melewati blog ini...

Friday, May 22, 2009

Kalaulah kita benar-benar TAHU dan FAHAM……..

2 minggu sudah bermulanya cuti semester. Ana baru pulang dari rumah kak long di Taiping. Ziarah rumah kakak bersama emak tersayang. Terubat rasanya rindu pada anak buah di sana. Abang dah darjah 4, kakak pula darjah 2. Aidawani, saling tak tumpah seperti kakaknya sewaktu kecil. Pejam celik tak sedar dah 3 tahun usianya. Subhanallah nikmat yang Allah kurniakan. Sungguh kasih sayang yang Allah kurniakan.

Kesibukan tika kuliah membuatkan ana seakan tidak tahu nak buat apa masa cuti ini.. hem kata sahabat ana, kalau dia… pergi ke popular cari buku- buku motivasi. Boleh dijadikan bahan pengisian cuti-cuti ini. Ya Allah.. kekosongan masa buat ana hampir-hampir terlupa…. Banyak aja buku-buku yang ana bawa balik untuk merawat iman di dada ini. Hadiah dari ukhti Intan akan hasil tulisan Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-basha tentang 65 gambaran kehidupan sahabat, 501 persoalan fikah wanita kupasan dari Zawiah Hassan & Rohayati Bakri hadiah istimewa sempena kelahiran ana ke-24 dari ukhti Aisyah, naskah bertajuk Darah Wanita yang baru ana beli itu pun tak terusik lagi… so tak ada istilah boring kan cuti ini… hem… Alhamdulillah, teguran yang Allah bagi.

Hari ini terasa rindu sangat akan akhwat-akhwat usrahmate ana… moga rindu ini melahirkan istiqamah tika kami bersama dulu. Sweetnya ukhwah yang terjalin.. pagi tadi ana terima meseg dari naqibah tersayang…

“salam akhwat yang dikasihi kerana Allah, hari tu kita pernah plan untuk menghafal ayat-ayat cinta dari Allah kan.. (,’’) boleh tak minggu ni sama-sama kita hafal surah al-Humazah… moga ia dapat mengistiqamahkan kita… dan mendekatkan kita pada-Nya… uhibbukum fillah”

Huhuhu… pengisian di mana-mana aja. Dalam YM pun boleh… ziarah blog… meseg-meseg pun boleh.. hem….

Ana nak share sama ngan tetamu blog ni…..
Surah ke-104 ni lebih kepada memberi teguran dari Allah. ..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungkannya, dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apa (neraka) Hutamah itu? (Yaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan, yang membakar sampai ke hati. Sungguh api itu ditutup rapat atas (diri) mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
(al-Humazah ayat 1-9)

Teringat zaman jahil dulu… tika diri lupa tugas sebagai dicipta sebagai khalifah (2:30) dan untuk beribadat (51:56) kepada Allah. Bila mana sepatutnya urusan kita sebagai hamba Allah. Tanpa sedar… kita leka diulik dengan kelalaian.. Istiqamah dengan benda-benda yang lagho. Menjadi hamba kepada program televisyen. Hem… contohnyalah cerita-cerita dari Indonesia yang menguasai rancangan kini. Balik ni baru ana tahu senetron Intan dalam Astro Prima tu tak habis-habis lagi. Zaman dulu-dulu…. Er.. cerita kegilaan ana tu.(zaman jahil dulu-dulu) Apatah lagi permulaannya lagu nyanyian Letto tu… eks eks eks… dah episode 256.. kira-kira 2 tahun dah ana di Universiti Malaya ni… bila agaknya nak habis tu… sungguh tanpa sedar kita menjadi hamba pada sesuatu yang melaghokan… melalaikan… paling sadis bila ia menjadi ikon ikutan… bayangkan menonton cerita tu memakan masa 1 jam… ada dikalangan kita yang khusuk.. begitu menjiwai. Kadang-kadang ada keluarga yang ibu dan ayahnya sampai bergaduh. Si ibu mahu menonton Intan kegemarannya, si bapa pula mahu menyaksikan aksi-aksi wrestling dalam rancangan sukan.. bila si bapa tekad mahu wrestling juga hidangan mata… si ibu mula manarik muka. Hem…. Nauzubillah… Bayangkan juga… untuk solat pula kita hanya perlukan paling lama 15 minit untuk 4 rakaat berjemaah. Bila si imam mendoakan, makmumnya mengaminkan…. Berjemaah… meraikan nikmat yang dikecapi bersama.. memohon pengharapan bersama.
Kalaulah kita benar-benar TAHU dan FAHAM……..

2 comments:

sHi said...

salam..enti dah hafal surah ni? hehe..ana dh hafal..tp terjemahannye lum..huhu...moga dipermudahkan!

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH said...

hihi insyaAllah kita sama-sama mengejar cinta Allah

carian anda di blog ini