melewati blog ini...

Monday, February 2, 2009

cuti-cuti mengejar mardhotillah

25 Januari 2009
Sem break!!!
Dua tiga hari ini entahlah mengapa terasa malas untuk beribadat.. Namun diri lekas-lekas perbanyakkan istifar. Godaan syaitan laknatullah!!!! Ana perlu hapuskannya. Pagi ini terasa bersemangat, hati berkabar-kobar untuk pulang ke rumah. Sempat juga ana adakan pengisian di laman maya. Mengenangkan pulang nanti.. jiwa lapar tanpa pengisian. Ana bergerak pulang jam 12.30pm. mahu sama-sama pulang dengan roommate ana Aima. Kami berpisah di stesen Universiti kerana perjalanan kami seterusnya bertentangan. Huhu sesampai di Md Villey ana terus menunaikan solat fardhu terlebih dahulu. Sempat ana bawa oleh-oleh Big Apple untuk keluarga ana.
Hem ramai benar manusia mengambil peluang keluar dengan perancangan masing-masing sempena Tahun Baru Cina pada esok hari. Yang golongan Chinese of course lah untuk buat prepairation celebration for Happy New Year mereka. Ana rasa tak berapa selesa ketika berada di dalam KTM. Nama pun public transport, kenalah berkongsi semua orang. Bukan ana anti sharing ni. Cuma hidangan pemandangan itu benar-benar mengganggu gugat keselesaan diri. Padat dengan orang itu tidak mengapalah.. Tapi al-kisahnya bab sosial.. Rasa nak marah ada. Rasa kesal ada. Rasa keinsafan ada. Rasa kesyukuran juga ada.
Rasa marah bila anak bangsa kita tanpa batasan pergaulan. Mana ciri-ciri ketamadunan yang islam serapkan dalam diri tiap insan? Dah cantik dah. Just follow je... Geram bila ada gadis yang marah-marah bila ’buah hatinya’ ’tersengaja’ dekat dengannya. Excident lah kononnya. Tapi yang ana marahnya bila si gadis sebenarnya ’marah-marah sayang’
Rasa kesal bila ana yang tercegat sendirian dikelilingi manusia modenisme ibarat ana ni alien yang turun melawat keindahan bumi Malaysia. Mana tidaknya ada sahaja mata-mata yang menjeling ana dari atas ke bawah? Kalau pandang ana ibarat ana perdana Menteri tidak mengapa juga, ini ibarat ana banduan yang lari dari penjara dengan memakai baju rasmi banduan... huhuhu sadis sungguh. Nama tidaknya ana like orang asing bila ana tidak seperti mereka. Dengan tudung labuh berwarna peach pudar, dan baju t-shirt labuh murahan hingga melebihi paras lutut. Colour hitam pula tu.. apatah lagi bila ana perasan makhluk yang berpelukan dengan ’aweks’nya di depan ana membaca perkataan yang tertulis pada baju ana. WANITA SOLEHAH, MUSLIMAH SEJATI. Hem.. jangan-jangan dia tertawa di dalam hatinya melihat ’kekolotan’ ana ini berbanding ’gadis manis’ di dalam pelukkannya. Astarfurullah al-azim...
Timbul rasa keinsafan dalam diri bila ingatan menjengah ke zaman kejahilan ana.. tika itu ana juga sama seperti mereka, tahu tentang hukum Allah tidak mahu memahaminya. Tahu apa yang boleh, apa yang tidak. Tahu darjat wanita kerana itu perlunya ada hijab. Tahu sejak dari sekolah rendah lagi kewajipan seorang muslim... kerana KETIDAKFAHAMANLAH MAKA TIDAK MENGAMALKANNYA DENGAN CARA YANG SEBENAR. Jahil sungguh ana waktu itu bila menutup aurat hanya bila kita menutup rambut dari pandangan ajnabi... salah konsep yang tertaman dalam diri... sedangkan aurat perempuan itu adalah dengan tidak memperlihatkan susuk tubuh kita. Itu baru fizikalnya.. aurat suara...
Bila ana menangis mengenangkan zaman kejahilan ana, ukhti intan berjaya memujuk...

achuliza: normal zaman kejahilan kita menjadi igauan. sejarah y tak dilupakan
honnney mk: em...
honnney mk: ye kak....
honnney mk: umar al khattab sendiri, saat dia teringat zaman jahilnya, dia pun menangis...
honnney mk: sahabat pun menangis..
honnney mk: inikan kita umat yang dah jauh dr zaman sahabat,,,

Subhanallah... nikmat Allah berikan kepada hambanya. (untuk ungkapan ini ana shorkan antum/ antuna semua baca tafsir surah Ar-Rahman.) Surah faverate ana. Hem.. kadang-kadang manusia ni banyak jenis dan kelebihannya. Ada antara kita Hafiz/hafizah... Ada antara kita tu dia juara Tadarus Al-Quran peringkat kebangsaan, ada juga antara kita nak jadi ’orang biasa-biasa’ aja cukuplah.... huhuhu tapi apa yang ana nak katakan di sini, kita ni dah terbiasa untuk mempelajari nahunya, lagunya, dan yang sewaktu dengannya. Tapi berapa kerat antara kita yang fahami tafsirnya... sirahnya.... sedangkan Al-quran itu diturunkan untuk siapa? Untuk apa? Bertapa bersyukurnya rasa diri menjadi umat nabi yang terakhir Rasulullah saw. yang mana satu-satunya nabi yang meninggalkan mukjizatnya untuk umatnya.. bayangkan nabi ------ yang mempunyai mukjizat pada tongkatnya, namun tidak boleh diperturunkan kepadanya umatnya selepas kewafatan Baginda. Sedangkan kita? Umat yang terbanyak mampu memiliki Mukjizat Nabi Muhammad saw. iaitu Al-Quran. Subhanallah......
Ana nak tambah lagi satu... mukjizat yang Allah swt direct turunkan kepada makhluk ciptaannya ada dua iaitu AL-QURAN dan MADU. Ha look!!! Itu pun kita masih tak faham dan dalam kerugian.... eks eks eks..
Alhamdulillah... bersyukur kehadirat ilahi atas himpahan nikmat yang di kurniakan. Ana bersyukur kerana ana diberi peluang untuk berhijrah dari terus berada di dalam kesesatan. Di mana bila matlamat kini adalah untuk mencari MARDHOTILLAH.. bila mana segala perbuatan adalah kerana ibadat kepada Allah. Bila mana percaya pertolongan Allah itu mengatasi pengharapan terhadap keduniawian. Insyaallah....
Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka semua....

Tiba di Terminal One ana perlu meneruskan perjalanan ke Alor Gajah menaiki bus. Dapat tempat duduk 1B (depan sekali) Transnational. Bersebelahan ana duduk seorang lelaki tua. Dari mukanya terpancar kerisauan yang ana tak tahu puncanya... teruknya ana bila rasa segan/malu untuk memulakan perbualan. Sedangkan ana baru belajar dari pengisian tazkirah dari Ustaz Yazid di Balai Islam kolej Kediaman ana yang lepas. ’walau sesaat kita mengenali seseorang itu,maka dia adalah di bawah tanggungjawab kita’ ana harap pembaca sekalian faham akan maknanya. Ini tidak, lihatlah manusia akhir zaman bila mana hanya bertemu dengan orang yang telah dikenalinya sahaja akan mereka bertukar salam. Hem... tanya pada diri kita, betul tak? Antara pengisiannya lagi, kita ni manusia sebenarnya telah dikumpulkan pada zaman ROH. Maka di dunia inilah untuk kita zahirkan semula pertemuan itu. Suatu pertemuan itu perlulah saling bertukar nama.. hihihi ana paling susah nak ingat nama. Plat kereta ayah ana pun sampai sekarang ana tak ingat... huhuhu NOOR AZLIZA BINTI ABDULLAH. Pelupanya teruk benar!!!
Sepanjang perjalanan lebih kurang 40 minit ana habiskan dengan membaca novel penulisan Ustaz Hazrizal. (Abu Saif) sengaja ana bawa pulang novel ini untuk pembacaan dalam perjalanan. Part ’Cinta Tanpa Syarat’ tanpa sedar pipi ana terasa sejuk. Ana menangis... Subhanallah... lupakan ana? Atau sengaja tidak mahu mengingati bertapa tingginya CINTA mak dan ayah ana selama ini?? Taniah penulis Saifulislam.com di atas teguran kebaikan yang disandarkan kepada anta olehNya akan erti sebenar ’Cinta Tanpa Syarat’. Moga lebih ramai lagi yang mempunyai kesedaran seperti ini..... ana ambil satu part aja dari penulisan ini. Sebenarnya tiap patah perkataan yang tersusun menjadi ayat bisa menyentuh jiwa kepada yang membacanya. Kalau antum/antuna semua nak tahu.... lekas-lekas dapatkan koleksi ’AKU TERIMA NIKAHNYA’ sekarang hehehehhe. Nanti akan ada sambungannya kan Abu Saif?
Tiba di tol Simpang Empat, ada kekuatan dalam diri ini untuk bertadabur dengan pakcik tua di sebelah ana...

Ana : Assalamualaikum, pakcik nak pergi melawat siapa?
Pakcik Tua : waalaikumusalam, nak balik rumah dekat Air Pa’abas
Ana : Subhanallah, saya pun tinggal kat Air Pa’abas. Tapi kira sebelum Air Pa’Abar lah, Air Tanai! Girang sungguh memuji Sunatullah..
Pakcik Tua : pakcik nak ziarah saudara pakcik Lela Ali yang nak operation perutnya esok. Ni pun anak pakcik marah tak bagi pergi. Ye lah orang rumah tak sihat. Kena strok dah setahun. Pakcik ni baru keluar hospital semalam ha. Tapi hati berat nak datang sini.

Pakcik Ali katanya nak bermalam di rumah abang Zul. (siapa tak kenal orang kampung ana ni yang 1 family dia buat bisness dodol kampung!) tadi sadisnya pakcik ni tak tahu no phone abang Zul. Dah tu bus terakhir perjalanan ke kawasan ana dah pun lepas. Eks eks eks. Cantiknya Sunatullah itu. Pakcik ini memang dah ditakdirkan bertemu ana dalam perjalanannya. Kebetulan ana ada menyimpan no phone abang Zul tu.. Dari perbualan dengarnya pakcik Saad (orang kampung) ana yang akan menjemput pakcik ini. Tapi ana katakan kepadanya, kalau ayah ana yang datang dulu ikut ana sahajalah. Pakcik tua hanya mengangguk lesu. Ana tahu perhatiannya tidak berfokus dalam jasadnya yang sebenar. Dia lebih memikirkan insan yang entah bagaimana keadaannya di Hospital Besar Melaka itu. Sama-samalah kita doakan agar Allah permudahkan Segala urusan empunya diri.... setibanya kereta ayah ana seiring dengan pakcik Saad... huhuhu
Malamnya ana lakarkan kajadian hari ini untuk pengisian blog ana. Tapi lambat sikitlah publishnya sebab rumah ana tak ada connection internet.

Akhukum fillah
12.04am

1 comment:

led_schyter said...

teruskan usaha untuk menegakkan kalimah toyyibah

carian anda di blog ini