melewati blog ini...

Thursday, October 28, 2010

Ya Allah lindungilah hati2 ini

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...


lantas katanya.....


Om penat
Om pusing
Om pening
Gagahnya Om
Gigihnya Om
Gugah la Om

Celaka
betul betul celaka
Bahana bahan sosial kali ini
merosak diri
minda dan bisa
menempa sejarah sendiri!

Ika....
Om kecewa bangat
Sebab Om rasa Om dihina
Sehina-hinanya
jelek
sejelek-jeleknya
dengan hadirnya dikau dalam buku wajah
bertopengkan syaitan berwajah manis sekali!

Om mahu menangis diperlakukan sebegini
Sudah hilangkah rasa malu Ika
hingga meletakkan maruah Om di kaki bumi
tanpa wajah tenang cemerlang Nur iman?

Berantakan jiwa Om
Hancur luluh hati Om
Kerana kata-kata keramat mahu menunjukkan sesuatu bahana celaka buat diri Om...
Kita ada agama Ika.....
Mahu kemana kita tanpa agama mulia
Mahu kemana Ika tanpa ikutin ajaran junjungan besar kita
Muhammad saw....
Muliakan dirimu dengan sabar.....
Darjatkan dirimu dengan duduk sebentar
IJLIS BINA NUKMIN SA'AH....

Om menangis menangisi jiwa tua penuh sengsara....
Om mengalirkan air mata penuh jiwa duka
Om mengesatnya dengan penuh kesal
kerana insan celaka seperti Abu Lahab
dan
Hindun pemakan jantung Saidina Hamzah.....
Sentiasa mahu menjahanamkan agama kita...
Malulah sekurang kurang pada diri sendiri....
kalau Tuhan tidak melekat dihati....
Kerna Om sudah tua....
Kerna Om mahu pergi
Kerna Om cintakan Nabi
Kerna Om Cintakan agama suci
Cinta On hanya untuk Allah azzawajalla

Sudahlah Ika
KEMBALILAH PADA ROBBULIZZATI....
Hati tenang tiada galang ganti......
Persetankan nafsu menggila kerana ia takkan berhenti
tak akan ada tapi....terus terusan mengajak manusia
menuju neraka kalau tidak dilapisi iman sejati...

Om Sudah tua...Ika.....jangan diperlakukan sebegini
Kerana OM pasti akan mati....suatu hari...
Oleh itu hormatilah Om
Agar Om pergi dengan hati MUTMAINNAH.....
MUTMAINNAH.. PENUH SAKINAH....





dari mana mahu kumulakan perkongsian karya ini ya..... gabungan yang enak tuk tatapan semua,

http://ambarkasturi.blogspot.com/

http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1044-andai-seorang-perempuan-itu-datang.html


No comments:

carian anda di blog ini