Mencipta suasana
hujung minggu bersama keluarga. Akhirnya ana menetap di kampung halaman yang
indah permai ini. Duduk menyewa di awal-awal posting aja hari tu… around 2
bulan, itu pun on off he.. tak banyak pun yang on… selalu aja meninggalkan roommate
yang baru nak berkenalan.. keadaan mak yang keluar masuk hospital…
Eh bukan nak
cerita pasal yang kat atas tu… nak cerita apa yang berlaku hari ini…
Alhamdulillah
dapat luangkan masa bersama keluarga ke walimah anak kawan ayah… alang-alang
keluar, (iya la kalau keluar pun.. sebab appointment mak gi hospital je la kami
adik beradik bergilir-gilir bawa mak) serius ana tak kisah pun ambil cuti
semata-mata nak buat benda tu!. Hari-hari biasa dah memang la ana yang tunggang
si Umar tu (hihi baru beberapa minit bagi nama ni untuk kereta merah ayah)
Ayah yang drive.
Umar kuat dan gagah perkasa. (hihi) nak jadikan cerita…. Petang tadi kami
terlibat dalam satu kemalangan,
Allahuakbar!!!
Si Biru langgar
belakang Umar sampai pecah cermin lampu dan kemek body. Huhuhu tapi tu la al-kisahnya si Biru terus je
selamba potong dan jalan. Aik? Macam tak ada apa-apa? Pelik kejap? Ini ke yang
di namakan langgar lari??? Kat tepi taman rekreasi pula tu? Bukan hari malam @
jalan sunyi kot? Pelik je Si Biru ni…. So ayah berhentikan kereta nak check
luka Umar, Alhamdulillah tak ada la teruk mana berbanding kereta yang langgar
tu? (jelas nampak teruk kemek depan keretanya)
Kiranya ini
pengalaman ke-2 ana excident.. huhu (in
control) catit no plat si Biru, buat
report… Alhamdulillah selesai dah semua.
Nota ibu kaki:
-Selalu je yang
buat kemalangan ni orang perempuan, so kena la sangat hati-hati ya
-Dah langgar tu,
jangan terus jalan je… salah ke tak salah berhenti dulu.. berbincang
-Kalau berlaku
excident ingat no plat, jenis kereta dan warna…
-Jangan panic..
istifar banyak-banyak
-Serius ni terus
pergi buat report (sekurang-kurangnya 3 hari)
-Jangan ikut
terlalu dekat dengan kereta depan. (JAGA JARAK ANDA) biasanya kita selalu dekat
tu sebab nak potong kereta kan… huhu janganlah amalkan ye…
-Jangan gaduh-gaduh
ya. (tu yang ana fikir si Biru yang lari tu agaknya takut kut)
-[2:156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
No comments:
Post a Comment