Saturday, November 7, 2009

LAMAN NURANI

Wahai Teman…

Aku tidak pernah meninggalkan dirimu di saat teman-temanmu jauh bermalakut senda. Aku sering mendengar rintihan keluhanmu mengenai tanggungjawab yang dipikul amat membosankan. Mengenai majikanmu yang tiada hati perut. Mengenai pasanganmu yang curang. Mengenai anakmu yang degil. Mengenai ibu bapamu yang butuhkan wang. Mengenai politik yang dahagakan kuasa. Mengenai itu dan ini yang menekan pundak kesetianmu kepada setiap janji-Nya.

Wahai Teman…

Aku teramat mengerti keadaan yang mencengkam hatimu itu. Perasaanmu itu teruk sekali. Seolah-olah masalahmu itu paling sial di dunia. Kata-katamu berbaur penuh emosi. Tindak tanduk pula sentiasa meleset. Tetapi teman, kenapa? Kenapa kau harus mengadaikan Iman dan maruahmu dimamah rakus oleh perasaan cerca sendu itu. Engkau harus tabah, harus bangkit, harus melangkah kehadapan semula.

Wahai Teman…

Aku ada sedikit bingkisan buatmu. Moga menjadi madu dalam racun hatimu. Moga membantu kamu menyuluh jalan mencari denai yang diimpikan. Minggu lepas aku ke Al Azhar atas urusan pengajian, aku bertemu seorang teman (arab) baru. Beliau baru sahaja kehilangan seorang anak sulung lelaki kesayangannya yang berusia 8 tahun kerana komplikasi penyakit rapuh tulang.

Beliau tidak pernah merungut, dan jauh sekali menyalahkan takdir. Beliau tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagaimana harus aku katakan Ya. Aku dapat merasakan raut wajahnya yang tenang tanpa perlu beliau mengukap kata-kata.

Wahai Teman…

Aku merasai kesedihan mendalam yang harus ditelan. Kerinduan yang tiada berpenghujung. Keredhaan di atas apa yang ditakdirkan. Apa yang dialami oleh teman baruku itu jauh berbeza dengan apa yang dialami olehmu wahai teman. Kau merungut dan mendengus tetapi kau masih mempunyai hari esok bersama isterimu, anak-anakmu, dan ibu bapamu. Masih ada peluang untuk meluruskan yang tersasar. Masih ada peluang untuk mengambil keputusan dan bertindak wajar.

Wahai Teman…

Namun beliau sudah tidak mempunyai itu lagi. Mengecapi nikmat kasih sayang bersama anaknya itu. Seharusnya dia begitu marah di atas apa yang terjadi, namun tidak sekali-kali. Kerana beliau sedar, masih waras kerana Tuhan sudah mentakdirkan perkara itu berlaku dalam hidupnya.

Wahai Teman…

Kehilangan seseorang yang dikasihi teramat sukar untuk dibayangkan walaupun mulut betah bisa menyatakan:

“Sudah takdir Ilahi”

Namun hakikatnya tidak mungkin kau fahami dan mengerti sebenar-benarnya. Manusia itu tiada yang sama.

Wahai Teman…

Arwah Mustafa bertuah mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi dan memberi sepenuh sokongan untuk apa sahaja yang terbaik baginya. Walaupun sudah tersurat dari sudut fizikal tumbesarannya terhalang, namun tiada siapa dapat menghalang jiwanya dari terus membesar dan menyinar dengan penuh harapan kudus.

Wahai Teman…

Aku sedar, aku tidak berkesempatan bertemu dan berbicara dengan anak pintar dan ceria ini. Cahaya dari semangatnya tentu sekali dapat menyuluh kegelapan hidupmu wahai teman. Aku mengenali arwah Mustafa selepas dia meninggalkan kami. Tetapi auranya kuat, seolah-olah anak pintar ini berada di sisi bersama semangat kental.

Wahai Teman…

Aku mempunyai jalan ceritaku sendiri. Luahan aku telah ditolak untuk mengecapi nikmat kasih dan sayang seperti pasangan suami isteri. Aku tidak pernah menyisihkan takdir, kerana si dia sudah ditakdirkan. Aku telah menghabiskan masa hampir setengah tahun untuk menilai, dan mengadu di perdu hamparan sejadah memohon petunjuk-Nya. Di saat aku merasakan si dia adalah takdirku, cepat-cepat Tuhan menarik bala itu di sisiku. Aku bersyukur kepada-Nya...

Mampukah kita wahai teman, apabila sudah kembali kepada Dzat Maha Esa pada suratan Ilahi, diingati mereka yang hidupnya telah kita tersentuh dengan perasaan seperti ini?

Katakanlah kepada hati nurani murnimu:

Masih ada takdir itu…


*mahu ana kongsikan coretan ini dari blog seorang teman kerana ia amat terkesan dalam hati ini....

Wednesday, September 9, 2009

UMAT PERTENGAHAN


Ana tak sabar nak p interaksi Kelab Islam Hadhari 'n' Balai islam ni...... tuan pengarah.... cepat2 planing tu..... Jom sama2 kita mengintai Mardhotillah....
^Ya Allah.. rindunya hati ini...^
(47:7)

Saf-saf hadapan!!!!!


Rindunyeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 8, 2009

Qiamulai Perdana (SuTeRa09)

Assalamualaikum wbt....
salam Ramadhan bulan yang penuh barakah lagi dirindui.....

Jemputan ke Taman 'Mardhotillah'

Tiket : Percuma (anda hanya perlu bawa hati yang ikhlas)
Tempat : Rumah Allah, Balai Islam KK4
TArikh : 10 - 11 september 2009
Masa : 11.30 malam - 6.30 pagi (11 sep)

* makanan untuk sahur disediakan. sesiapa yang ingin bersedekah juga digalakkan. Semua dijemput hadir beramai-ramai

Tentatif majlis

11.30 mlm : berkumpul di Balai Islam KK4
12.00 c pg : zikir munajat - cerita kisah para wali dan anbiya'
01.00 pg : Tidur berjemaah
03.30 pg : ops kejut!!!
04.00 pg : Qiamulai
05.00 pg : sahur berjemaah
05.50 pg : solat subuh dan bacaan al-Mathurat - tazkirah subuh


mari kawan-kawan kita pakat p ramai-ramai.....
nak dapat ganjaran pahala.... percuma aja.... :)

Ramadhan dihayati Barakah dihajati..... Allahuakbar!!!!!

Monday, August 31, 2009

Iftar Ramadhan (SuTeRa 'n' Balai Islam)




Alhamdulillah syukur kehadirat Ilahi dapat juga kami berkumpul bersama dalam merasai manisnya nikmat ramadhan ini... awalnya ana takut juga.... huhuhu waktu2 cuti gini ramai t yang balik... tak ramai... ye r tanggal 31 Ogos ni.... hem... walau apa pun ana nak kongsi gambar2 ni buat semua.....


yang ni antara anak buat ana dalam SuTeRa (unit Pengisian)



hihihi bestnyer solat berjemaah bersama kat sini... tika orang lain ngah menjamu selera berbuka di belakang tu... kita sama2 mengintai mardhotillah...
subhanallah....


gambar tak berapa clear..... afwan!!!



masa untuk yum.. yum.. yum.. dengan lafaz "bismillah"










Sunday, July 26, 2009

Aku Ingin Mencintai-Mu II



Maha suci Allah....
Segala puji bagi Allah....

Allahu akbar....


Ya Allah sesungguhnya telah kau sampaikan rinduku ini...... bertapa kasihnya DiriMu, Dalam kehinaan diri ini......

6.30 petang (26 Julai 2009)
Habis makan bersama romate2, ana balik bilik call orang tersayang.... rasa kangan sangat hati ini... suara pun dah tak serak2 lagi.. so nanti antivirus apa pun tak dapat detect lau2 ana masih ada lagi simtom2nya.. huhuhu... Rindu mahu mendengar suaranya...... Lambat talian diangkat.... kata Mak, tengah basuh kain...

Cpetang2 ni???? kata Mak lagi... dah 2 hari tak bangun... sakit gigi, demam..... mak................. eks eks eks eks eks eks nape ana hanya mahu rasa sakit sendiri, nape tak ana hubunginya semalam, kemarin pun bole
h.... biar rindu kita sama-sama terubat....... :(( bila ana kata ana dah sihat... mak kata, makan ubat, makan sampai habis.... kalau tak elok juga pergi hospital balik. mak asyik risau pasal ana.... mak tak cerita pun tentang diri dia.... mak.......

Tahu....
benda yang ana paling payah buat kalau call mak..... untuk putuskan talian..... sebab waktu tu.... pasti dengar suara mak bergetar..... mak pasti akan menangis........ ana tak tahan nak dengar.... ana rindu mak.....


Mak yang mengandungkan ana 9 bulan...
Mak yang penuh kepayahan melahirkan ana.......

Mak yang berkongsi makan dengan ana......

Mak yang mememani ana tika tubuh ini dirobek mengeluarkan ketumbuhan...

lau ditanya, pasti ana tak ingat peristiwa itu...
pasti ana tak tahu bagaimana sakitnya tubuh yang masih bayi ini dilukai.....

tapi....

Pasti waktu tu.....

Segala rasa itu dipindahkan kepada mak....

Mak pasti rasa sakitnya bila mendengar tangisan ini.....
Mak pa
sti tak senang tidur bila lena ini terganggu.....
Mak kata zaman dulu....
lau nak teman orang sakit....
tidur kat lantai aja....


Mak.................
Maafkan ana yang banyak berdosa pada mak.......

Ana selalu tipu mak.....

sebab ana tak sanggup tengok mak sedih lagi.....

Ana sayang mak.......


Ya Allah.....

Kau permudahkanlah segala urusan kedua ibu bapaku,

Kau berikanlah nikmat iman kepada mereka,
Kau berikanlah nikmat syurga kepada mereka.....
Amin
Amin
Amin...

Duhai angin.....
sampaikanlah salam rinduku pada kedua ibu bapaku.....
SAWEYAH BINTI ISMAIL 'n' ABDULLAH BIN JANI



Aku ingin mencintai-Mu....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Alhamdulillah, dengan izinNya setelah beberapa hari lebih senang merehatkan diri di dalam bilik sahaja, ana cuba keraskan hati untuk keluar berjalan di bumi Allah. huhuhu afwan ayah bonda.. ana tak maklumkan pun kabaran diri ini pada kalian, sengaja tak mahu merisaukan. tapi.. dalam pada itu... hanya Allah saja yang tahu bertapa ana rindu mak dan ayah. teringat waktu zaman sekolah dahulu.... waktu ana duduk hostel. ana paling suka kalau ada teman-teman yang sakit.. bukan apa, itu normal bagi kami di sana. sebabnya bila nanti, warden kami hantarkan ke hospital.. dapatlah kami pun ikot sama.. hahahhaha mana tak ye, cuba bayangkan... lau hari2 dok terperuk je kat sekolah tu.... Yang pastinya... yang sakit tak akan mahu ke hospital dan rakan-rakannya sibuk memaksanya...

tapi ana pula lain....
bila sakit, ana mahu ayah aja yang hantarkan ana ke hospital. biar ayah yang datang ambil ana kat hostel.... huhuhu.....

Ya Allah.... Engkau tempatkanlah kedua-dua ibu bapaku di kalangan orang-orang yang beriman...

Rasa diri tak terdaya lagi...
Lemahnya sendi2, Jazakumullah teman2 yang sangat mengambil berat. huhu ana sayang romate-romate ana, classmate ana.. ana sayang semua!!!
sampaikan ana tak kuat untuk istiqamah ke jalan Allah... Mana amalan hariannya... YA Allah... sungguh, baru sedikit ana diuji.... Rasa sakit yang sedikit ini.... huhuhuhu..... hati hanya mampu menangis.....

hari ini...

ana tergerak mahu jalan-jalan di KL sentral. (seorang diri)
tika dalam LRT... mata mahu menghayati keindahan alam... (hutan batu d Kuala Lumpur) Aduh!!!! sakitnya mata ini... bila yang dapat dilihat kabus jerebu!!!! Ya Allah....

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi." Mereka berkata, Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)


hati ini mahu menjerit.......


* ana beli cincin kat Kl Sentral... yang tersarung di tangan ana sekarang ni... hehehe saja-saja...



lagu tema bilik kami......

Aku Ingin Mencintai-Mu

Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi