melewati blog ini...

Sunday, March 1, 2009

kenangan terindah

1 Mac 2009 (12.22am)

Subhanallah… Tanpa sedar masa terus setia berlalu. Sungguh ana tak sedar dah bulan Mac rupanya!!! Nape ye dengan bulan Mac.. Hem.. kenangan silam yang ana tak kan lupakan sampai bila-bila. InsyaAllah!

Baru pulang dari Kolej 7. Dah 4 hari ana jadi pengunjung setia ke sana. Bila PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa) kata ada aktiviti terkini... ana mengucapkan syukur kehadirat ilahi. Setelah sekian lama Alhamdulillah untuk aktiviti kali ini ana dapat luangkan masa bersama saudara di sini. Heheheheh trekmark ana AKHUKUM FILLAH sentiasa di hati... DEKAT DIHATI hehehehe.

Subhanallah... sungguh Ya Allah dengan rahmat dan kekuasaanMu, hanya padaMu yang memberi segala nikmat. Jika logik Akal memang tak tergerak lagi langkah ini. SUNGGUH!!!! Kisah yang ana titipkan ini bukan mahu berkata ’kemuliaan’ ana... atau ’kegagahan’ ana. Tapi mahu sahabat semua sedar bahawa selama ini kepada apa dan siapa yang kita sandarkan.
Jika hari pertamanya ana menjalankan ibadat sebagai sukarelawan PERMIUM, hari pertama mula diuji. Bilamana kuliah multimedia hati ana diusik dek kata bait grouping ana.. huhuhu sungguh! Ana keluar kelas tu tok ana nangis sorang-sorang... huhuhuhu.... Namun syukur Ya Allah... hambaMu yang hina ini redha akan ujian yang kau berikan... InsyaAllah.. Pas habis class lecture kesayangan ana, gerai jualan kami (Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) kabarnya tak cukup ahli untuk berniaga. Huhuhu apa lagi.. nikmat Allah mahu menyuci hati ana yang sedang lara ini. Hehehe ingat nak jaga kejap aja tapi MasyaAllah ana kelewatan untuk ke PERMIUM pula. Buat sahabat-sahabat PERMIUM afwan sangat-sangat ana bukan sengaja mahu memungkiri janji... Moga kelemahan ana tidak menjadi hijab segala amal ana.

Dari fakulti Wafa minta ana bawakan box kek lapis ke gerai PERMIUM pula. Ya Allah.... baru ana sedar, selama ini ana asyik menggesa Wafa ”kenapa lambat anta stok?” ”kenapa tak datang lagi?” ”Wafa lambat lagi ke datang ambil lebihan stok ini, kami nak balik dah ni” sedangkan bila berpeluang ana untuk bawa box tu dari fakulti pendidikan ke kolej 7. MasyaAllah punyalah berat bangat..... effactnya ana lambat tiba ke kolej 7. eks eks eks penat, tak larat, sakit tangan.... bla bla bla... Namun Ya Allah, kasihMu memberi kekuatan buat ana akhirnya sampai juga walau lewat 15 minit. Sungguh dengan lembut Engkau memegur hambaMu ini.eks eks eks....

Hehehe hari pertama ana kenal Arif, Hidayat, Abang Hafiz ambil master, Abang Sham master gak, Farok, Bai, Yakop, Rizal, Izati(kak Komet, Atikah 1, Atikah 2, Nadia, Nalia, Kak Syafa -dah kenal waktu proses membungkus kek) afwan kepada nama yang ana lupa senaraikan.. huhuhu. Arif suka tersenyum... Dayat pula cam serius aja.. eks pandai-pandai aja buat persepsi. Walau apa pun ana enjoy bangat. Balik kolej lebih kurang jam 12am. Walau dekat jaraknya, kepadaMu Ya Allah ana mohon perlindungan.....
”sesungguhnya kejahatan itu berkuasa di kala malam....”

Huhuhuhu Khamis Allah mahu uji keimanan ana. Pack tol masanya. Tapi bila mahu diungkit, apalah sangat ibadah ana berbanding kekasih Allah, junjungan besar Rasulullah.
Pernah suatu ketika 3 sahabat menemui Aisyah ra untuk bertanya ibadat baginda, lalu Aisyah berkata:


” baginda banyak membuat amal ibadat, baginda perbanyakkan puasa, baginda berkahwin dengan perempuan’


Lalu sahabat yang pertama berkata
” Oleh itu aku tidak mahu tidur, mahu perbanyakkan amal ibadat”
lalu kata sahabat ke-2 ” Aku tidak mahu makan dan minum!”
”untuk beribadat, aku tidak mahu berkahwin!” kata sahabat ke-3 pula.

Namun tahu apa yang Aisyah ra membalas?

” Rasulullah memperbanyakkan amal ibadat, tapi baginda juga merehatkan diri, baginda juga berpuasa dan mengahwini wanita”

nampak tak maksudnya... hem.. ana stop kat siri dulu ya. Ana mahu merehatkan diri, moga Allah beri sehari lagi kesempatan untuk ama beramal esok...
InsyaAllah

2 Mac 2009
Dalam rahmat kehujanan.... MasyaAllah, ana baru pas main hujan tadi. Teringat tika dunia keanak-anakan dahulu.... mak marah ana main ujan... ayah tak kisah hehehehe maybe ayah tahu anaknye ni nakal n kuat dah sihat.hahahha eh tak r, ana waktu kecik-kecik dulu comel........... hem lau tak caya leh tengok gambar ana... hahahaha tapi kena datang umah r. Hehehe.
Hem... tah r nape akhir-akhir ni ana sik bangat gelak! Moga ana sedar kelaghoan itu dan merubahnya................ adus!!! Ana mengantuk lagi, sok class full! Ana rehat dulu ya. Biar sikit lama2 jadi bukit.
Hehehhe InsyaAllah










kenangan bersama gerai PERMIUM......







Malam atau hujan.... ana gembira jalinan ukhwah ini.. teringat bila pengisian ustaz Yazid... kita semua ni sejak alam roh lagi telah bertemu, di dunia inilah kita zahirkan pertemuan itu... sungguh, bersaudara dengan kamu keran Allah.










siapa ana jika nak dibandingkan dengan kalian semua.... Semangat dah perjuangan kalian.....







Titipan ini ana sertakan untuk penghargaan buat kalian semua... Subhanallah banyak pengajaran yang ana perolehi...

No comments:

carian anda di blog ini