melewati blog ini...

Thursday, April 19, 2012

Islam yang ok, Islam yang tak ok???

End of today…
Esok adalah permulaan hari yang baru.
…………………….
Tersentap! Pengalaman hari ini,
Kata-kata seorang kakak semasa berbual sambil menikmati minum petang tadi sangat meruntun jiwa. Bercerita tentang isu pendidikan kini. Katanya…. Islam ni ada yang kita boleh ikut, ada yang tak. Ada yang bagus ada yang tak. Contohnya tengok kanak-kanak kat sekolah kita lah sendiri,beza budak-budak melayu dan orang cina dari segi kebersihan. Kalau budak-budak cina bila dia Nampak sampah mesti dia pungut. Kalau belajar pula mereka lebih bagus dan bersungguh-sungguh belajar. Itulah yang ada bagus n tak bagusnya islam tu.”

Astarfirullah al-azim… rasa sangat sedih mendengar kata-katanya…
(teringat lagu bangau oh bangau)

Islam separuh-separuh???

Duhai pada duat! Nikmat hidayah, iman dan islam ini tidak datang gratis. Ia datang bersama amanah dan tanggungjawab yang besar.

(18) Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

(19) Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

17:18-19

nota kaki: terkesan ngan ayat Yanna, kalau bukan kita suapa lagi!

No comments:

carian anda di blog ini