melewati blog ini...

Tuesday, January 13, 2009

observation untuk assignment Multimedia Pengajaran

13 Januari 2009
Hari ini ana dan sahabat-sahabat pergi membuat observation di pusat komuniti di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya. Alhamdulillah semua classmate seramai 12 orang dapat meluangkan masa untuk berada di sana. Di tambah seorang rakan minor Pendidikan Khas kami, Siti Fatihah Binti Harun. Kesian 1 kumpulan yang sesat perjalanannya (Tehah, Welynn, Maziah dan Fadz), di tambah kena marah dengan pemandu teksi sekali.tak per, dugaan tu sahabat-sahabat.



(90:27-28)
Wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Perjalan kali ini Alhamdulillah dipermudahkan. Berada disana buat rasa keinsafan dalam diri ini. Apabila diberi dugaan sedikit sudah mengeluh. Sedangkan ujian buat kanak-kanak istimewa ini lebih berat lagi. ujian untuk ibu dan ayah mereka.


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan salat. Sungguh! Allah beserta orang-orang yang sabar.
(2: 152)
6 orang murid diberikan kepada kami oleh cikgu Hasmah. cikgu yang baik sekali. Tak sorang pun yang ambil Natasha (4 tahun) sebagai sasaran mereka.

Hem... ana pun terpikul juga sebab mak dia pun ada bersama. Pn. Rafiza (lecture kami) mahukan sasaran yang mempunyai masalah kurang upaya namun boleh memberi tindak balas kepada rangsangan. Natasha dilahirkan tidak cukup bulan iaitu waktu kandungan berusia 6 bulan. Antara keistimewaan yang dimiliki adalah comel amat dengan kulit putih kemerahan, rambut keperangan. Ia dipanggil ’CP’ ana lupa akronim dari apa. Afwan.. Subhanallah, adik Natasha memang comel, tak terbanding anak patung yang dibuat oleh manusia. 2 hari selepas kelahiran adik comel ini disahkan menghadapi pendarahan otak.
Hati seorang ibu.. senyumannya menyimpan seribu rahsia. Harapan ibu moga anaknya dapat menguruskan diri sendiri sudah cukup, "tapi akak mukjizat Allah to tak der sapa boleh menafikannya".

ana teringat kisah Ustaz Yazid dalam tazkirahnya satu tika dahulu (afwan ana lupa sumbernya) kalau ana salah tolong perbetulkan. Di kisahkan pada zaman Rasulullah dahulu ada sekumpulan penjahat berkuda dalam perjalan mahu mencuri barang dagangan. kumpulan tersebut sepakat berehat sehari di sekeluarga yang miskin. empunya rumah amat berbesar hati menerima kehadiran mereka apabila diberitahu mereka adalah antara angkatan tentera yang berjuang untuk islam. si ketua penyamun ini hairan melihat keadaan anak tunggal suami isteri ini lalu ditanyanya. maka jawap si bapa zuriat pemberian Allah ini dilahirkan tanpa mampu berupaya menguruskan diri selain terbaring menerima kasih sayang ibu dan bapa yang tak jemu meredhai ketentuan Ilahi. Atas rasa percaya kepada mukjiziat Allah swt si bapa meminta pejuang islam itu menyimpan air tadahan wudhuk. Apabila kumpulan penyamun itu pulang membawa harta curi yang banyak, mereka singgah ke rumah hamba ini tadi untuk diberi sedikit harta sebagai tanda terima kasih. Takdir Allah, terkejut semuanya apabila anak kecil yang sebelum ini tidak mampu bergerak sedikit pun telah mampu melompat bermain. maka bertanyalah ketua penyamun tersebut. Indahnya, gerombolan tersebut terus bertaubat apabila diberitahu oleh si bapa, "ini semua atas mukjizat dari jihad mereka. sisa wudhuk yang dikumpulkan itu dimandikan anaknya, dengan takdir Allah anak pasangan tersebut sihat seperti kanak-kanak normal yang lain. Subhanallah.

Terima kasih kepada encik Azman (bapa Natasha) yang menghantar kami sampai ke UM. Tanpa bayaran pula. encik Azman mencari rezeki sebagai pemandu teksi. Itulah peribadi muslim.. dalam hati ana mahu kembali ke sana lagi.

Dalam observation itu ana dan sha memilih Ejam untuk bersama kami. Tak duduk diam dia. Habis semua tempat dijelajahinya. Seronok bila Ejam boleh berinteraksi bersama kami. Adik Ejam berusia 5 tahun, mengalami Sindrom Down ketegori ke-3. kembali ke UM ana dan Sha buat discussion kali ke3. Kami telah bersetuju untuk tetap memilih plan pertama kami iaitu untuk memilih anak buah ana yang dilahirkan sebagai kanak-kanak istimewa (bisu dan pekak)assignment ana untuk sem ini membina courseware pembelajaran untuk kanak-kanak istimewa. InsyaAllah, ana akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka.

Hem... kepadaMu Ya Rahim ana memohon keberkatan dalam mencari mardhotillah.

No comments:

carian anda di blog ini