nak belajar berjinak2 dengan skype. ada yang tak jumpa mic r, ada yang tak leh nak layan call sebab mak ayah ada kat sebelah. ada yang duk sebelah adik sampai adik pun join u'u same. buat ucu, kami dengar apa yang ucu n kak Sabrina borak.. hehehe
Thursday, June 9, 2011
SAYA BOLEH BUAT!
"kita perlu masa untuk diri sendiri?!!!"
09 Jun 2011; 01.09am
Bismillahirahmanirahim.....
Hari ini (pagi ini)... dah masuk hari keempat bengkel praktikal ana di Fakulti Pendidikan,UM. Alhamdulillah gembira rasa hati bertemu dengan kawan-kawan sepengajian. rasa terubat rindui dengan kenangan tika bersama.
Friday, October 29, 2010
Monday, December 21, 2009
Azam tahu baru!!!
1 Muharam detik permulaan….
Penghijrahan nabi dan umat islam
Dari
Teringat ana akan lagu yang ana dan sahabat-sahabat nyanyikan waktu sekolah rendah dulu… HIJRAH… apa hijrah antuna semua sempena tahun baru ini? Adakah buka buku baru untuk azam yang baru? Atau… huhuhu azam yang dulu masih-masih belum terlaksana lagi.. huhuhu
Apa pula azam baru ana ya??? Ya nikmat Allah berikan hati ana untuk mengorak langkah mendaki ke satu lagi anak tangga… Malangnya kelemahan manusia ini mempunyai 2 tarikan.
Tarikan iman :
Adakah usrah memerlukan kita atau kita memerlukan usrah… mana yang betulnya? Untuk mendapat tarikan iman ini, sebagai makhluk yang lemah dan kelaghoan menggodakan, marilah kita bersama-sama dan sentiasa duduk bersama orang-orang yang beriman.
Tarikan yang kedua adalah tarikan syaitan.
Jangan kata ‘aku’ orang yang alim… kerja ‘aku’ hanya beribadat kepada Allah. ‘Aku’ menolak apa yang dibenci oleh Allah… hem…. Layakkah kita berkata sedemikian sedangkan tarikan-tarikan ini telah ditentukan oleh Allah. Kedua-duanya ada dalam diri seorang khalifah……
1 Muharam 1431 bersmaan haru Jumaat. Jatuh pada penghulu segala hari. Subhanallah…..
10.45 pagi : ana, ukhti Salwa, Seri, Siti, dan Hajar melangkah keluar dari rumah. Setelah seminggu kami perkampung di Pantai Permai ini… Dipertanggungjawabkan amanah atas nama projek fakulti kami berkumpul di rumah ukhti maziah ini. Alhamdulillah, ana senang di sini… bersama teman-teman yang suka mengingatkan dan diingati. Akhwah semua keluar bertebaran melangkah pulang ke pangkuan ayah bonda. Awalnya hanya Ukhti Siti dan Hajar yang menuju ke Stesen Putra manakala ana, ukhti Salwa dan Seri melangkah ke Universiti Malaya untuk urusan yang masih tersisa… suasana tahun baru yang hening ditambahkan lagi hujan renyai-renyai, Salwa dan Seri mengubah keputusan untuk terus pulang ke rumah. Jadinya hanya ana seorang yang pergi ke UM…. Hem… doa ana moga tak kira kemana hala tuju kami… moga Allah permudahkan urusan kami pada hari ini. Yang penting ke mana jua kami bertebaran…. Moga niat kami untuk beribadat kerana Allah… InsyaAllah.
11.00 pagi : kaki melangkah untuk mengambil wang di bank yang ana sendiri tak pasti bakinya… Hati berdoa moga cukup untuk sisa-sisa hari yang masih tinggal ini sebelum ana juga pulang melepaskan rasa rindu pada ayah bonda. OUT OF SERVES. Huhuhu
12.15 tengahari : Fizan datang jumpa ana di surau fakulti Sastera. Huhu rindu lama tak jumpa ukhti. Subhanallah takdir Allah, kata fizan sejak dia stay di kolej untuk projek ukhti Fizan tak ada charge fon… asyik pinjam orang aja. Kebetulan ana sentiasa bawa bersama. Sambil tunggu bateri hpnya penuh banyak yang kami bualkan bersama. Kata Fizan, dia teringin nak ikut ana pergi usrah. Bila ana ajak untuk bersama ana ke Wangsa Maju petang ni usrah kabilah, malu katanya… Ya Allah…. Permudahkanlah ukhti fillah ini untuk bersama-sama ana dan akhwat-ahkwat yang lain.
Afwan Fizan ana tak dapat nak tolong sama-sama buatkan
6.00 petang: sekelip mata ana dah tak memiliki hp… huhu entah nape ana tak rasa sedih pun… Cuma yang ana fikirkan ada maklumat penting didalamnya… huhuhu yang ana tak copy di mana-mana pun…. Mana ana nak dapatkan semula…
Seminggu sebelum Maal Hijrah, hati sudah terdetik berazam mahu melangkah satu lagi anak tangga. Dengan kesedaran yang ada dalam diri ini, banyak khilaf dan sisa-sisa jahiliah yang perlu ana tinggalkan. Salah satunya berkaitan alat komunikasi ini. Bertapa lemahnya iman diri ini….
Ya Allah… bertapa Allah nak sucikan hati ini dalam jalan tarbiah ini. Saat ana rindukan tarbiah ini, hati yang lemah ini kuat memujuk untuk ana tidak pergi. Antara rindukan tarbiah ini dan godaan syaitan,
7.45 malam : ukhti Ain (anak usrah shi) dan ukhti Nad jemput ana di stesen Wangsa Maju. Usrah kabilah kali ini di rumah Fisha. MasyaAllah, bertapa sweet ye bila ana tahu yang family dia suka dengan jalan dakwah yang dilakukan oleh permata hati mereka. Apa yang ana tahu dari ukhti shi, tahun lepas waktu usrah kabilah di rumah Fisha, mak, adik dia join usrah sekali. Subhanallah…
Alhamdulillah yang dapat hadir nadia,(UM) Zaimah (Taman Melati), Aminiril, Mashitah (UAI, PJ), Atiqah, Ain (UM) dan ana (kak Nur).
Antara keyword yang ana suka sangat bila kami sharing tentang maksud warak. Warak itu maknanya meninggalkan sesuatu yang bukan mendatangkan keuntungan kepada kita di akhirat kelak.. MasyaAllah bila difikirkan kalau nak relate
Kami taddabur surah Al-Ahzab ayat 36-43
[36]
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
[37]
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
[38]
Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.
[39]
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).
[40]
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[41]
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
[42]
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
[43]
Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
Hem… asbabul nuzul ayat ini…
Atas kecintaan syaidatina Khadijah, beliau menghadiahkan hambanya Zaid kepada Rasulullah. Zaid yang diambil sebagai anak angkat baginda, lalu diberikan namanya iaitu Zaid bin Muhammad. Bertapa ketika itu Rasulullah sangat sayangkan Ziad. Sehingga satu ketika, Allah menurunkan wahyu mengharamkan anak angkat dibinkan dengan bapa angkat. Maka Rasulullah menukar nama Zaid dibinkan kepada bapanya. Afwan ana lupa ayat dan surah apa. Dan ana lupa Zaid dibinkan apa.huhuhu
Zaid berkahwin dengan zainab. Perkahwinan mereka bertahan selama 19 tahun sahaja. Apabila Zaid menceraikan Zainab, Rasulullah pula mahu mengahwini Zainab. Tika itu timbul fitnah mengatakan Rasulullah mengambil isteri Zaid. Maka turunlah ayat ini…. Allah berfirman ( “….., Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.)
Hari ini, riang rasa hati, terubat rasa rindu ingin bertemu orang yang disayangi. setelah 13 hari ana berada di UM ini, ana balik rumah hari ini
Walaupun hanya tinggal beberapa hari aja lagi sisa-sisa cuti semesta, insyaAllah tak sabar rasanya mahu manfaatkan masa bersama ayah bonda tercinta.
Sempena tahun baru ini….. ana mahu kuat mencapai matlamat azam baru!!! Huhu nak tahu kea pa azam ye????
Hehehe
Salam sayang dari kak Nur
Sunday, July 26, 2009
Aku Ingin Mencintai-Mu II
.jpg)
Maha suci Allah....
Segala puji bagi Allah....
Allahu akbar....
Ya Allah sesungguhnya telah kau sampaikan rinduku ini...... bertapa kasihnya DiriMu, Dalam kehinaan diri ini......
6.30 petang (26 Julai 2009)
Habis makan bersama romate2, ana balik bilik call orang tersayang.... rasa kangan sangat hati ini... suara pun dah tak serak2 lagi.. so nanti antivirus apa pun tak dapat detect lau2 ana masih ada lagi simtom2nya.. huhuhu... Rindu mahu mendengar suaranya...... Lambat talian diangkat.... kata Mak, tengah basuh kain...
Cpetang2 ni???? kata Mak lagi... dah 2 hari tak bangun... sakit gigi, demam..... mak................. eks eks eks eks eks eks nape ana hanya mahu rasa sakit sendiri, nape tak ana hubunginya semalam, kemarin pun boleh.... biar rindu kita sama-sama terubat....... :(( bila ana kata ana dah sihat... mak kata, makan ubat, makan sampai habis.... kalau tak elok juga pergi hospital balik. mak asyik risau pasal ana.... mak tak cerita pun tentang diri dia.... mak.......
Tahu.... benda yang ana paling payah buat kalau call mak..... untuk putuskan talian..... sebab waktu tu.... pasti dengar suara mak bergetar..... mak pasti akan menangis........ ana tak tahan nak dengar.... ana rindu mak.....
Mak yang mengandungkan ana 9 bulan...
Mak yang penuh kepayahan melahirkan ana.......
Mak yang berkongsi makan dengan ana......
Mak yang mememani ana tika tubuh ini dirobek mengeluarkan ketumbuhan...
lau ditanya, pasti ana tak ingat peristiwa itu...
pasti ana tak tahu bagaimana sakitnya tubuh yang masih bayi ini dilukai.....
tapi....
Pasti waktu tu.....
Segala rasa itu dipindahkan kepada mak....
Mak pasti rasa sakitnya bila mendengar tangisan ini.....
Mak pasti tak senang tidur bila lena ini terganggu.....
Mak kata zaman dulu....
lau nak teman orang sakit....
tidur kat lantai aja....
Mak.................
Maafkan ana yang banyak berdosa pada mak.......
Ana selalu tipu mak.....
sebab ana tak sanggup tengok mak sedih lagi.....
Ana sayang mak.......
Ya Allah.....
Kau permudahkanlah segala urusan kedua ibu bapaku,
Kau berikanlah nikmat iman kepada mereka,
Kau berikanlah nikmat syurga kepada mereka.....
Amin
Amin
Amin...
sampaikanlah salam rinduku pada kedua ibu bapaku.....
SAWEYAH BINTI ISMAIL 'n' ABDULLAH BIN JANI
.jpg)
Aku ingin mencintai-Mu....
Alhamdulillah, dengan izinNya setelah beberapa hari lebih senang merehatkan diri di dalam bilik sahaja, ana cuba keraskan hati untuk keluar berjalan di bumi Allah. huhuhu afwan ayah bonda.. ana tak maklumkan pun kabaran diri ini pada kalian, sengaja tak mahu merisaukan. tapi.. dalam pada itu... hanya Allah saja yang tahu bertapa ana rindu mak dan ayah. teringat waktu zaman sekolah dahulu.... waktu ana duduk hostel. ana paling suka kalau ada teman-teman yang sakit.. bukan apa, itu normal bagi kami di sana. sebabnya bila nanti, warden kami hantarkan ke hospital.. dapatlah kami pun ikot sama.. hahahhaha mana tak ye, cuba bayangkan... lau hari2 dok terperuk je kat sekolah tu.... Yang pastinya... yang sakit tak akan mahu ke hospital dan rakan-rakannya sibuk memaksanya...
tapi ana pula lain....
bila sakit, ana mahu ayah aja yang hantarkan ana ke hospital. biar ayah yang datang ambil ana kat hostel.... huhuhu.....
Ya Allah.... Engkau tempatkanlah kedua-dua ibu bapaku di kalangan orang-orang yang beriman...
Rasa diri tak terdaya lagi...
Lemahnya sendi2, Jazakumullah teman2 yang sangat mengambil berat. huhu ana sayang romate-romate ana, classmate ana.. ana sayang semua!!!
sampaikan ana tak kuat untuk istiqamah ke jalan Allah... Mana amalan hariannya... YA Allah... sungguh, baru sedikit ana diuji.... Rasa sakit yang sedikit ini.... huhuhuhu..... hati hanya mampu menangis.....
hari ini...
ana tergerak mahu jalan-jalan di KL sentral. (seorang diri)
tika dalam LRT... mata mahu menghayati keindahan alam... (hutan batu d Kuala Lumpur) Aduh!!!! sakitnya mata ini... bila yang dapat dilihat kabus jerebu!!!! Ya Allah....
hati ini mahu menjerit.......
* ana beli cincin kat Kl Sentral... yang tersarung di tangan ana sekarang ni... hehehe saja-saja...
lagu tema bilik kami......
Aku Ingin Mencintai-Mu
Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com
Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Friday, May 22, 2009
Kalaulah kita benar-benar TAHU dan FAHAM……..
Kesibukan tika kuliah membuatkan ana seakan tidak tahu nak buat apa masa cuti ini.. hem kata sahabat ana, kalau dia… pergi ke popular cari buku- buku motivasi. Boleh dijadikan bahan pengisian cuti-cuti ini. Ya Allah.. kekosongan masa buat ana hampir-hampir terlupa…. Banyak aja buku-buku yang ana bawa balik untuk merawat iman di dada ini. Hadiah dari ukhti Intan akan hasil tulisan Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-basha tentang 65 gambaran kehidupan sahabat, 501 persoalan fikah wanita kupasan dari Zawiah Hassan & Rohayati Bakri hadiah istimewa sempena kelahiran ana ke-24 dari ukhti Aisyah, naskah bertajuk Darah Wanita yang baru ana beli itu pun tak terusik lagi… so tak ada istilah boring kan cuti ini… hem… Alhamdulillah, teguran yang Allah bagi.
Hari ini terasa rindu sangat akan akhwat-akhwat usrahmate ana… moga rindu ini melahirkan istiqamah tika kami bersama dulu. Sweetnya ukhwah yang terjalin.. pagi tadi ana terima meseg dari naqibah tersayang…
“salam akhwat yang dikasihi kerana Allah, hari tu kita pernah plan untuk menghafal ayat-ayat cinta dari Allah kan.. (,’’) boleh tak minggu ni sama-sama kita hafal surah al-Humazah… moga ia dapat mengistiqamahkan kita… dan mendekatkan kita pada-Nya… uhibbukum fillah”
Huhuhu… pengisian di mana-mana aja. Dalam YM pun boleh… ziarah blog… meseg-meseg pun boleh.. hem….
Ana nak share sama ngan tetamu blog ni…..
Surah ke-104 ni lebih kepada memberi teguran dari Allah. ..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungkannya, dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apa (neraka) Hutamah itu? (Yaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan, yang membakar sampai ke hati. Sungguh api itu ditutup rapat atas (diri) mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
(al-Humazah ayat 1-9)
Teringat zaman jahil dulu… tika diri lupa tugas sebagai dicipta sebagai khalifah (2:30) dan untuk beribadat (51:56) kepada Allah. Bila mana sepatutnya urusan kita sebagai hamba Allah. Tanpa sedar… kita leka diulik dengan kelalaian.. Istiqamah dengan benda-benda yang lagho. Menjadi hamba kepada program televisyen. Hem… contohnyalah cerita-cerita dari Indonesia yang menguasai rancangan kini. Balik ni baru ana tahu senetron Intan dalam Astro Prima tu tak habis-habis lagi. Zaman dulu-dulu…. Er.. cerita kegilaan ana tu.(zaman jahil dulu-dulu) Apatah lagi permulaannya lagu nyanyian Letto tu… eks eks eks… dah episode 256.. kira-kira 2 tahun dah ana di Universiti Malaya ni… bila agaknya nak habis tu… sungguh tanpa sedar kita menjadi hamba pada sesuatu yang melaghokan… melalaikan… paling sadis bila ia menjadi ikon ikutan… bayangkan menonton cerita tu memakan masa 1 jam… ada dikalangan kita yang khusuk.. begitu menjiwai. Kadang-kadang ada keluarga yang ibu dan ayahnya sampai bergaduh. Si ibu mahu menonton Intan kegemarannya, si bapa pula mahu menyaksikan aksi-aksi wrestling dalam rancangan sukan.. bila si bapa tekad mahu wrestling juga hidangan mata… si ibu mula manarik muka. Hem…. Nauzubillah… Bayangkan juga… untuk solat pula kita hanya perlukan paling lama 15 minit untuk 4 rakaat berjemaah. Bila si imam mendoakan, makmumnya mengaminkan…. Berjemaah… meraikan nikmat yang dikecapi bersama.. memohon pengharapan bersama.
Kalaulah kita benar-benar TAHU dan FAHAM……..
Saturday, April 18, 2009
afwan.....
buat teman-teman...
tanpa sengaja
ana banyak khilafnya....
tanpa sengaja
ana tidak mahu memahami.....
tanpa sengaja
ana menyakiti........
tanpa sengaja
teman...
maafkan jika ana tidak mahu memahami
maafkan jika ana sering menyakiti
maafkan jika ana sering melakukan khilaf dalam persahabatan ini.....
hari ini....
perkara yang sama....
ana lakukan khilaf itu lagi......
bertapa lemah diri ini.....
bertapa hina diri ini........
Ya Allah....
tunjukanlah aku jalan yang lurus
YA Rahman....
tunjuki aku jalan yang benar
dalam mencari keredhaanmu........
Thursday, April 16, 2009
Rindu......
Kenapa rasa rindu ini bertamu…..
Aku rindu…
Rindu akan mu Kekasih Allah….
Rasa sempit hati ini bila mengingatkan kata-kata terakhirmu
Tika itu nafasmu dipenghujungan
”Umatku.... Umatku.... Umatku......”
Subhanallah.......
Dapatkah aku
Hamba yang lemah lagi khilaf ini...
Mendapat syafaatmu nanti....
Atau sesuai dikatakan ”mana mungkin!!”
Duhai Kekasih Allah....
Aku rindu akan kasih sayangmu....
Aku rindu mahu perdengarkan selalu akan kisahmu....
Tika kau bersendirian di gua hira...
Tahu??
Tika aku sedang berduka.. aku juga mahu bersendirian....
Tika solatmu diiringi bunyi geseran batuan yang mengalas perutmu....
Ya Allah.....
Aku rindu akannya.............
Aku rindu bila membacakan kisah sahabatnya yang engkau pernah wasiatkan
”Dia akan menjadi imam besar di syurga kelak...”
Yang mana sebelum itu sahabat Mu’adz sudah beberapa kali pengsan setelah mendapat tanda kehilanganmu..........
Aku rindu.....
Untuk hati ini berulang kali memperdengarkan kesetiaan sahabatmu
Saidina Abu Bakar As-Sidiq
Bisa sahaja membiarkan kakinya dipatuk ular berbisa……
Kerana kasih sayang itu………..
Dingin air matanya menitis menahan bisa kesakitan
Sungguh...
Aku rindu akan Ketabahanmu....
Tika penduduk tariq membaling batu ke arahmu...
Tanda menolak ajakanmu untuk beriman kepada Allah.....
Kewajipan yang kau tunaikan
Rukuk dan sujudmu.....
Disertai takungan darah bekas lukamu..
Ya Allah.....
Aku rindu akan kekuatannya....
Ya Rabbi..............
Hati ini........
Terlalu merinduinya.......
Tiada kekuatan bila mengenangkan....
Khilaf diri ini.............
Mana sunnah mu???
Mana wasiatmu?????
Layakkah aku untuk merinduimu.....
Jika sekecil itu tidak tertunai bagiku......
Duhai kekasih Allah
Ya Rasulullah....
Nabi Muhammad saw........
Bisa aku merinduimu???
Mari memperbanyakkan selawat keatas baginda rasulullah saw.
Mengamalkan sunnahnya......
Tuesday, March 31, 2009
TAKBIR!!!!!
As i was laying in my bed the other nite i started to think, what would happen if i were to die tonite as i lie here?
Would my friends know i cared?
Would they kow that i loved them with all my heart?
Would they know that those nites we sat in the dark just talking...
Have meant so much to me?
Do they know all those time we laughed until we cried...
Were some of the best moments of my life?
Do they really know that i hold a special place for them in my heart?
That i smile whenever i see their picture hanging on my mirror?
Do they really know?
How much longer DO i have?
So i guess tonite is just a good a time as any... .
Because you never know... ..
This MAY be the last time i will ever talk to you
Because we all do not know what tomorrow holds... ...
So... .
If tomorrow, i should never wake up... .
I wanted to say im sorry.
Im so sorry for what i have done... .
And what i havent done.
I could have done more
I should have done more
If i harmed u,
Yelled at u,
Ignored u,
Or didnt care... ..
Im sorry.
Forgive me, please?
If tomorrow I should never wake up
I wanted to say thank u.
If me and u were the best of friends,
Thank u for always being here.
There were times when i thought i could never leave u
And if we HAVE parted... .
Thank u for teaching me to love and let go.
Thank u for teaching me that it doesnt matter
If we never see each other.
Because u thought me love can move past that.
And if we are still best friends...
Know i treasure that too.
I love u.
If me and u only talked once in a while
And didnt go to the same parties
And were not good friends:
Thank u for not humbling me
Or tearing me down.
I only wish i had taken the chance to love u more.
If u were someone i once had a crush on... .
I always did admire how u treated people... .
How u lived ur life.
I watched the way u walked down the halls everyday.
I admired how u always seemed to know the RIGHT thing to say,
Even if it was never directed to me.
I always saw the sun in ur smile.
And the sea through ur eyes.
Thank u for making me believe... .
That there MIGHT be someone PERFECT for me... ...
Even if it isnt u
Know that i even thought i loved u.
If u and i were once friends... ..
Even if for a little bit... ..
Thank u for teaching me about understanding,
And growing up,
Teaching me how to move on.
Thank u for the times we had together... ..
And i beg u forgive me for whatever happened
That tore us apart.
U are not perfect,
Im not either.
But thank u for having a part in my life.
If tomorrow,
I should never wake up,
I wanted to say everything i never had time to.
mengingati mati itu perlu..... hem.. akhir-akhir ni macam-macam yang berlaku.. penat dah nak fikirkannya... tapi apa ya yang ana fikirkan... jika dicongak... apa+tindakan= kesannya tak apa apa-apa.!!!! NOTHING!!!!
post atas ni ana amik dari seorang sahabat... pohon ana menggunakan ia....
entahlah......
apa tak tahu...........
ana penat...............................
tak!!!!
tak boleh macam ni..... ana perlu kuat!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!
Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami sudah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?
(Al-Ankabut 29:2)
Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar
(Yunus 10: 67)
Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah
(Al-Mulk 67: 4)
Monday, March 16, 2009
Maafkanlah segala khilaf.....
Tika tangisan bayi kedengaran… senyuman terpalit. Rasa girang bila ahli keluarga bertambah lagi. Si abang dan kakak melonjak riang. ”wah kita dapat adik baru!!!” kata mereka. Dalam kendongan pertama , si bapa mengqamatkan rapat di telinga... Subhanallah....
Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah kerana Allah swt.
Ibu....
Sakitmu tidak terkira,
Namun kau bisa saja tersenyum girang,
Sambil berkata.....
Ayahnya... inilah bukti kasih sayang kita...
Sungguh!!!
Dalam sesaat aku melihat dunia..
Kau hadiahkan kasih sayang dari ibu dan ayah.
Seminit cuma......
Habis seluruh perosok dunia mahu kalian kongsikan kegembiraan ini...
Abang dan kakak pula
”JANGAN USIK ADIK KITA” itu kata mereka
Fikirnya, ada orang mahu mengambil... Ah kalian tidak ada hak!!!
”ITU ADIK KITA!!!”
Kata arwah atuk Ismail, taruklah nama anak ini Siti Hajar, seperti nama ibu kepada Nabi Ismail as.
Kata pakngah Mad Diah pula... nama Azizah macam nama adiknya.....
Tapi ayah dah planing awal-awal. Mungkin waktu sedang bertugas di dalam hutan lagi, nama itu sudah terpalit diingatannya. Hem... lantas sewaktu mendaftar... tercatat NOOR AZLIZA BINTI ABDULLAH.
Sampai la ni semua dalam family panggil Ija. Huhuhu boleh kena ngan 3-3 nama tu r kiranya... betul tak???
17 Mac 1992
Bila masuk darjah 1, mak dan ayah sibuk carikan baju sekolah. Sebelum ni ana banyak pakai baju lama-lama abang atau kakak, so maknanya bila dapat baju baru mestilah rasa seronok kan? Tapi perasaan waktu tu.... cam tak best jer... selama ni semua sama cam abang ngan kakak... bila sama-sama g sekolah... semua pakai baju kurung... nape mak pakaikan ana baju skirt???? Nampak lain dari semua. 1 hari bila balik jer sekolah, ana minta kat emak... ” mak nak pakai tudung....” mak senyum, ”lau nak pakai tudung, nanti tak boleh buka-buka dah... ” bagi ana tak per r... kan sama cam alang..
Rasanya minggu tu juga ayah belikan baju kurung sekolah ngan tudung. Hem... ana ingat lagi zaman tu... ayah pergi kerja naik basikal buruk... kami semua 5 beradik bawa duit belanja 50sen sehari.. syaratnya duit tu mesti ada simpanan dalam tabung tiap-tiap hari... best ye bila tiap-tiap pagi nak pergi sekolah, mak bagi duit... sebab.....
Sementara tunggu trak askar, ana boleh beli roti jala harganya 30 sen 1. paling best kadang-kadang dapat ayam dalam kuah kari tu... hehehehe sampai sekarang ana masih minat makan roti jala..
Kadang-kadang angah (Norul Azian) beli guna duitnya. Dalam keluarga angah selalu kena denda. Waktu tu angah tingkatan 4. bila lambat jer balik rumah... ayah kunci pintu. Selalu angah tidur luar... angah kata ayah garang! Ana tahu, angah memang baik... baik sangat... sebab angah selalu jaga ana... lau petang-petang ana mandi kejap jer mesti angah marah... tak bersih katanya.. eks angah ni, orang nak main kat bawah ni..... tiap hujung minggu angah akan jadi ketua bawa kami mandi pantai.. hehehehe ana lagi suka pergi pantai bila ibu Ila ada.... Ibu Ila tu ibu angkat ana, ayah Said sama-sama askar ngah ayah... lau ibu ada... mesti semua ada.. mak, ayah, dan semua family angkat ana ada... lau main bola air, ana yang paling kecik sekali. Hem.. waktu tu... mana sempat nak take care lagi... selalu ana tenggelam bila semua nak rebut bola kat ana... huhuhuhu banyak minum air masin....
Tapi apa yang ana nak kata kat sini.... ayah tak pernah garang ngan ana. Bila petang ayah balik keje... ayah akan main-main ngan ana... selalunya akah akan panggil ana untuk ukur ana ni dah tinggi mana... hehehehe ayah tipu! Ayah duduk, sedangkan ana berdiri... bila ayah kata ana dah besar... ana boleh tolong ambilkan air untuk ayah bila ayah penat pulang kerja.....
Penah waktu tadika dulu... bila dengar ayah balik... ana ambilkan air untuk ayah. Tapi ayah tak nak minum.. ayah bagi ana minum jer... huhuhu sekarang baru ana tahu... hari tu bulan Ramadhan...
17 Mac 1993
Ayah kata nak pencen. Ana tak faham apa, yang ana tahu kita akan pindah!!! Ye.. ye... dapat rumah baru!! Ngan kawan-kawan semua ana hebahkan yang kami akan pindah rumah baru... ana suka sangat... bila semua orang sibuk mengemas... ana riang bermain... pergi rumah kawan... tapi tah nape, semua kawan tak gembira macam ana... best pe pindah rumah baru......
Rumah Baru
Ana sunyi sangat, tak ada kawan.... tak ada mainan.....
1 hari, ana minta ayah belikan basikal. Sebab kat sini semua kanak-kanak lain ada basikal.ana tak dapat main ngan diaorang sebab tak ada basikal... hati ni riang sangat bila ayah kata kalau ana dapat tak kiralah no 1 ke, 2 ke, 3 ke... dalam kelas, ayah akan hadiahkan basikal untuk ana!!! Yahoo... waktu tu ayah dah pakai motor honda lampu bulat tu... bila mak ngan ayah keluan, ana lah yang selalu dapat ikut sama. Duduk kat bakul motor tu... best!!!
Bila tak ada kawan.. ana kumpulkan kucing... boleh bagi makan... main –main.. penah ana buatkan buaian tuk anak kucing ana tu, mak tak kata apa... kadang-kadang ana bosan sangat.. banyak kali ana suruh mak pergi hospital, boleh ambil adik kat hospital.. bawa balik!!!. Ana ingat boleh.... mak hanya senyum jer.....
Kat sekolah ana dapat no. 2. ana tuntut basikal yang ayah janjikan....
Sedih!!! Sila ayah bagi alasan tu ujian bulanan... ayah nak tengok markah peperiksaan! Geram juga!!!!
Ana selalu pinjam basikal kawan, banyak kali. Penah sekali ana jatuh basikal. Langgar pokok... habis luka-luka tapi ana tak bagitau mak ayah...... sakit!!! Lagi sakit sebab nak cover.
17 MAC 1994
Balik dari sekolah ana terus masuk bilik! Nape tak ada apa-apa!!! Sebelum ni ana selalu dengar cerita kawan-kawan... ada yang dapat apa yang mereka mahu untuk ’hari itu’. Ada yang mak ayah bawa kek ke sekolah.... tapi ana tak pernah pun untuk merasainya... marah! Sedih! Bila ayah balik tengahari... mak cerita...
Ayah masuk bilik tanya kenapa anak ayah ni marah jer... bergaduh kat sekolah ke? Atau cikgu marah?? Hem... tahu apa ana kata... ana marah ayah sebab tak belikan KEK untuk ana!!! Ayah pun pelik sebab selama ni ana tak pernah minta seperti itu... namun ayah senyum pada ana... Ayah ajak ana makan sama ayah. Ana tetap tak nak makan! Hari tu... tengahari tu.. balik kerja... ayah tak terus makan.... ana dengar enjin motor ayah... ayah keluar.... 1 jam lepas tu ayah balik, ayah panggil ana keluar... ayah ajak ana makan sama. Di atas meja ada kek.......
17 Mac 2009
UNIVERSITI MALAYA, Tahun ke-2
Hari ni ana sendirian tanpa keluarga.... dah lama tidak dapat zahirkan kerinduan ini... Jumaat lepas ana dengar pengisian di Musolah oleh Tuan Faizal, ”berapa kali kamu semua ni telefon mak ayah kamu di kampung?” dalam hati ana kata minggu lepas ana dah telefon mak.... sebab waktu tu rindu yang teramat sangat pada mereka. Tapi apa yang tersentuh dalam hati ini bila Tuan Faizal kata ”kalau kamu seminggu sekali je call mak ayah kamu, baik handphone yang canggih-manggih tu campak je dalam sungai!”
Subhanallah... teguran itu........
Ana hanya mahu rindu ini terbalas...
tapi ana lupa....
mak...
ayah....
rindu mereka....
sunyinya mereka tanpa ana....
bisa ana lupa???
Satu hari,
Cuti sem yang lepas... mak tanya ana nak bela kucing tak? Lau nak jom kita pergi ambil kat rumah nek Niah. Rumah dia banyak kucing... dalam hati ana kata... lau ambil pun nanti bila ana dah balik UM, mak yang kena jaga....
2004,
Untuk persediaan STPM ni ana nak stay kat hostel... uish.. tak boleh belajar... bila balik sekolah, petang kena siram pokok mangga ayah yang baru taman. Bukan sebatang dua... separuh kawasan bekas tanaman padi tu.... huhuhuhuhu... ambil air kat parit yang ayah buat kat setiap batas guna baldi...
Mak pula selalu sakit sejak operate buang ketumbuhan kat belakang mak.... hem... banyak kali juga ana ponteng sekolah... bila ayah tanya... ana kata form 6, blajar tak sama ngan budak-budak sekolah yang lain... hari ni cuti.... sampai satu hari... ana kena panggil dengan penyelaras... ana bagi alasan mak ana sakit...
Mak.. Ayah.... afwan... afwan... afwan....
Anakmu ini banyak berdosa pada kalian…..
Sekarang baru ana tahu...
kenapa ana dah biasa pakai baju lebihan kakak, abang....
kenapa ayah tekankan duit belanja sekolah mesti ada simpanan dalam tabungan....
kenapa sampai sekarang ana masih tak dapat basikal yang ayah janjikan....
kenapa...
kenapa....
kenapa....
ayah selalu bagi alasan denga kasih sayangnya..... sebab ana faham sekarang bila waktu tu ayah ana tak ada duit untuk semua tu... tapi ayah ada beribu kasih sayang.....
ayah...
afwan.....
ana tiflu Abdullah......
mahu jadi antara zuriatmu....
mujahidah.......
emak....
afwan........
ana faham.....
kenapa emak mahu ana bela kucing....
nanti bila ana balik UM....
emak ada teman.....
sebab ana suka sangat kucing.....
bila emak rindu ana.....
emak boleh belai kucing...
emak...
afwan........
ana lupa........
emak tak pernah lupa rindu dan sayang emak pada ana......
bila ana duduk kat hostel....
ayah selalu datang kirimkan kuih yang emak buat...
kadang-kadang lauk yang panas-panas...
mak....
afwan.....
ana khilaf.....
mak...
ayah......
nantikan kepulangan ana............
Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosa ke dua ibu bapaku
Dan jauhkanlah mereka dari azab api meraka..












