melewati blog ini...

Thursday, June 9, 2011

"kita perlu masa untuk diri sendiri?!!!"





09 Jun 2011; 01.09am


Bismillahirahmanirahim.....


Hari ini (pagi ini)... dah masuk hari keempat bengkel praktikal ana di Fakulti Pendidikan,UM. Alhamdulillah gembira rasa hati bertemu dengan kawan-kawan sepengajian. rasa terubat rindui dengan kenangan tika bersama.



Subhanallah....
Menanti lift sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah....

Hem apa khabar agaknya iman kita ya? ada yang kata

orang tu : dah final ni, dah tak payah la nak pergi usrah lagi. so nak fokus pada future planing.. kerja.. kawen.. mesti dah sibuk nanti. 
statment  : suka sangat guna perkataan 'sibuk'. Sibuk bebenor ke kita ni ya.... Tapi sibuk tahap nama tu?? (fikir)

Sibuk pada ana? 
Sangat terkesan dengan kata-kata seorang sahabat satu ketika dahulu. "Ukhti, kerja kita melebihi masa kita" Astarfirullah al-azim.... lupakah kita dengan janji kita pada-Nya?

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
(51:56)

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(2:30)

InsyaAllah dah hafal ngan ayat kat atas ni kan? boleh dikatakan ada kat hujung jari aja bila diminta dalilnya. mahu agaknya banyak lagi 'jawapan' dalam kepala ini. Tapi lisan sahaja cukup ke? mengakuinya tapi tika secara praktikalnya..  :( (sedih)

sibuknya sekarang. 
Baru sahaja menarik nafas lega dengan tesis dan final exam, dah kena praktikal.... 
Bangun seawal pagi, after subuh dah kena gerak. Naik bas, turun bas, naik lrt, turun lrt, naik bas, turun bas.... jalan kaki around 15 minit pula lagi. seharian mengajar ++, masa yang ada... kena buat report itu, ini, muralnya... relief class... KRINGGGG jam 2 balik. jalan2.. around 3.30-4pm sampai rumah. solat+mandi+masak.. dah malam... time ni la nak siapkan ABMnya... report itu ini... eh... nak check fb, email.... hem... jam 3am rehat... wekend pula melilau tok plan the nextweek preparation pula. 

Sampai satu ketika terdetik hati....
Mutabaah amal
Usrah
Daurah

Dia : hem.. kita kena la bagi masa untuk diri sendiri...
(katanya bila ana share waktu kamis sama tengah buat lesson plan untuk nextweek ni. Just nak inform kalau2 perlunya waktu bersama wekend nanti. just nak bagitau aja... jumaat malam ni ada nak jumpa adik2. apa program taklim untuk adik2 baru masuk ke IPTA. Ahad paginya pula ana ada usrah. ana cuma nak share macam mana ngan diri sendiri. MEAN MACAM MANA NGAN TOPUP IMAN DIRI SENDIRI... SEMANGAT2 NAK BAGI KAT ORANG TAPI TOPUP UNTUK DIRI TAK ADA. Usrah buat diri dah beberapa minggu sepi atas masalah teknikal. )

Awak : itulah... sekarang praktikal dah duduk jauh, susah nak keluar g mana-mana. bukan tak nak pergi usrah..... 


Astarfirullah al-azim..... lemahnya diri ini.... (takut)

Ya Allah... ringankanlah dan permudahkan urusan kami ini dalam menolong agamaMu......


Sedar dan faham tiap yang kita buat niat kerana Allah itu adalah ibadah. Yup betul kita kena beri masa tuk diri kita. untuk kita tak meninggalkan amanah yang diberikan. tapi... bukanlah ia menjadi alasan untuk kita  MENINGGALKAN @ BERHENTI seketika dalam jalan dakwah ini untuk kita tumpukan pada amanah semasa. Tapi perancangan masa yang betul itu penting. n BUANGLAH NENDA-BENDA YANG TAK PENTING DALAM DIRI KITA tu... melalaikan... melaghokan itu kita tak nampak untuk dibuangkan... slowkan dakwah itu juga yang dijadikan alasan untuk nak dapatkan 'focus' tu...

"Sungguh kami telah memberikanmu nikmat yang banyak, maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah"
(108:1-2)




presentation at faculty of education....


kadang-kadang duduk di bahu jalan atau terlena di dalam bus menjadi rutin.....

Tapi janji Allah tu kan pasti....



Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. 
az-zumar:10


dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;
al-baqara:105 


Tengah bengkel semalam dapat meseg dari seorang adik. Lama benar tak bertemu lutut ke lutut dengan ukhti ini. Apa agaknya khabar di sana. Alhamdulillah after bengkel dipermudahkan untuk bertemu dengannya with seorang lagi akhwat. 

Subhanallah!!!! 
Sharing ukhti ini amat tekesan di dalam hati ini. kisahnya.... Ujian buatnya.... mulut yang petah berkata ini pun tak mampu sekuatmu ukhti. Alhamdulillah pertemuan dengannya membuatkan ana berazam kebih kuat untuk melangkah!. 

Alhamdulillah, sambil mengalas perut, hati juga turut terisi :)

*masakan makan malam....

InsyaAllah... ana tidak akan meninggalkan salah satu daripadanya... tapi pilih keduanya

DAKWAH VS TARBIAH

:: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Sungguh. Tiada Siapa Yang Tahu ... Di Manakah Destinasi Terakhir Kita.. Selagi Nyawa Di Kandung Jasad.. Selagi Darah Setia Mengalir.. Selagi Jantung Sudi Berdegup.. Selagi Nafas Belum Terhenti.. Kita Akan Terus Mencari.... Biarlah Sampai Syurga..... Bahagia Bertemu Sang Pencipta



Tinggalkan... InsyaAllah

4 comments:

Asfarina :) said...

ummiiii~
1) sibuknya..takut pulak nak membesar huhu
2) yes, sangat setuju kerja yg ada melebihi masa yg kite ada.
3) itu ucu, big apple. sharing appeeeee, ala lamanya tak usrah kite. sedih lak :(

rindunyaaaaaa! teruskan melangkah mencari mardtotillah :) semoga Allah redha kite semua. ameen :)

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH said...

Asfarina...
tak perlu rasa takut cuma kita perlu bersiap sedia untuk tiba masanya.
BERSIAP SEDIA jasad, akal dan rohani. n mohon padaNya. hihihi ayat favourite (47:7)

*actually post ni waktu kepala tengah berserabut. nak buat banyak ye kerja ngan makanan rohaninya tak bertopup. tapi kan.... usrah tu kan bermula dari tasbih kifarah sehingga al-fatihah.... bukan mase u'u tu untuk membentuk IM tu... :)


At Taubah ayat 41:

“Berangkatlah baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH said...

hihihi yup itu ucu! adik bongsu antuna yang kuat imannya! hem.. nak share? :) boleh ke ucu??

Matatahahari said...

ooo. umi dengan angah ngumpat ucu ni !hahaha

carian anda di blog ini