melewati blog ini...

Wednesday, January 14, 2009

Syukur

28 Desember 2008
Bismillahiramanirahim…..

Assalamualaikum buat sahabat sekalian. Hari ini first day sem baru ni.. tak blajar apa pun tadi, kawan2 pun ramai tak kembali menyambung perjuangan di sini. Ana doakan moga mereka semua selamat kembali. Rindu rasanya untuk menimba ilmu bersama rakan-rakan.
Hari ini pengisian di musollah di kendalikan oleh ustaz Junaidi. pengisian pertama untuk sem ini.

Ana memang tak sabar nak balik UM ni. Rindu dengan suasananya. Pengisian rohani.. Subhanallah.. Banyak ilmu yang d kongsi bersama. Sebagai mukadimah ustaz Junaidi bercerita tentang nikmat hujan. Kebetulan hujan di luar mengiringi doa selepas solat magrib kami....
Air hujan yang turun pada malam jumaat ditadah dan dibacakan 30juzuk al-quran boleh dibuat sebagai penawar. Insyaallah. Nikmat yang Allah berikan kepada kita, dikurniakan dua penawar ke dunia iaitu al-Quran dan madu...

Antara lain mukadimahnya adalah key word ’SYUKUR’
(2:152)
maka ingatlah pada-Ku. Aku pun akan ingat padamu. Bersyukurlah pada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku
Sebagai hamba kita dicipta untuk bersyukur. Ayat di atas sbg cntoh yang diperkatakan didalam al-quran.

BERSYUKURLAH PERKARA YANG SEDIKIT SEBELUM DATANG PERKARA YANG BESAR. Hal ini semata-mata kerana Allah swt. mahu menguji hambaNya sama ada bersyukur atau tak dengan nikmat yang dikurniakan. Kadang-kadang kita lupa. Bila kita diberi kesenangan, kita bersyukur pada Allah. Alhamdulillah. Tapi bila kita ditimpa musibah, kita lupa untuk melafazkan kalimah SYUKUR itu.. sedangkan macam yang ana kata tadi, kalau kita tidak bersyukur dengan perkara yang sedikit, bila datang hal yang besar apa kita ingat mahu berterima kasih padaNya?... nauzubillah. Buat diri ana dan sahabat-sahabat semua hayatilah kata-kata ini

Ana ambil satu situasi, kalaulah Allah beri kita kecerdikan dan kepandaian. Dalam exam kita memperolehi result yang mantap lagi memberangsangkan. Alhamdulillah bersyukurlah kita pada tuhan. Kalau Allah nak uji kita, bukan kita yang dapat tapi orang lain dan kita cuma dapat result ’ok je lah’.. tapi sahabat-sahabat, kita kena ingat ada sahabat yang lain tak lulus pun exam itu. Kalaulah result kita tak lulus kali ini tapi jangan kita lupa ada sahabat lain yang exam pun tak dapat mereka duduki.maka bersyukurlah. Kalaulah Allah beri kita ujian, dah belajar, dah prepair nak exam ni tapi malangnya ditimpa musibah tak dapat nak hadir ke dewan exam tapi ada lagi sahabat yang lain bukan sahaja tak boleh ambil exam, nak masuk universiti pun tak dapat.
Kadang-kadang kita rasa sedih bila Allah ambil salah seorang dari orang yang kita sayang sedangkan ada sahabat yang tidak dapat merasa kasih kedua-duanya. Dan bersyukurlah kalaupun kita diuji kehidupan tanpa keduanya pun tapi bersukurlah sekurang-kurangnya kita masih ada saudara kandung bersama. Andai hingga terasa betapa beratnya ujian Allah itu bila kita rasa tanpa siapa di dunia ini (ujian ini hanya Nabi kita yang mulia, Muhammad saw sahaja yang diuji) namun bersyukurlah sebagai islam kita masih ada Allah swt.
Subhanallah indahnya nikmat itu jika kita faham istilah ’syukur’ itu.... hem... bukan sahaja insan yang bernama Syukur sahaja yang kadang kala tak faham makna namanya sendiri tapi kita juga terlupa akanNya. cuba ketuk hati kita ni, bersyukurkah kita atas anugerah selama ini atau tak puas-puas lagi akan apa yang kita miliki? Dengan ujian yang kecil itu janganlah kita lupa untuk bersyukur. Subhanallah nikmatnya andai kita bersyukur.

Ana berpesan kepada diri ana sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat yang lain, BERSYUKURLAH PERKARA YANG SEDIKIT SEBELUM DATANG PERKARA YANG BESAR.

Sungguh! TuhanMu benar-benar mengawasiMu. Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujimu lalu memuliakannya dengan memberikan kesenangan, maka dia berkata, Tuhanku telah memuliakanku
(89:14-15)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku
(52:56)

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri Akhirat itulah kehidupan yang sebenar, sekiranya mereka mengetahui
(30:64)

Musa berkata kepada kaumnya, ”mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah; diwarisNya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”
(7:128)
2 nikmat yang paling besar diangurahkan kepada hambaNya

i) Nikmat islam – semua orang memilikinya namun
ii) Nikmat iman – tidak semua yang merasainya. Perbanyakanlah rasa bersyukur kerana sesungguhnya ada lagi sahabat lain yang diuji lebih teruk dari kita. Subhanallah...
Ya Allah jadikanlah kami antara orang-orang yang bersyukur dengan nikmat yang Kau kurniakan

No comments:

carian anda di blog ini