melewati blog ini...

Tuesday, March 24, 2009

SHARING IS CARING.......

Suka ana mahu berkongsi massage yang ana perolehi sejak akhir-akhir ini.....

perkongsian hati.....

21/03/09 10.57 pm

Sesungguhnya kami telah mengutuskanmu kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. dan engkau tidak akan diminta (dipertanggungjawabkan) tentang penghuni-penghuni neraka 2:119
013-6293...
22/03/09 8.04pm
Manusia yang cerdik menganggap dunia sebagai lautan yang bergelombang. Oleh kerana itu agar supaya citi-cita menuju pantai bahagia tidak terkandas ditengah jalan maka manusia yang cerdik tadi menjadikan amal soleh, amal kebajikan sebagai perahunya.
013-3578...

24/03/09 7.12 am

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. tapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup memasinkannya... Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai... tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi... Moga Allah sentiasa pelihara hati kita...Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahnya sudah tentu hati yang menyesal akan dosa-dosanya

so... rajin-rajinlah perbaiki.... sebab kita tak pernah sempurna
013-6284...
24/03/09 4.05 pm
Carilah hati di 3 waktu iaitu :
1. WAKTU SOLATMU
2. BACAAN AL-QURANMU
3. DAN KETIKA KAMU MENGINNGATI ALLAH.
Jika tidak ketemu hati, mintalah hati yang baik daripadaNya
YM : irisqh87
24/03/09 5.00pm
Kita jangan cepat lentur dalam mencapai matlamat persatuan. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita akan mencapainya. Jika tidak, cucu kita akan mencapainya. Berusahalah bersungguh-sungguh serta bergantung hati kepada Allah.
(jazakallah kepada mikaarif di atas teguran itu... kata-kata yang dipetik tak boleh ubah atau buang mana2. ana belajar tentang ia. kata-kata ini dipetik dari Almarhum Ustaz Hanafi HJ Ahmad
YM :mikaarif
* teringat pengisian usrah Ahad yang lepas. Bilamana Naqibah ukhti Intan menceritakan dakwah Rasulullah di Taif. Zaman di mana ketika itu Rasulullah diuji dengan beberapa kehilangan terutama isteri tercinta. Perjalanan Rasulullah dari kota Mekah ke Taif dengan berjalan kaki. Namun penerimaan penduduk Taif ketika itu, menolak islam sehingga Rasulullah dibaling dengan batu. Dikatakan kasut yang Baginda pakai ketika itu dipenuhi darah dari luka-luka. lalu Jibril berkata "ya Rasulullah mahukah kamu, aku memohon doa kepada Allah untuk menurunkan mala petaka kepada kamu ini yang mengingkari agama Allah?"
Namun Nabi Muhammad saw. melarang Jibril berbuat demikian dengan berkata:
"Jika bukan mereka menerima agama yang aku sampaikan mungkin anak cucu mereka nanti yang akan menerimanya...."
Subhanallah
Islam itu......
Lengkap....
sahabat-sahabat nak tahu siapa keturunan kaum Taif yang memeluk islam?
UMAR ABDUL AZIZ (khalifah yang tersohor membawa islam pada zamannya)
23/03/09 10.45 pm
Where there is pain.,
I wish u peace and mercy.
Where there self-doubting,
I wish u a renewed confidence in your ability to work though it.
Where there is tiredness, or exhaustion,
i wish u understanding, patience and renewed strength.
Where there is fear,
I wish u love and courage...
017-4851...
sweetnya ukhwah itu... saling mengingati dan mendoakan..
tapi lagi sweet kalau kata-kata ni link dengan mana-mana hadis atau ayat al-Quran...
bersama mencari mardhotillah....
Jazakumullah buat sahabat-sahabat dengan perkongsian bersama

1 comment:

wawa said...

salam..akak kita nak betulkan sikit yg irisqh87 2..hm..sebenarnya cari lah hatimu di 3 waktu. 2 waktu betol, n yg ke-3 tu, adalah waktu kita mengingati MATI sebenarnya.. typng error...hehe..if boleh betulkan akak betulkan ye..hehe..

carian anda di blog ini